Thursday, July 29, 2010

air

kalaulah aku ini elemen;
aku air.

setenang2nya ia,
segarang2nya ia.
aku sesungguhnya seperti air.

dan sepertimana aku ini tidak pernahnya pegun dan teguh,
aku begitu mudah dipecahgoyangkan,
aku begitu murah direnyahhilangkan.

ada juga mungkin dalam fitrah ini, aku tidak mampu untuk cuma hidup di satu2 ruang.
mungkin di muara, mungkin di kuala.
mungkin di permukaan,
mungkin juga disedut ke langit sana,
demi kemungkinan untuk aku menghujan kembali rasa mendiami bumi bulat kita.

penat menjadi aku.
penat kerana tak reti setempat.

aku air.
dan keteguhan aku dalam sesuatu mampu menyompek besi waja yang tak terhancurkan.
sekali dengan amarahku ada upaya untuk menghancur dan membinasakan.

aku air.
dan aku takkan larat diempangkan.

Friday, July 23, 2010

aku bukan ahli muzik

kenapa aku masih mahu meratap,
sedang dari dahulu aku selalu menceramah tentang
betapa manusia itu sememangnya plastik dan penuh pura2?

*senyum*

kenapa masih aku sentap,
sedang aku sudah lama tahu itu semua?

*diam*

haih...
manusia alahai manusia.

tak apalah.
mungkin sungguh tidak ada patutnya aku ke tempat itu, tempat manusia2 gah dan mencari takhta dalam hidup. aku? apa ada? jiwa kosong yang cuma biasa2. bernyanyi hodoh, berlagu bodoh.

aku terlihatkan sebagai badut yang ada demi menyeri.
aku terikutkan tidak kerana bakat tinggi;
tapi semata2 sesuatu yang org lain tidak ketahui.

*diam*

aku wujud di situ dimarahkan.
"kenapa perlu ada fynn?"
"main instrumen tidak tahu"
"bikin melodi tidak tahu"

sungguh.
aku juga tidak tahu.

selarlah aku apa2.
kelarlah hati aku sampai luka.
tapi jangan berterang2 sebegitu sekali.
aku ada keluarga.
mereka ada hati.

ya. kalian terhebat.
kerabatmu dan kronimu termantap.
cuma kalian yang punya bakat.
dan aku hanya ada jiwa yang sentap.

benar,
aku drama.
dan kau tanya2kan apa seni aku.

maka dengar sini.

aku mungkin tidak ada alat untuk menyampaikan bunyi.
suara aku mungkin busuk dan menggeli.
tapi aku ada puisi dalam jiwa aku.

mungkin tidak relevan untuk engkau2.
untuk muzik kau.
tapi sekurang2nya aku tak pernah jual bunyi aku untuk kepuasan orang melainkan aku sendiri.
aku tidak perlu meniru2.
aku tidak tertakluk pada definasi.
aku tidak bohong pada diri sendiri.

ya aku drama.
lelonglah kenyataan itu pada antero.
biarlah.

aku tak mahu cuma ada dalam telinga.
aku mahu teguh dalam hati.

aku orang puisi.
bukan org radio.

Wednesday, July 21, 2010

selamat tinggal industri

dah terkeluar.
*tahan airmata*

tak apa.

aku dah berjaya buktikan pada orang,
lagu puisi tak aneh.

orang puisi tetap ada.
kita2.

kan..?

*senyum 20 sen*

Thursday, July 15, 2010

menang besar

sejak aku di keynote,
abah pertama kali hubungi aku sehari selepas lagu seru.
itulah kali yang nombor satu abah lihat aku yang aku.

abah bilang,
"abah tak pernah tahu awak ada itu semua dalam awak.
dari mana semua tu datang?"

aku jawab.
"dari abah."




semuanya dari abah.

*diam*
*senyum*

ini agaknya, perasaan anak2 kecil ketika persembahan koir sekolah dilihat ayahbunda yang memegang kamera video dengan penuh bangga.

ini pertama kali aku merasanya.

aku sudah menang besar.
sukahatilah kau kata apa.
aku menang paling besar.

Saturday, July 10, 2010

seru

dan bila dikata kau takkan mampu hidup
dan bila disuruh untuk kau terus merecup
janganlah kau hirau
janganlah kau berisau
sabarlah
tuhan ada untuk engkau

teguhkan berdiri
yang patah kau ganti
semangat kau besi
tak mengenal mati

usungkan kendati
buka langkah kaki
gagahkan
derukan

dan bila dihenyak jangan kau terus tersungkur
dan bila dikoyak jangan kau terus terkubur

teguhkan berdiri
yang patah kau ganti
semangat kau besi
tak mengenal mati

usungkan kendati
buka langkah kai
gagahkan
derukan

----

*diam*

masih, berkali2 orang2 pesan2kan pada aku. tidak kiralah dengan bisik atau tempik;
"lagu puisi tak boleh jual, fynn".

mungkin, aku terlalu egoistik untuk mengakuinya.
tapi,
cuma mungkin,
dalam kekerasan wajah aku yang membuat tak mempeduli,
jauh dalam sudut hati,
aku tak mahu menjual apa2.

cuma mahu terus hidup dalam kau punya hati.
biar sampai lepas aku mati.

*diam*

dan oh ya.
tuhan,
aku terlalu kasihkan setiap 12 ini.
terima kasih kerana sempatkan aku dilengkapkan.