Thursday, June 3, 2010

tuhan

lagi soalan tentang agama aku. tentang iman aku. tentang keyakinan aku. tentang sujud aku. lagi.
*senyum pahit*

sama ada mereka benar2 peduli,
atau mereka cuma mahu main bahasa,
atau mereka hanya bersaja2.

apa pun jua, mereka semua tak puas dengan jawapan aku yang cuma senyum dan penyataan "tak apa. ini antara aku sama tuhan aku".

tak puas.
sepertinya aku perlu bikin buku log untuk aku laporkan pada semua setiapnya tentang aku.
sepertinya aku perlu dapatkan anggukan setuju dari manusia2 demi dilonggarkan cengkam di leher aku.

entri ini adalah untuk memberitahu soalan kedua yang tertimbul pada malam puisi riong.
"apakah kau tidak takut murtad bila dicakapkan 'tuhan saya selain Allah swt adalah ayahanda saya'"?

*senyum*

bukan satu dua email2 dan komen2 panas menegur kasar dan halus dan tajam dan lembut. bermacam jenis. bervariasi jenis teguran. memesan aku untuk mengulang syahadah, untuk solat taubat, untuk istighfar, untuk menulis surat terbuka; pelbagai.

jawapan aku tetap sama.
aku hanya senyum dan kata terima kasih.

*senyum lebar lagi*

ada apa dengan manusia, ya? seolahnya aku perlu lewati mereka terleih dahulu sebelum aku capai tuhan. seolahnya aku perlu dapatkan persetujuan mereka untuk aku diterima tuhan. ah. sukar sekali hendak memenuhi persepsi dunia. lebih2 lagi bila kau dirasakan dimiliki masyarakat. semua kerana ayat2 klise bodoh "tanpa anda siapalah saya".

manusia memang ada perasaan pemilikan.
tengoklah artis2 kita.

zee avi milik kita. padahal yang bertanggungjawab membesarkan sayap dia dulu bukan pun orang kita. yuna milik kita. padahal asal2nya dulu dibuang2 dan tak diterima dirinya ketika pencarian bakat baru di tv tempatan. guy sebastian milik kita. padahal jalan pudu pun belum tahu dia tahu lokasinya. siti nurhaliza milik kita. padahal... ah. malas aku hendak panjang2kan cerita ini yang takkan berhabisan.

itu orang besar nama. aku reti. aku faham. mungkin memang ada yang merasakan manusia2 itu boleh dimiliki.

masalahnya, ini aku. pemuisi tepi jalan yang sudah terang2 dari dahulu tidak berminat untuk memenuhi citarasa orang selain apa yang aku rasa betul. tidaklah aku katakan setiap keputusan aku itu tepat. tidak. tapi apalah salahnya kalau aku memilih sendiri. jatuh atau tidak itu belakang cerita. aku tidak gemar menjadi seorang yang tersungkur dan terus menuding telunjuk. "ini semua kau punya pasal", "kalau aku tak dengar cakap2 kau, aku mesti elok".

kalaulah benar aku tersalah kaki, biar aku tumbang dengan kebodohan sendiri.

*diam*

susah, sebenarnya, permainan menasihat ini. ingat mudah?
di bawah adalah dua soalan yang aku minta kau jawabkan sebelum kau jerumuskan diri dalam kerjaya ini.

1) kau siapa.

kalau kau memang namanya manusia, kau tidak lari dari disempatkan tersungkur. kalau sudah memang manusia, kau takkan sempurna. lalu, untuk apa kau beriya2 buktikan yang kau lebih tahu dari si manusia yang sedang kau bisingkan itu?

mungkin kerana itu aku lebih gemar menjawab dengan sinikal di formspring. kerana bagi aku (melainkan kalau soalan2nya tidak ada kena mengena dengan keputusan hidup orang lain), aku lebih suka untuk jadi sakrastik dan bodoh2.

kamonlah.
aku siapa untuk pilihkan kekasih kau.
aku siapa untuk tentukan baik atau tidak mak bapak kau.
sebab sayang, lain orang, lain ceritanya.
kan..?
takkan masih tak mahu faham lagi...?

2) apakah sabar kau di tahap langit.

kau perlu tahu yang kalau dalam jiwa kau sendiri tidak ada sabar, silalah bertukar ke fakulti lain. ternyata kaunseling dan biro nasihat ini bukan bidang engkau. gila, agaknya. hari ini nasihat, hari ini juga diturut orang. sedang nabi dan rasul2 pun bertahun2 masih payah untuk tembus ke hati orang. inikan pula engkau.

*diam*

aku sesungguhnya bangang dalam menasihat. aku takut. takut dengan jawapan yang aku lepaskan. takut salah. takut meneruk.

*diam lagi*

kadang2, aku kasihan pada kawan2 dan pembaca2 yang datang pada aku untuk minta nasihat dan pendapat. aku selalu merasakan jawapan2 aku adalah rumusan hidup aku sendiri. dari kisah aku sendiri. dari cerita aku sendiri.

mana adil.

lain org kan lain cerita. aku punya abah dan suami yang begitu hebat. mana mungkin aku rujukkan mereka bila menasihat? bunda aku kan ada dua. mana mungkin patut aku katakan yang mempunyai ibu tiri itu adalah sama indahnya dari bunda sendiri?

ada sekali itu, wani tuliskan tentang menjadi kawan yang baik. aku bacakan dan aku tidak bohong; aku menangis dan sayu. aku sesungguhnya tidak reti untuk jadi kawan yang mampu memberi pendapat tepat dan terbaik. tapi ah. aku beruntung kerana punya kawan yang tidak berkira dengan bodohnya aku dalam persahabatan ini.

*senyum pahit*

kembali pada niat asal aku tuliskan entri ini. tentang marah orang (atau mungkin cuma tersinggung) pada aku yang memberi penyataan "ayahanda dan tuhan" tadi. entahlah. bagi aku, selagi sujud aku dan iman aku pada tuhan masih tak berbelah bagi, biarlah aku reti sendiri.

sesungguhnya, aku merasakan mereka2 yang ada pada malam itu, yang datang dengan hati terbuka untuk sesuatu yang bernama puisi itu tidak pun menyalahtafsir kata2 aku. mereka2 yang ada pada malam itu adalam mereka2 yang sememangnya cintakan bahasa dan perasaan. mereka adalah mereka yang memahami bahasa jiwa aku. dan mereka tahu apa yang aku katakan adalah metafora dan personifikasi sastera yang aku gunapakai untuk mengagungkan ayahanda aku sendiri.

maka bodohlah mereka2 yang cuma menonton lewat video dan merasakan aku benar2 menyembah ayahanda aku sendiri. benar2 bodoh.

mereka yang menyibuk ini adalah yang tak tahu pun apa yang jadi.
dan yang menyambung2 sibuk adalah mereka2 yang tahu dari mereka2 yang tak tahu pun apa yang jadi.

*gelak kecil*
siapa tak suka gossip murah.

jadi mereka2 yang buta faham ini mula datang dengan kaedah menubi2 pada aku. mula menggali tentang siapa aku. mula mencari siapa aku. dan nah. dengan aku yang tidak reti sembunyi2, terpancarlah jasad dan ruh aku yang sengaja aku tayangkan di sini.

tercetuslah hentaman "apa agama kau" dan "mana iman kau" dan "kau contoh buruk pada masyarakat" dan "kau memalukan bangsa dan agama" dan berjenis2 lagi yang malangnya cuma aku senyumkan sahaja.

silap besar.

menjadi orang kita, bila disekolahkan, kita seharusnya menangis teresak2 sambil menyembah kaki si penasihat sambil merayu2 untuk diampunkan.
sayangnya, aku tidak reti. dan aku cuma senyum dengan ucapan tulus "terima kasih".

rupa2nya itu dianggap kurang ajar juga.
dipanggil bongkak.
*sengih*
senyum pun salah.

mungkin benar; mereka mahu aku tulis surat meminta pengampunan dari masyarakat dan berlakon insaf dan terpuji.
walau cuma dilakon2kan sahaja sifat insaf dan terpuji itu tadi.

orang tidak peduli hati.
tapi luar diri.
seperti mak bapak dewasa ini yang tidak peduli pandai atau tidak anaknya mengaji.
tapi hijab anaknya yang melilit suci.

betul, kan, dulu2 aku tulis? orang tidak pandang hati. orang tidak peduli. orang hendak luaran. orang hendak bukti.

*senyum*
dan orang2 ini yang hendak mempersoal iman dan kepercayaan. bukankah ironik? kau bilang kau percaya, tapi untuk apa saja alasannya, kau mahu sesuatu untuk membuktikannya. op op op. sebelum kau salah faham bahasa aku, aku TIDAK MEMPERSOALKAN wajibnya berhijab. cumanya aku mahu tanyakan apa perlunya kau minta orang membuktikan iman dan kepercayaannya PADA kau.

ya. bukan kau seorang yang kasihkan tuhan.
dan ya juga. tak semua orang mampu berikan jawapan tepat pada apa2, wahai kawan.

suka untuk aku selitkan kisah di zaman sahabat dahulu. terima kasih pada seorang kawan yang memberikan aku kisah cantik ini. tentang seorang lelaki yang dida'wah untuk memeluk agama indah kita. dia didatangi dan diajarkan cara2 hidup seorang muslim oleh salah seorang sahabat rasulullah. selesai diajarkan dan diperkenalkan dengan islam, sahabat itu kembali ke negara sendiri.

arakian lelaki yang baru sahaja mendapat ilmu itu dengan ikhlasnya seronok dan bahagia dengan ajaran2 tadi. mana tidak, dia sudah jumpa tuhan! namun entah gimana, yang tiba2 terlupa dan terpadam dari ingatannya sebentar. dicari semula sahabat tadi; tapi rupa2nya sudah berada di kapal yang akan membawanya pulang.

lelaki tadi terlalu mahu mencari tuhan, lalu dia berlari sepantas2nya untuk mendapatkan sahabat tersebut. dia lari dan lari. dan sedar2, dia sudah berlari terus di atas permukaan air; terus ke kapal yang sedang sedikit2 teralir.

*senyum*

dikejar sahabat rasul yang sedang di atas kapal yang terapung melayar pergi.
terentas lautan.

*senyum lagi*

kisah tadi ditutup kawan aku dengan soalan.
di mana solat dan iman itu?
pada perbuatannyakah?
atau pada hatinyakah?

*senyum*

cerita ini bahaya kalau dikongsi pada mereka2 yang bodoh dan buta faham. akan dipesong2 menjadi salahtafsiran. akan dikata nanti "ah fynn jamal menyebar da'yah tak perlu solat pun masih muslim".

aku minta kau yang mahu baca dan menyebar kisah ini untuk membuka hati dan jiwa.
intipatinya adalah "iman kita adalah pada hati".

pada hati.

benar. perbuatan kita ini perlu berpimpinan sama amalan. aku tahu. tak pernah aku menidakkan. tapi aku minta, fahamlah bahawa lain orang lain pendekatannya. dan kalau pun perlu aku jawabkan, terimalah yang bukan pada engkau2 untuk aku jelaskan. dan aku pohon untuk kali ke berapa juta, berhentilah menganggap aku ini yang terbaik. kerana sesungguhnya aku tidak. aku jauh dari itu.

berhenti memandang aku tinggi.
kerana aku bukan.
usah ditirucetak apa perbuatanku.
ambil yang elok.
ambil. percuma.
tapi tolong.

buang yang hodoh.
jangan dipakai.

betapa bongkaknya mereka yang menanya aku, "sudah sedia untuk berhadap sama tuhan dengan apa yang kau ada sekarang ini? dengan puisitepijalan, dengan contoh yang kau berikan?"

pastilah tidak.
dan sejujurnya, jauh dalam hati aku,
aku beriman pada kemurahan tuhan.
dia akan kira walau satu kebaikan yang tersepah dari aku.
aku suka untuk mengharapkan ada sedikit2 amal jariah aku seusai mati aku nanti.

aku mahu bayangkan ada suami isteri yang lebih mencintai kerana membaca tulisan aku.
aku mahu bayangkan ada anak2 yang lebih mengasihi ayahbundanya kerana membaca tulisan aku.
aku mahu bayangkan ada siapa2 yang lebih menghargai kawan2nya kerana membaca tulisan aku.

dan biar bila aku sudah hilang dari atas tanah ini,
dikata orang,
"fynn ini penuh cinta".

because all you need is love.

seperti gaza sekarang ini, di masa ini. kalaulah cinta penuh di permukaan tanah dunia, nescaya semua ini tidak akan pernah ada.
tapi ah. ini penafian besar.
kita ada terlalu ramai pembenci dalam dunia.
terlalu ramai.

*diam*

maka ya. bagi aku, kalaulah ada tuhan lain untuk aku, nyatanya ia adalah ayahanda aku.
marahlah aku.
herdiklah aku.
tak akan aku dulikan.

ada apa dengan pilihan bahasa? terlalu taksub dgn perkataan dan kata2. terlalu takut. yang mana di hujung hari, dari ketakutan tadi, terus terjadi sesuatu yang lebih menakutkan.

kelakar pun ada. kalau pasang lagu orang putih, "you're like a god", "you give me everything" atau "my soul is for you", boleh pula. tapi oh. aku lupa. itu orang putih. itu boleh.

aduhai.
rimas!

maaf untuk entri yang tidak berapa padu. aku sudah seperti muak menulis. sebab terlalu ramai merasakan mereka terlalu memiliki aku. aku diharamkan menjadi manusia. aku dimestikan menjadi malaikat. dan kalau pun tidak, aku perlu berlakon menjadi satu.

yang mana,
takkan mungkin.

aku akan tulis. terus2an, cuma berkurang2. aku lebih selesa senyum pada tuduhan2 tak berakal orang pada aku. itulah. setakat baca satu dua entri, terus mahu bilang kenal aku. setakat baca seluruh blog, terus mahu bilang mereka sudah tahu siapa aku.

notakaki:
pada kawan2 luhur yang terima aku ini ada buruknya dan mereka2 yang setakat baca diam2,
senyum seorang2 sekarang.

senyum!
:)

aku suka kalian.
terima kasih.

*senyum lagi*

oh ya. pada yang terlalu sibukkan iman aku dan memerlukan aku seolah2 bertaubat menghadap muka mereka, aku mahu pesan ini;
kita semua ada direct line pada tuhan.
telefon kita ada pada tadahan tangan.

i don't need no confession box like those in churches.
i don't need you to tell him nothing,
i've been like this since ages.

*senyum*
terima kasih.

22 comments:

.fairuzaimi. said...

Salam kak fynn ^^

Saya nak kongsi cerita pendek yang saya jumpa di website imam suhaib : http://www.suhaibwebb.com/

imam tu dulu DJ. So that website is pretty cool. Hehe. Anyway, here's the short story :

[ A person may do something small but he is more beloved to Allah (subhana wa ta`ala – Glory be unto Him) than a person who does a lot. Simply because the former person’s heart is present. The illustration of this, is in the story of a man, who saw Satan at the door of the mosque unable to enter. When he looked inside, he saw a man SLEEPING and a man standing in PRAYER. So he said to Satan, “Is it the man who is praying who is preventing you from entering?”. Satan replied “No, but it is that man on the floor.” Why? It was the state of his HEART. - Imaam Ibn Al Qayyim. ]

*saya buat caps sebab tak reti buat bold dalam comment box ni. T.T

Jadi abaikan je cemuhan orang (which, you already did. :D) yang penting kita tahu hati kita. Kalau hati ni boleh keluarkan dan tunjuk pada orang, senang jugak. Tapi Allaah tak bolehkan macam tu. Sebab hati tu milik tuhan. Dan isi dia, yang sebetul-betul isi dia, kita dan tuhan je tahu. Dan biar kita dan Tuhan je tahu :)

" The iman which is sufficient in this world is verbal attestation (al-iqraar) only. For whoever makes the verbal attestation, then the judgment of Islam applies to him in this world, and no one can judge him as a disbeliever except if there is connected to him some condition which gives evidence of his disbelief ; like prostrating to idols for example. "...Abd as-Salaam ibn Ibrahim al-Laqani.

:)

But in any way, sekali sekala, kita kena muhasabah diri kita depan Tuhan juga ok? huu ( sorry, i am no one to say this jugak) but umm, just sebagai ajakan as a sister in Islam. ^^ Kot? Huu.

Make a lot of istighfar, and may all of us be kept away from those astrayed people. Ameen.

Assalamualaikum kak fynn

*i'm a fan of your writing. (pfft me) huhu. andd sorry panjang! ni tak panjang tapi comment box yang kecik. :P

*same goes to jiwa. :) besarkan jiwa, maka mengecillah masalah. :) May Allaah bless us all! :D

tangga.merah said...

kadang-kadang...apa yang ditulis oleh kita tak perlu langsung difahami oleh orang lain...biar hanya kita saja yang mengerti...dan tak berharap untuk orang mengetahui apa yang tersirat dibalik apa yang kita tulis...
apapun, salam puisi untukmu...

fynn jamal said...

fairuzaimi:

suka. <-- capital letters.

Aku lah yang baca blog engkau dan dan berasa kesian said...

Dah awak timbulkan provokasi ayat,

'tuhan saya selain Allah swt adalah ayahanda saya' pada orang lain (saya tak tahu la berapa ramai yg dengar).

Itu adalah akibat/kesan dari tindakan sendiri, kalo orang siap kasi "hate mail" ke, nasihat ke apa ke, tak perlu la awak bidas bidas sebegini rupa.

Jika apa yg tersirat dari apa yang di ucap, awak saja yang faham. Justru, tak perlu di ucap sama sekali.

Simpan dalam hati. Cukup.

Tapi kebenarannya Fynn,apa yang kamu ucap itu melibatkan akidah, bukan puisi, bukan kata pujangga, hanya ayat yang mengatakan tuhan kamu ada dua.

Ayyman Rahim said...

Orang yang kutuk ni iman tahap tinggi langit mungkin, jadi dia rasa dia dah cukup untuk menyoal manusia tentang amal iman. Mentuhankan diri kot?

fynn jamal said...

cik akulahyangbacablablabla.

ok. :) tak ada hal.
terima kasih.
:)

Sarah said...

salam kak fynn..

persetankan mereka.
ramai lagi yg sygkan kak fynn trmasuk saya. :)
mulut manusia mmg takkan pernah letih berckp.dan takkan pernah bisa kita sumbatkan agar diam.
siapalah mereka nak persoalkan iman orang lain? oh camon la..dia ckp mcm dia malaikat..bole jalan lah.

pekak kan telinga dan jauhkn pandangan kakak drp mereka.
sebab ramai lagi yg sygkan kak fynn.ramai..

-saya sudah hampir 4 tahun hidup mengenali kak fynn..and u're a great person..just wish i could meet u someday.. <3

Nora said...

Kakak,

jangan dilayan literalist.

kalau macam tu Jalaluddin Rumi pun patut dipersoal iman dan Islam nya;

"What is to be done, O Moslems? for I do not recognize myself.
I am neither Christian, nor Jew, nor Gabr, nor Moslem."

apa komen sang penasihat2? =)

nazihah// said...

aku senyum fin.

joegrimjow said...

God knows best

Mami Naufal said...

salam..
lama tak jengah sini...

fynn..
reaksi sama bila mana aku katakan yang paling agung itu suami aku..maka mcm2 teguran dan nasihat yg aku terima..yang kata aku menyamatarafkan keagungan itu hanya pada seorang manusia yang tak sempurna..ye..memang dia manusia yang tak sempurna..tapi cukuplah sempurnanya hanya pada aku..

betul kan? cuma kita dengan Tuhan yang tahu...

*hugs*

The lady said...

niat mereka nak ingatkan je kot, entahlah. wallahualam. :)

keep it up, kak fynn. fight for your RIGHT..

aku tersentak tapi ok jer said...

aku antara yang hadir di malam puisi riong. memang datang aku atas dasar bahasa dan perasaan.

tapi aku tersentak juga mendengar ayat tentang tuhan dan ayahanda.

heh.

ya.
tak ada kena mengena dengan aku.
itu antara kamu dan tuhan.

mungkin tuhan pernah beritahu kamu yang dia ok saja dengan ayat kamu itu kerana dia tahu hati dan iman kamu tahap mana.

kalau macam itu tak apa lah. memang betullah itu antara kamu dan tuhan.

tapi kalau tuhan tak beritahu kamu apa-apa, aku rasa ayat yang tepat adalah, "itu hal tuhan. kita serahkan semua kepadanya."

kan?

**oh. kenapa entah rasa takut datang bila menaip serahkan semua kepadanya. **

JajaA said...

bukan nk komen apa yg terjadi..tp...yg dicari dah dapat. maksud drpada entri ni yg selalu dicakapkan kepada yang lain.tapi mungkin disalah tafsir sbb diorang xpaham. tapi kak fynn tulis jelas apa yg menjadi pegangan hidup sy ari ni..baru hati jadi puas! like your words.alhamdulillah!

Dr.Alia said...

salam kak fynn~

sebagai positifnya, mereka menegur kerana sayang :)

mungkin bahasa mereka tidak secantik kak fynn, maka disalah ertikan.

pada saya, kata-kata 'tuhan saya selain ALLAH ialah ayahanda tu' boleh disalah anggap oleh orang lain. matlamat kita tak menghalalkan cara. mungkin kena lebih hati-hati.

if saya yang dengar, mungkin boleh faham dan interpret sendiri, yang x faham tapi kagum sama kak fynn, diambilnya buat pegangan. tak ke haru. (^_^) tak semua orang ada otak cerdik dan boleh faham bahasa jiwa ni.

kak fynn, saya rindu entry kak fynn yang dulu-dulu. yang tidak semacam ni.

apa-apa pun, buatlah semua ni kerana ALLAH. dia lebih mengetahui ;)

p/s: kak fynn, komen sy ni, tak perlu publish pun. saya nk drop some words aja. syukran (^_^)

irham sheckler said...

hmm nk tanye sikit fynn,kalau orang tuduh mcm mcm apa fynn buat?senyum,buat muka,marah,nangis???
i rase better u senyum than u melenting or do smething yang buat diorang ade point nk balas balik..
(sorry i dont even know you,but hv given u some advise pulak)haha
ni sume pon sebab kitorang tau mane nk pilih salah and benar kan kan kan kan..
sayang u :)

syazana shahar said...

saya ada malam itu.

saya datang dengan mak saudara saya.kakak igt saya tak?

waktu kakak ucap ayat itu,,

makcik terus bersuara
"ya Allah, awat dia cakap macam tu? astaghfirullahalazim"

dan
saya senyum
bermonolog sendiri.
'makcik tak kenal fynn jamal'



kakak.
kuat ya?
kuat.

Queen said...

salam :D

saudari fynn jamal, ya betul God know the best. Hopefully you are stronger than ever. You know better about your intention than anyone else. Smile :)

Unknown said...

ish! jangan berhenti kak!

teruskan tak kisah.
soko jauh sangat la.
paling kurang ada fynn jamal kat malaysia ni.
X)

ardz amy said...

manusia selalu sgt cr kesalahan org lain sampai alpa pada kesalahan sendiri..

:) sy suka cr awk... sy mengenali awk dr seorg teman sy.. dan sy doakan awk suksess.

x perlu berpura2 utk berkarya.. kerna awk ikhlas dlm berkaryala wujudnya peminat seperti sy:)

mungkin kita x akan bersua, tp setiap penulisan fynn melekat di hati sy:) walaupun baru pertama kali mendengar dan melihat mv:)

semoga anda terus berkarya pedulikan kata org:)

aizar said...

salam...kak fynn
saya baru je bca blog kak fynn ni..adalah dlm 3 taun..ni 1st time saya mnulis..sblum ni silent reader je..
saya tulis ni atas niat 'berpesan lah kamu dgn kebenaran dan berpesan lah kamu dgn kesabaran'

masa mula2 dengar awak ckp cmtu "tuhan saya selain dr Allah swt ialah ayahanda saya" saya terkejut jgk..wpon tahu macam mana cara pnulisan awak..sbb bagi saya manusia tak patut dinaik tarafkan sbgai tuhan..tuhan perlu disembah..ibu bapa perlu dihormati...

masa awak sebut selain tu pon dah bawak maksud ada yang lain selain Yang Satu itu...

saya hormatkan awak sbg manusia..saya tahu awak ada pendapat, pandangan, alasan sendiri...hanya awak je tahu apa niat awak masa tu..saya bukan nak judge cuma personally saya rasa ayat mcm tu tak patut kluar..

'puisi untuk ayahanda' is one of my fav...dgr bnyk kali pon still nangis....pendek cerita saya mgkin boleh faham macam mana perasaan awak terhadap ayah awak..tp bagi saya sangat tak appropriate bila keluar ayat cmtu...hak kita terhadap tuhan lain, hak kita kepada ibu bapa lain...

itu je yg saya nak cakap..saya bukan org seni, saya bukan org pandai..saya cuma nak bagi pendapat saya..again,hanya awak je yg tahu niat awak masa tu..

tq..

fynn jamal said...

aizar;

terima kasih.
:)
terima kasih.
*senyum lagi*