Saturday, January 30, 2010

aku tamak

manusia memang tamak.
dan aku adalah tipikal manusia.

aku tidak pernah cukup dengan apa yang disempatkan. aku kejam kerana tidak malu untuk memahukan lebih dari apa yang dipatutkan. aku tidak malu kerana tidak mahu sedar diri, dan terus meminta2.

tapi tuhan tetap baik.
tanpa prejudis, tetap dengan rahmannya, selalu dia berikan aku peluang walau untuk kali ke berapa puluh juta kiraannya.
tetap selalu mempeluangkan aku.

kalau diikutkan, akulah manusia yang tidak layak beroleh apa2.
kosong.
bolong.
rompong.

haih...

maka seharusnya aku senyum dan bertahan dengan apa yang ada. meredhakan apa yang diberinya. membiarkan dan gagah untuk berasa aman dengan apa yang ditentukannya.

tapi seperti biasa,
aku sebagai manusia,
tamak untuk setiap kalinya.

*diam*

atau mungkin.
aku sudah merasa yang terpaling miskin, pada detik ini.

kekayaan aku pada bahagia yang aku perca2kan dan serpih2 yang ada, yang asalnya cuma baki2 suluhan senyuman dan gelak ketawa suami tercinta. seperti mana selalu, aku tekankan, bahagia aku adalah definasi aku, dan tidak perlu kau banding2kan sama ronyok peruk kamu; kerana sesungguhnya itu cuma akan mendatangkan benci.

terang; aku sudah muflis.

*senyum pahit*

apa khabar nyawa aku di kejauhan? apakah dia masih teguh sudi dicinta aku? apa dia rindu sama nakal isterinya yang mencomot setiap pagi dia? apa ada mungkin dia diam2 menitiskan airmata?

ah. cinta lelaki memang terlalu sakti.

*seka airmata*

pasti penat menjadi lelaki. kasihan sekali. menanggung komplikasi sang wanitanya, menahan segunung perasaannya, menjadi gila dan pulih semula. berganti2 tanpa henti. semata2 untuk perempuan2 yang seperti aku sifatnya.

entri hari ini aku dedikasikan untuk lelaki2 yang sentiasa memberi.
yang jarang dipandang sebagai perwira kerana pilihannya untuk sepi.
untuk lelaki2 yang utuh cintanya buat perempuan2 komplikasi.

buat suami yang paling aku cinta,
maafkan aku kerana tamakkan kamu, wahai arjuna.

kerana aku manusia biasa.
tamak.
dan aku wanita;
maka berganda.

cuma orang bodoh sanggup hidup jauh dari suaminya.
never more.


i've learnt my lesson, sayang...
can i go home now...?

please...

Friday, January 22, 2010

tunggu sekejap, aku tak lama

entah apa akan jadi.

tuhan lebih tahu apa yang lebih baik untuk aku.
aku tahu itu.
semoga dipelihara kekasih aku nanti.

tidak lama.
tidak apa.






kazakhstan,
aku datang.

Monday, January 18, 2010

groovy, baby!

projek pop kami empat ekor.

gravy baby.
muahahaha.

kembara di tanah putih

aku tenung renung menung skrin depan mata aku. kelip2 garisan tegak pendek sedang menunggu kata2 yang lahir dari akal ini untuk dikhabarkan pada dia untuk diukirkan pada butir2 lcd ini.

susah.

pagi2, sel2 dalam otak aku tidak lebih dari satu tiub panjang bergumpal yang menduduki tengkorak aku. pagi2, yang ada cuma kabus2 yang mencomot pandangan yang pada asalnya tercemar dek mukus mata berbaki itu. pagi2, yang terbaik adalah nercafe tarik tabur milo satu.

pergh.

malam ini baju2 akan dibeli. harap2 cukuplah bajet yang aku bentangkan. kalau tidak, nescaya dari poket aku yang kosong ini juga terpaksa aku kikis2 untuk membayarnya. bagaimana agaknya itu semua.

bagaimana tanpa si nyawa?

kajian memberitahu tempoh ini adalah musim dingin yang terpaling teruk dalam 10 tahun. aku sengih. takut, sebenarnya. sedangkan penghawa dingin di dalam kereta pun aku selalu matikan, ini pula menumpang hidup di tempat orang yang lebih beku dari peti ais pengeras daging. sang arjuna jauh berjuta batu, gaya mana pula boleh aku rengek2 minta diselimut mengada segala?

*gelak besar*

aduh.
bagaimana ya.

*sengih lagi*

macammana aku boleh terlalu banyak ketawa dua tiga menjak ini, aku sendiri tidak faham. mengenali diri aku yang begitu mudah kalut dan gelabah, aku rasa pelik, sebenarnya. sepertinya aku belum lagi menelan hakikat yang mendatang ini.

aku tahu dan terlalu sedar aku sedang ketakutan untuk semua kemungkinan.
ia cuma belum dimanifestasi secara lahiriah.
dan aku hanya tidak boleh tidur lena setiap malam.
itu sahaja.

ada yang tanya, "sudah meraung belum?"
aku jawab belum.
bila?
entah.
habislah nanti.
mungkin.

aku diam.
benar, kot.
dalam kapal terbang nanti aku menggelupur mahu pecah tingkap mahu turun.
atau jejak kaki di atas salji baru meronta2 mahu tumpang ruang bagasi.

*senyum*

buat sementara, yang aku ada cuma malam2 yang berbaki. yang aku sentakkan di tengah2 mengantara, untuk mengejutkan aku di pekat pagi. di masa2 yang tersisa, aku renung ombak dada kekasih, aku jalan2kan dua jari di sepanjang kulitnya yang aku andaikan bagai gunung dan paya dan tunggul ara, aku sedut bau nafas yang dihela dia terus ke paru2 aku seperti memenuh tangki dengan oksigen untuk masa2 nanti.

aku memilih untuk senyum.
kerana aku tidak mahu kira hari bila aku akan pergi.
tapi berapa lama lagi mahu kembali.


lagi pula,
aku kan ada dua tangki penuh nafas dia.

*senyum*

sempat punya.

Saturday, January 16, 2010

senyuman pagi

bila aku cakap orang melayu tidak boleh kena tegur, tidak percaya.
bila aku kata orang melayu bodoh bila berpidato, tidak percaya.
bila aku bising orang melayu tidak ada modal bila bertekak, tidak percaya.
bila aku marah orang melayu lembu bila berpendapat, tidak percaya.

dan setiap kali aku guna perkataan 'orang melayu', semua terasa.
kenapa?

seumpamanya;
kalau aku cakap lelaki ranapkan jiwa aku, orang lelaki asah parang.
kalau aku kata perempuan mata duitan, orang perempuan jadi garang.

apa masalah semua orang yang cepat terasa ini?
that is my point.

kita dilembukan. kita patriotik pada benda yang belum seratus peratus pun kita fahamkan.
maka, kita yang berlebih2. kenapa? seperti hari sukan ketika sekolah. yang lari balapan yang sebenarnya kalah. tapi kenapa kau orang budak2 rumah hijau yang beriya mengaruk tidak terima kalah.

persis penyokong bola kelantan tempoh hari.
bukan dia yang main bola atas padang separuh mati.

nota kaki:
kalau ada orang kelantan yang tidak pergi pun ke stadium tersebut dan tidak terlibat pun dalam riot tersebut, namun terasa sama penyataan dia atas;

i rest my case.

macam, kalau ada lelaki yang tidak pernah menduakan kekasihnya pun dan tidak pernah berselingkuh di belakang cinta hatinya pun, namun terasa sama penyataan "lelaki memang dayus". aduh. susahlah.

*senyum*

kelakar, sebenarnya.
bagi akulah.
untuk orang lain, aku tidak tahu.

manusia begini kelakar. serius.
dia berdebat tanpa hujah. mereka kedengaran comel dan sangat suwit.
macam bergaduh dengan kawan2 ketika tadika.

"kau curik pensel aku"
"kau dulu ambik pemadam aku"
"sebelum tu kau dah ambik barang aku"

berterusan berungkit2an.
sehingga akhirnya --

"mak kau gemuk".

haahahah.
comel tak?
:)

siapa rasa ini comel, angkat tangan.
:)

moral kepada entri ini adalah:

1) wisdom:
kalau hendak berdebat, perbentangkan hujah yang bijak. kalau sedang membahaskan tentang 'kenapa kucing jatuh pada empat kakinya', jangan tanyakan tentang berapa titis hujan gugur di malaysia setiap hari atau siapa menang AJL kategori balada.

2) kemandulan:
saya harap anda tahu yang nabi ibrahim dan isterinya juga pernah diselar mandul. terbukti, ada lelaki di luar sana yang amannya tetap ada tanpa zuriat. saya, secara jujurnya, merasakan terlalu ramai anak2 yang yang tidak bersiapa2 itu milik saya. atau saya perlu sembahyang menghadap kamu kerana kamu berkuasa pada takdir saya? :)

3) suami:
ada perempuan jauh lagi sempurna dari saya. anak2 juga sempurna. wajah cantik. cukup amalannya. kalau memang hendak ditinggalkan, ditinggalkan juga. bukan?

4) melayu:
janganlah tanpa fasal melenting2. bangsa ini semua tidak ada. orang melayu pun datangnya dari gabungan arab / jawa / sumatera / portugis. melainkan kamu kaum peribumi, kita semua sama. bangsa itu sekadar membubuh kategori.

*tahan gelak*

serius lah hari ini kelakar.

ok. terlalu sibuk ini pagi. mahu pergi ke sue anna joe's baby shower.
ini kalau ada orang melayu islam tahu apa asal baby shower ini, mesti dia ingat aku jadi ketua bishop dan baptis bayi dari dalam perut ana kejap lagi.

mampos.

Thursday, January 14, 2010

zainol dan status fesbuknya

salah seorang dari peserta bengkel tanya aku, apa yang boleh kita tulis dalam blog? perlukah kita ceritakan hal2 peribadi? atau haruskah kita cuma berbual tentang perkara2 permukaan? seberapa benar boleh kita pergi?

aku jawab: ikut kemampuan.

mampukah kehilangan mereka yang tercinta andaikata kebenaran itu menjadi onar yang mengantara?
mampukah bermusuhan sama siapa2 yang membaca apakala kebenaran satu pihak mungkin kepalsuan pihak lainnya?
mampukah hidup bersendirian demi memperutuh apa yang dirasa?
mampukah terus dibencikan tanpa peluang mempertahan suara?

kalau ya pada semua di atas tanpa kecuali,
dipersilakan.

itu, semua yang di atas itu, adalah khusus kepada mereka dari fakulti yang menulis.
perlu ingat, bahana pada setiap perbuatan itu ada.
kalau bukan hari ini, mungkin esoknya.

semalam ketika bersenggang sama seorang kawan baik, ketika membincangkan jawapan2 yang aku dapatkan dari entri lepas, kawan baik itu tadi khabarkan pada aku dan tri: seorang kawannnya ditangkap untuk siasatan.

aku tanya kenapa?
dia kata kerana status.

status apa? aku tanya sambil memikirkan mungkin status seperti darah kuning, darah lanun, darah orang miskin, darah orang kaya, dan sebagainya. status yang itu.

bukan. status di facebook. kawan kepada kawan baik aku menulis sesuatu yang padanya kelakar, mungkin berunsur sinis (sekurang2nya pada dia itu sendiri). sesungguhnya bagi aku yang bodoh sentimen sosial ini, statusnya kelakar.

sesuatu tentang dia yang menaja tin petrol untuk membakar gereja.

entah. mungkin aku terlalu banyak menonton jenaka2 kering british, atau aku terlalu banyak bergaul dengan lawak2 kejam melaka dan johor, aku rasa lelaki itu (mari namakan dia zainol) cuma mengamalkan budaya sinister.

cuma zainol lupa. ini bukan tempatnya. dia patut berada di britain atau beberapa tempat di melaka dan johor untuk mendapat sambutan ceria pada ayat2 witty sebegini. lawak di malaysia tidak witty. lawak malaysia adalah seperti amerika.

for us, degrading and making a fool of someone is funny.
lawak ketuk kepala. lawak rempit. lawak kutuk orang. lawak tempang cacat. lawak jongang gigi.
itu funny.

itu sebab sherlock holmes tak laku di sini. tonton sama kawan2 di panggung, yang tak berhenti ketawa cuma aku dan teman2. yang lain? adalah sekali sekala ketawa. itu pun pada yang obvious. tidak kisahlah. tapi bila kami got the jokes, orang2 kiri kanan geleng kepala. "hish. tahapahapa ketawa benda tak kelakar"

wutdehel.

kembali tentang zainol. dia cuma ditahan sebentar. perkataan ditangkap itu mungkin salah untuk aku gunakan. disiasat.

tapi. ini mungkin aku. tapi, kalau betullah zainol memang bagi petrol pada mereka yang benar2 membakar (hindu ke, buddist ke, kristian ke, agama sembah pokok ke), apakah bodoh sebegitu bodoh sekali zainol untuk kemaskini fesbuknya dengan cerita itu?

adui~
kamon lah!!!

entah. aku tidak arif bab2 legal ini. cuma sedikit yang aku tahu. itu pun bila mana ia berkaitan dengan tulisan aku di puisitepijalan. akta2 yang telah aku hafal (baik yang terlekat dari zaman mentelaah sociology dan journalism dahulu atau yang aku dapatkan di mana2 buku aku terjumpa) andaikata aku dipanggil lagi.

zainol disiasat sehari dan dilepaskan. mungkin sudah disahkan dia cuma si bodoh yang berlawak bodoh di masa2 yang bodoh ketika semua orang sedang dalam kebodohan.

entri ini untuk berpesan. jangan jadi zainol.
dan kalau pun hendak memandai2, baca dahulu buku2 hak kamu.


dan tolong jangan campur aduk hak dan politik.

you should know your rights.
dont pick sides.
sides are for scared people.

perlukan orang kiri kanan untuk hilang rasa takut bersendirian.

tapi jangan jadi dungu.
orang pijak kepala kita, jangan sekadar disenyum2kan.
tapi jangan melatah.
orang terlanggar kaki, terus melenting bersenapang di tangan.

just know where you are.
kau takkan percaya berapa ramai yang lebih cintakan keamanan.

dan lagi satu.
jangan cepat percaya apa kau baca, apa kau dengar.
otak itu kembangkan.

anggap begini.
takkanlah sampai sekarang tidak tahu siapa bom perempuan itu.
takkanlah tidak terfikir kenapa orang semua seperti dungu.
takkanlah kebetulan sistem2 beraja tiba2 bergolak seperti air dibaling batu?
takkanlah masih tidak dijumpa siapa yang bakar gereja, arak lembu?

buka kamus.
buka google.
taip politik.

soalannya;
siapa pemegang tali, siapa pinocchio nya .
dan soalan lebih bagus:
kenapa kita yang menonton ini yang lebih sudu dari kuahnya?

kita yang beriya. orang yang petik apinya sedang sibuk gogok nescafe sambil terkencing2 ketawa tengok berita yang menunjukkan yang kita sama kita ini yang sedang sibuk berbunuh2. sampai mati. entah yang membakarnya orang putih yang menumpang kat sini. entah awang hitam yang saja nak mulakan riot seperti di tempat mereka sendiri.

kita memang sensitif tak kira tempat.
memang.
kita bodoh.

bila aku maki orang sendiri, aku jahat. nasib baik benci bangsa tak jadi murtad.
kalau tidak, habis aku.
kan?

fikir macam inilah. aku setuju dgn hujah kata tri;
kita ada aidiladha.
korban lembu sekali setiap tahun.
perayaan. buat makan2.
cuti.

ada orang hindu datang tetak kepala kita pasal kerat leher binatang suci dia?

hormat orang ada agama dia sendiri.
baru orang hormat kita.

*senyum sumbing*

apalah makna 'bangsa'.
semua itu patriotik tak bertempat.
27 tahun aku hidup bodoh percayakan konsep bangsa.

ah. bohong2 itu semua.

kita semua manusia.
satu.
dalam keluarga kecil kita pun, bukan semua baik.
bukan semua jahat.

mak abah kita rakan masjid, kita rakan masjid, ada abang seorang yang kaki minum.
satu keluargakah yang bangsat?

tidak, bukan?

haih...

sekali lagi;
jangan cepat percaya apa kau baca itu.
jangan lekas percaya apa kau dengar itu.
walau pun aku.

ada otak sendiri.
pakai.

Tuesday, January 12, 2010

syurga neraka

ada banyak cara untuk masuk syurga dua tiga menjak ini.

1) bunuh.
korbankan seluruh ahli keluarga terutama yang nampak dalam agamanya.
penggal kepalanya dan tanamkan jauh dari tubuh dicerai darinya.

2) bom.
binakan dinamit yang mampu meletupkan keluasan 200 meter persegi.
cari kawasan yang sesak dengan manusia2 yang sibuk dengan duniawi.

3) bakar.
pergi pada bangunan2 suci mereka yang lain dari fahaman kita semua.
mulakan chaos yang dipuncakan dari arson, kerana amarah adalah api marak menyala.

kita semua akan masuk syurga!!!!

semua ini perlu. kerana kita perlu buktikan pada dunia yang kita ini tidak selemah yang mereka sangka. semua ini mesti. kerana kita mesti tunjukkan pada semua yang kita ini tidak sebodoh yang mereka rasa.

semoga 13 mei terjadi lagi. semoga ia kembali. kerana hanya itu satu2nya harapan kita untuk menghalalkan pembunuhan rawak dan terbuka. kerana kita perlu tanda nama darurat untuk mengizinkan kita menjadi kejam dek faktor terpaksa.

self defense is not murder.

cepatlah sedikit. aku sudah tidak sabar.
parang aku sudah berminggu menunggu masa untuk keluar.

aku mahu mati ketika mempertahan bangsa.
aku mahu mati ketika menjadi pasak agama.
aku mahu mati ketika patriotism memenuh raksa.

sudah lama aku benci dengan konon2 satu malaysia.

aku sudah bosan berkawan dengan macha minachi.
aku sudah jelak berteman dengan apek amoi.
aku sudah muak bersahabat dengan manusia berbangsa 'dll'.

HIDOP MELAYU!!!

hanya orang melayu masuk syurga. hanya orang melayu. sebab kita islam. sebab kita tuan tanah melayu ini. sebab kita pastikan tanah melayu ini terus islam. sebab kita pegang tanah melayu islam ini.

pergi mampos sama mereka yang baru masuk islam. cina masuk islam. keling masuk islam. iban masuk islam. kalau mereka takut mati, mereka perlu pilih. kami atau keluarga mereka yang masih kafir. kami atau keluarga mereka yang masih belum mahu tunduk pada kuasa islam kami!!

pilih.
dan pilih kami.
atau mati tak dipeduli.

pergilah mati si kafir2 di luar sana.
kuil kau, gereja kau, pokok suci kau.
semua itu bukan agama yang betul.
agama aku yang paling betul.
semua tidak betul.
aku sahaja yang betul.

kalau kau mati bukan ada syurga macam kami. kami kaum terakhir rasul. kami ada pass untuk selamat di lambat-launnya.

maka tunduk.
tunduk pada kami.

ini tempat kami!!
ini tanah kami!!
ini agama kami!!

*senyum sumbing*

babi.

semua bodoh. bangang dan hati busuk.
nama saja islam, tapi penghayatan zero.

jahat2 aku, bukanlah aku ignorant.
hina2 aku, tidaklah aku arrogant.

dan siapa yang percaya sentimen2 babi bodoh bangang busuk ini
memang babi bodoh bangang busuk juga.

agama, akhir2 ini tidak lebih dari satu agenda. medium. alat. propaganda. yang beriya adalah orang2 yang bukan pun tahu ke akar umbinya. yang menyibuk2 adalah mereka yang takut: kalau tidak diikut, dikata aku tidak tahu apa.

ah! bangang!!!

perkara paling asas tentang islam adalah asal namanya sendiri.
sim. lam. mim.
bermakna aman. tenang.

kalau pun mahu berperang, demi islam, ada caranya. ada adabnya. ada strukturnya. bukan berselinap di pekat malam dan ditikam ketika tidurnya. itu bacul! itu hina! itu bukan kita!

arak kepala lembu segala. apa itu caranya? cuba kalau masjid kita digesel anjing, mampos ditembak disiat, dituduh semua itu suatu yang disengaja dek cina.

kita ini busuk hati. bukan main busuk hati.

wahai orang2 bodoh sekalian, tentera2 rejimen yang kononnya berlindung di bawah sayap agama, pernah tidak terdetik dalam hati engkau yang semua itu politikal semata2? jauhkan akal kau, nampakkan apa sebenarnya.

yang sedang memegang joystick permainan ini adalah bangsat2 yang sedang bersembunyi dalam bilik mahalnya.

susah jadi orang muda zaman ini. hendak ditegur, dimarah pula. konon kita tidak makan garam. konon kita tidak tahu rasa masin masam. kadang2 hendak juga aku maki, kau fikir garam kau sajakah yang ada?

"kau tak faham. kita bikin ini semua pasal islam"
"ini sudah perang! ini sudah halal, tidak lagi haram"
"ah. kau bukan peduli. kau tahu lompat2 moshing2 saja."
"kau memang tidak sayang agama"

ha ah. dan kau sahaja yang akan masuk syurga.

lewat ini, ramai yang sial. bunuh mak bapak demi mahu dibangkitkan sebagai wali. jahanamkan tuhan orang demi diangkat ke tuhan punya sisi. sembelih anak kerana terdengar bisikan tuhan yang mahu korban seperti mana kita punya nabi.

syurga neraka itu ada.
tapi kita sudah pesongkan adanya.

dunia ini, wahai anak2,
adalah salah satu metafora syurga neraka juga.

kita bodoh kalau kita gunakan penaakulan mantik untuk aplikasi syurga neraka.

buat A, masuk syurga.
buat B, masuk neraka.

A - B x M bahagi T = Y iaitu syurga / neraka.

takkan kau tidak tahu tuhan itu adil?
tuhan lebih tahu apa di dalam hati kita.
takkanlah jahat dan dengki tuhan itu, yang hanya orang A, B, C, atau apa2 kategori huruf yang diterima ke pangkuannya?

oprah kafir. tapi berjuta2 manusia dia bantu.
apakah dia tidak diberi peluang langsung untuk dihisab untuk kebaikannya walau satu?
ada perempuan kristian mati dirogol bergilir2.
apakah dia patut dipadankan mukanya, kerana dia bukan islam, kerana dia kafir?

hari ini aku tidak ada hati langsung untuk berbual dalam bahasa indah.
kerana hari ini aku rasakan dunia terlalu hitam dan jijik.

aku tidak salahkan siapa2.
benar, mereka ada salah juga.
tapi itu bukan tiketnya untuk menjaja benarnya kita.

"fight for your rights!"
bla bla bla.

kau orang semua SAMA dengan budak2 bangang yang bertuhankan fahaman skinheads di malaysia. ikut buta2. bukan tahu pasal apa. ikut kerana ikut.
trend.

padahal skinheads adalah white power. anti manusia selain ahli society sendiri.
dan skinheads pula bertuhankan nazi yang cuma mahukan bangsa mereka sahaja atas muka bumi.

kelakar, kan? aku teringin sekali hantar pasukan skin melayu ini ke markas orang2 paling atas. tengok mereka kena siat atau tidak? melayu nak white power konon.

ptuih.

maka, anak2 melayu, dan orang2 melayu,
TOLONGLAH JANGAN JADI BODOH.
kepala mengangguk bangang membiar hidung yang dicucuk itu dihayun mengikut mematuh.

ikut ikut ikut.
orang kata pangkah BN, pangkah.
orang kata pangkah PAS, pangkah.
orang kata pangkah roket, pangkah.
orang kata pangkah makcik kain batik, pangkah.

kita kan satu malaysia.
kita bagus.
berbudi pekerti.
bersopan santun.
berhati suci.

itu sebab aizat menang AJL. sebab ada elemen berbilang kaum. dan ada gambar orang sudah mati, yang masa hidupnya bukanlah dikasih mana.

bunch of fake people, that we are.

lepas ini, nak buat apa2, pakai jubah pakai tudung labuh pegang tasbih celak mata.
dan sebutkan ini semua demi tuhan.
selitkan ayat2 dari kitab suci.

dan kau sudah pun separuh kaki di firdaus.
kan? mudah, bukan?

*diam*

haih...

kalau beginilah,
aku tidak salahkan kenapa orang benci agama kita.

serius.

dan benarlah kata seorang mubaligh kristian dahulu:
islam is the best religion with the worst followers.

that, my fuckin friends, is the friggin truth.
we suck.

selamat berbahagia di sini.

-------------------
edited:

baca ini. hanya untuk yang suka berfikir.
haram untuk yang tumpul akal.

http://bicaraalbarq.blogspot.com/2010/01/for-those-who-are-open-minded.html

Friday, January 8, 2010

insomniac

mata kembali degil untuk terlekat.
malam kembali panjang melampau tempohnya.
sunyi kembali berbual lebih dari kadar bisikan.

maka aku tahu,
jiwa aku sudah kembali kacau.

terasa masa menyuntuk dan tanpa peduli terus menerobos linear masa yang biasanya konsisten. tanpa rutin dan ritual yang kongruen, mana2 orang akan rapuh. seperti mana seseorang yang cuma bersangkut pada kayu sebatang di tengah2 laut garang, aku diumbang-ambing tanpa kasihan.

yang mana, lautnya cuma perasaan.

sekuat mana aku jerit2kan pada langit hitam, atau warna apa pun langit itu dua tiga menjak ini, aku sesungguhnya sedang tanpa keruan. tidaklah aku kukuh mana. jentikkan cuma sebiji kacang, nescaya pejus seluruh tubuh ditelan kerak bumi.

mungkin aku sedang lemas dengan oksigen yang tidak lengkap tanpa atom yang membawa bau kekasih aku itu. aku tamak, dan aku tidak cukup.

*memandang kosong siling di atas kepala*

kenapa yang terlihat cuma kekosongan? mana agaknya kepul2 awan2 dan bujur2 susuk burung2 berterbangan? mana pergi deru angin yang biasanya menyanyi lagu angan2? mengapa yang ada cuma langit kosong yang seolah mati tak berkawan?

*diam*

perlu lapah apa yang tersisa ini dengan senyum simpul.
tapi gimana?

kalau dipegang pun terasa yang ke-akhiran kalinya.
kalau dikucup pun terasa yang ke-sekian kalinya.

namun aku pasti,
semua ini akan mendidik aku sesuatu.
apa pun jua.

tapi sesuatu.

mungkin;
ada sedikit mungkin,
aku lebih kuat dari apa yang aku tahu.

Monday, January 4, 2010

aku terlalu gamam untuk membubuh nama entri ini. maka tak perlu.

sebenarnya aku sedang takut.
dan sesungguhnya,
kuda2 aku goyah.

aku rasa,
terserlah aku kalut.

*senyum perit*
aku tidak ingat bila pernah aku bangun tanpa tahu apa rutin aku.


...


*diam*

aku tahu tuhan lebih tahu.
dan tidak.
tidak aku berserah bodoh2 tanpa peduli.
tetap, usaha akan aku kerah sampai ke mati.

cuma;
aku rasa,
sudah datang masanya untuk aku sekali lagi--

ambil satu langkah ke belakang,
duduk,
diam,
dan terima.


tuhan pesan pada aku melalui seorang gadis lewat tulisannya tadi:

boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu,
dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu;

Allah mengetahui,
sedang kamu tidak mengetahui.

baqarah. 216.


*senyum*
selalu benar dijawab soalan sebegitu caranya.
betapa manis.

:)

maka sekarang.
aku perlu diam.
dan senyum.

*senyum lagi*

...

senyum.
kerana tuhan lebih tahu.