Saturday, December 1, 2012

jantan jambu


aku tak paham kenapa ramai orang allergic sangat dengan lelaki yang bimbitkan beg tangan perempuannya.
ok. kalau perempuannya jalan dengan dongak dagu sambil membuat konotasi "tengok! tengok! aku queen control", ye, aku mengerti.

tapi in general.
lelaki tolong pegangkan beg tangan isteri?
apa pasal begitu2 dibenci?

pada pendapat patik pacal yang hina--
perbuatan suami aku yang merendahkan egonya bertanya "larat tak sayang? nak saya tolong pegang?" adalah sesuatu yang paling manis.
tidaklah dia SETIAP kali hendak bimbitkan, tapi ada masa2nya. di timing2 yang just perfect sahaja.

macam kalau hari itu malam tadinya aku banyak kerja.
atau tadinya balik pejabat lewat, dengan semak samun di kepala--
seumpamanya.

apa masalahnya?
hilang jantan?
terkontot kemaluan?

tak, kan?

aku tak tahu apa yang ada dalam beg tangan seorang perempuan lain, sebab aku tak pernah bertanya.
tapi dalam milik aku, yang ada cuma telefon bimbit, pad uzur datang bulan sekeping, ubat penahan sakit untuk berjaga2, dompet kosong yang cuma ada kad2 pengenalan diri. aku jenis isteri yang tak reti pegang duit. semua urusan kewangan diuruskan suami. bukan kerana bodoh akaun-- tapi kerana aku seorang isteri-- dan setiap yang aku belanjakan bagi aku perlu diizinkan suami.

selainnya?
barang suami.

telefon bimbit dia, kamera kompak, dompet tebal untuk setiap transaksi, passport, segala jenis kunci.

apakah cuma aku--
tapi aku merasakan perbuatan suami meminta isteri mengizinkan teringan beban adalah manis.
hatta kalau membeli-belah sekali pun, walau aku berkeras sekali pun, takkan dibagi izin aku memegang palstik2 dan sampul2 pembungkusnya.

"kerja berat kerja lelaki.
saya lelaki"

hendak cakap macammana?

tugas aku ketika berjalan cuma satu--
dukung anak sambil pastikan jari bertaut selalu.

maka aku kembali pada penyataan tadi--
aku tak faham kenapa lelaki yang membimbit beg perempuannya dianggap tidak lelaki.

lain orang lain rasanya.
ada lelaki rasa berderai maruah bila kelihatan feminin.
ada perempuan rasa megah bila lelaki kelihatan murah.
terpulang.

tapi.
ada juga kami2 yang rasa cinta.

jadi.
jangan diunjuk2 buruknya suami kami.

kerja berat memang kerja lelaki.
tapi kerja mengagungkan dan memperdahulu suami adalah kerja kami.

cetek sangat dengan definasi jantan.
bero--
pakai baju kaler pink pun--
kalau dah jantan--
tetap jantan.

takkan terubahkan.