Thursday, August 9, 2012

saya tahu

mungkin xramai tahu.

tulang rusuk juna dipotong ketika dadanya dibelah agar dapat mengeluarkan jantung untuk dikeluarkan. sehingga hari ini, cuma gam yang menetapkan kedudukan tulang dadanya.

saya juga tidak mampu memberi juna susu badan sepenuhnya kerana saya perlu pantau jumlah susu yang diminum. ada jadual yang ketat. dan saya tidak direzekikan susu yang banyak kerana memiliki anak yang tidak

 sihat gagal mengizinan saya tidak stress, maka susu saya tidak mewah.

saya tahu susu ibu adalah terbaik. cukuplah saya malam2 berlinang airmata merasakan saya mengecewakan anak saya. tidaklah perlu disekolahkan saya ttg susu mana yg lebih bagus.

tuan2 dan puan2,
maaf saya ckp sini.
tapi saya manusia.
saya pun ada hati.

saya ada sebab kenapa saya tidak dapat menjaga juna seperti anda2 semua jaga anak2 anda. kaedah2 saya akan kelihatan lain. cara2 saya tak akan sama dgn cara sempurna anda.

tapi juna adalah istimewa.
dia xsesempurna anak2 anda.

jadi maafkan saya yang mengasuhnya dgn gaya xsempurna saya.

terima kasih.

No comments: