Monday, January 18, 2010

kembara di tanah putih

aku tenung renung menung skrin depan mata aku. kelip2 garisan tegak pendek sedang menunggu kata2 yang lahir dari akal ini untuk dikhabarkan pada dia untuk diukirkan pada butir2 lcd ini.

susah.

pagi2, sel2 dalam otak aku tidak lebih dari satu tiub panjang bergumpal yang menduduki tengkorak aku. pagi2, yang ada cuma kabus2 yang mencomot pandangan yang pada asalnya tercemar dek mukus mata berbaki itu. pagi2, yang terbaik adalah nercafe tarik tabur milo satu.

pergh.

malam ini baju2 akan dibeli. harap2 cukuplah bajet yang aku bentangkan. kalau tidak, nescaya dari poket aku yang kosong ini juga terpaksa aku kikis2 untuk membayarnya. bagaimana agaknya itu semua.

bagaimana tanpa si nyawa?

kajian memberitahu tempoh ini adalah musim dingin yang terpaling teruk dalam 10 tahun. aku sengih. takut, sebenarnya. sedangkan penghawa dingin di dalam kereta pun aku selalu matikan, ini pula menumpang hidup di tempat orang yang lebih beku dari peti ais pengeras daging. sang arjuna jauh berjuta batu, gaya mana pula boleh aku rengek2 minta diselimut mengada segala?

*gelak besar*

aduh.
bagaimana ya.

*sengih lagi*

macammana aku boleh terlalu banyak ketawa dua tiga menjak ini, aku sendiri tidak faham. mengenali diri aku yang begitu mudah kalut dan gelabah, aku rasa pelik, sebenarnya. sepertinya aku belum lagi menelan hakikat yang mendatang ini.

aku tahu dan terlalu sedar aku sedang ketakutan untuk semua kemungkinan.
ia cuma belum dimanifestasi secara lahiriah.
dan aku hanya tidak boleh tidur lena setiap malam.
itu sahaja.

ada yang tanya, "sudah meraung belum?"
aku jawab belum.
bila?
entah.
habislah nanti.
mungkin.

aku diam.
benar, kot.
dalam kapal terbang nanti aku menggelupur mahu pecah tingkap mahu turun.
atau jejak kaki di atas salji baru meronta2 mahu tumpang ruang bagasi.

*senyum*

buat sementara, yang aku ada cuma malam2 yang berbaki. yang aku sentakkan di tengah2 mengantara, untuk mengejutkan aku di pekat pagi. di masa2 yang tersisa, aku renung ombak dada kekasih, aku jalan2kan dua jari di sepanjang kulitnya yang aku andaikan bagai gunung dan paya dan tunggul ara, aku sedut bau nafas yang dihela dia terus ke paru2 aku seperti memenuh tangki dengan oksigen untuk masa2 nanti.

aku memilih untuk senyum.
kerana aku tidak mahu kira hari bila aku akan pergi.
tapi berapa lama lagi mahu kembali.


lagi pula,
aku kan ada dua tangki penuh nafas dia.

*senyum*

sempat punya.

28 comments:

Shazuan Ali said...

kak fynn nak ke mana?

♥نعمة السعده اسماعيل‎ ♥ said...

post kali ni.
agak kurang paham bahasanya, :D
sungguh puitis.

walau kemana pn kak fynn pegi,jaga diri baik2

psssst: pitcha itu sungguh suwiiiiiit
;)

prisona said...

fynn

Anonymous said...

cinta yg manis.

yeayy!

yuyu said...

sy suka gmbr ni..

Hazerin said...

ye lah.. kak fynn nak pergi mana?



mana2 pun, lekas pulang

Anonymous said...

astarfirullahalhazim... couple ni dah kawin ke belum?
masyaallah..

dumdum said...

=) *peluk*

#23 said...

mahu ke mana? :(

Unknown said...

suka ayat akhir tu. dua tangki penuh nafas beliau. i like :)

semoga Allah lindungi kalian berdua dan cinta kamu :)

nuridrin said...

jangan tinggal lama. :(
balik cepat.

Anonymous said...

anon neh la. buat buat tanya pulak. nk perhatian la tu. gila betul. -faten-

nadia najib said...

i just adore your writing,like seriously.its make me feel like to read again and again.good luck kak fyn!overseas here i come .heh

to anonymus up there,shes already married kot?wtf kau nak cakap macam tu. - __________- pelis la,pergi main jauh-jauh.

ML; Mohd Loqman said...

salam. anon. depa legal la.

Mami Naufal said...

jauh ke perginya fynn?
cinta kamu kan sentiasa ada utk peneman..

cik anon..
gambar itu dirakam setelah selamat mereka bernikah..doakan saja cintanya kekal..

gambar yg sangat manis..semanis cinta kamu berdua..

Shazuan Ali said...

anon.
mereka kekasih halal :)

fynn jamal said...

popstar:

kazakhstan.
dulunya russia.

cari borat. haha.

scha said...

kak fynn..
abg tri tak ikut?

Shazuan Ali said...

wah jauh.
haha.
borat tu kawan saya.
tipu. haha!
selamt pergi. selamat pulang.
amin.

Unknown said...

sempat punya
")

"anonymous"
nama pilihan ibu bapa sekarang

Anonymous said...

suka ayat yg terakhir.
cinta kasih abg tri akn ada dgn kakak walau ke tanah putih pun.
dan semoga kekal smpai mati.

:)

Niksu Rashid said...

Kak fynn pergi mana nii aaaaaaa bila?

azhari azmi said...

fuhh study oversea! gile hebat! all the best!

SayaBudakPemalas said...

anon pertama buat lawak. nampak sgt saje nk carik point.

adeh~

jaga diri di tempat orang.
;)

jeles.

dialicious said...

fyn..saya pun baru ditinggalkan suami berjuta batu jgk..rasa sedih baca entry ni..sbb we only knew he was leaving 4 Africa like 3 days before&return tix is in July!...sisa2 hari tu mmg meraung nak mati..macam mana awak boleh jd begitu kuat..

NHAT @ SH :) said...

i loved ur writing!!!ta tahu nape.. jd addict nk bce blog u...

nini said...

rasa macam mahu nanges baca entri kamu. :')

Anonymous said...

nice pic..!sweet.. =)