Wednesday, July 29, 2009

aku sibuk.




31 julai.
malam.
akar.
shah alam.

1 ogos.
siang.
seminar anak2 sekolah.
shah alam.

1 ogos.
malam.
festival musik selangor.
shah alam.

10 ogos.
malam.
bengkel puisi anak2 matrik uia.
nilai.

cerita gigi

petang.
aku, abah dan kapcai merah.

dengan kelajuan lebih siput dari basikal,
pada hari2 petang;
aku, abah dan kapcai merah.

abah sojar. bukan hari2 boleh jengah rumah.
kalau pun tidak ke ceruk hitam rimba, abah perlu melanguk di pulada.
ah, kem sojar pun, tengah hutan juga.
jauhnya dua jam atas bas juga.

kota tinggi peruk.
bas ekspres mana ada.
semua bas sangkut2.

aku paling suka kalau abah balik. setiap sojar bertugas selalunya dibekalkan makanan dalam tin. abah sentiasa jimat2. dia tahu air liur aku akan menjejes bila ada nenas dipotong macam donat dalam bekas silinder timah. dia kenal nganga mulut aku akan mencakah bila ada serbuk glukos perasa oren untuk aku kunyah2.

aku paling tidak akan lupa tiap2 kali dia sembunyi belakang pintu untuk menyambut arwah emak pulang dari hospital dengan terlebih dahulu dipesan pada aku untuk mengakalkan isterinya yang dia sebenarnya tidak ada. aku, dengan lurus dan beriya, akan berpura2 dan mencipta cerita.

sekali sekala yang terpecah kekeh abah, aku gelabah.
"abah balik kampung"
"mana ada abah"
"abah kata dia tak balik minggu ni"

emak akan layan cerita aku seperti hikayat aku itu satu kisah yang penuh dengan hal2 ajaib.
"ye ke!!!"
"alaaa!!! siapa nak sayang mak kalau macam ni!!!"
"sampainyeeeee hati abah tinggalkan kiteee... ek?"

aku paling kuat ketawanya bila abah sergah di tengah2 aku bercerita. tidak pernah tidak, emak akan menjerit seperti ditunjuk polong. akulah yang paling bangga sebab berjaya menjadi tali barut abah.

bila sudah besar, baru aku tahu, selama ini, emak memang tahu abah ada di belakang pintu.
dah tentu motor merah abah dekat depan itu sedang tegak macam penunggu.
haha.

seronok jadi anak kecil.

apa yang kita rasa adalah apa yang kita rasa.
kalau tadi boleh main pondok2 sama2, kejap lagi bergaduh sepak2 kaki.
esok siang sudah boleh kembali main lari2.

apa juga rasa yang dirasa --tulen.
tak teraduk perasaan lain,
tak terkatup di balik kain.

sebab itulah di setiap petang yang ada luangnya,
aku akan seperti anak sakai dibonceng di ruang bakul lembu besi itu;
menyeringai.
entah apa yang diseronokkan.

kalau bahagia abah adalah tatkala mata dia meratah wajah2 setiap rumah yang kami legar2 dengan penuh khusyu' dan hati2,
bahagia aku --
adalah pada matanya yang penuh khusu' dan hati2 meratah wajah2 setiap rumah yang kami legar2 dari tadi.
dan oh, pada ruang yang sedikit terperosok di celah dua tangannya yang memegang lengan si lembu besi.

ada sesuatu tentang itu.
sesuatu yang aku belum jumpa perkataan untuk mendeskripsi perasaan aku.
'indah' terlalu murah.
'magis' terlalu miskin.
tidak ada kata untuk aku rujukkan sesuatu itu.

*diam*

semalam aku cabut gigi.

kecil2 dulu, dengan motor merah, abah bawa aku pergi klinik.
dia mesti ikut jalan jauh.
angin akan tenangkan aku, dia kata.
macam biasa, aku percaya.

berkali2 kena tipu pun, aku cuba untuk percaya.
dia kan hero.
hero mana reti bohong.

tak reti konon. chet.
"macam gigit semut je..."

semua benda macam gigit semut.
enjet macam gigit semut.
jahit macam gigit semut.
sekali enjet tengok..?
sekali jahit tengok...?

tak macam kena gilis keretapi pulak ngilunya.

sebab itu, di setiap sempurna dibohong abah, aku akan tarik muka yang paling masam.
kalau paku gagah menampung baju, juih mulut aku tak goyah mendokong kuali hitam.

nasib baik zaman2 itu, aku belum lagi di umur layak-dibantai.
:)

abahlah yang bertanggungjawab memulakan tradisi mari-pujuk-angah-dengan-aiskrim. betapa jahat. ternyata aku memang mudah dibeli! cis. benci betul. nak sambung merajuk, rugi. lalu abah nantinya akan hunuskan kepal tangannya di depan dagu aku. seperti selalu, dalam genggamnya, ada gigi aku yang diminta dari doktor.

meh balik. kita baling atas atap.
buat apa?
nanti dah besar, angah takkan lupa rumah kita.

*terdiam*

atap.

bulan lepas, masa aku rindu sangat pada abah, aku cari rumah aku guna google earth.
nasiblah bas abah besar macam ikan paus.
cukuplah...
sorang2, aku teresak2 depan skrin.

abah pernah cerita zaman2 mudanya mengurat emak. susah. emak tak suka berdedai depan rumah. jual mahal.
tapi abah kata:
"tak nampak tuan, tenung atapnya pun jadi".

comel.

*senyum*

semalam aku cabut gigi.
tri bawa aku makan cendol.

:)

Monday, July 27, 2009

aku dan potensi mencintai perempuan

ada satu kali;

kawan perempuan yang 18 tahun ketika usia aku 20 itu menawarkan katilnya pada aku. dia kasihan sama aku yang menumpang tidur di kolejnya. dia bilang, sejuk simen akan menembus comforter, dan aku pasti akan rasa ngilunya; "MMU boleh tahan beku tau fynn".

aku akur berkongsi bantal di tilam singlenya. baru hendak hanyut ke alam mimpi, dia minta peluk aku. sudah biasa tidur di rumah dalam keadaan begitu, jelas gadis yang memang jujur aku kata cantik itu. aku derau. macam pelik.

mana tak kelakar, ini member mamak sampai subuh. ini member tengok filem berpanggung monitor komputer. ini member main selet2 nasi celah ketiak. ini member selit ais celah bontot.

sukati kaulah. aku tidur dulu. aku serius pancit. dah. tido.

aku angkat lengan dah bebankan ia di dahi aku. aku yang gemuruh lebih kot.
sumthin is wrong with me.
this is normal.

...right...?

aku sedapkan hati yang tak sedap langsung.
dan di mujuran aku hendak tidur, gadis itu buka mulut.

fynn... boleh tak kalau nak cium fynn?
cium je...
sekali je...
cium je...

je.

---

aku ingat lagi esok paginya bila aku bangun pagi dia sudah pergi kelas. aku tinggalkan nota atas meja belajar dia, "balik dulu. thanx kasi tumpang" aku lukis smiley ceria.

lebih setahun aku dan dia tidak terhubung.

aku pasti dia awkward. aku lagi pula.
aku pasti dia malu ditolak, sebagaimana halus dan tertib sekali pun hadangan aku dari menjunam bersama dia.

macam nak pinjam wang kawan baik, ketika dia tidak ada duit. dia kata "maaf tak ada"; kita faham. serius boleh faham, tapi malu meminta tadi masih ada. kekal ada. kekal sehingga tidak ada lain kali untuk kau luah untuk pinjam.

---

ada satu kali juga;

aku fed-up sama lelaki. cinta bertahun2 tidak jadi. berkawan baru semua yang dimahu adalah tipah di celah kangkang. kalau minta macam lelaki, tidak apa. ini tidak. potensi perogol bersiri itu jelas di muka dia, walau tidak ada langsung parut panjang macam lipan atas pipi: tipikal muka penyangak dalam filem.

maka kawan2 aku adalah dari jantina perempuan. konon selamat. rasa tidak serabut. tidak perlu jaga hati. kita dimanja kita memanja tanpa takut. tahu kita tidak akan diapa2. ke mana2 sanggup bersama.

tamo kawan lelaki dah, fynn. derang selalu buat kita sakit, kan?
ha ah! betol!!

sehingga satu hari diajak ke rumah kawan dia. ada makan2 ramai2. hari perempuan. kita boleh hepi.

cuma aku tak tahu, selain ayam bbq dan pizza,
pengunjung juga boleh meratah sesama sendiri.

ow...
kay...

---

aku ingat ada sekali ini juga;

aku ada kawan perempuan aku yang semua tahu pailangnya bukan main; black belt berapa done aku tak ingat. orang yang tidak kenal, mesti ingat kami songsang. tapi ah, samseng dia pun, sekarang anak dah seorang, bercinta pun kadang2 gedik bergolek2 atas katil. propa la kau, hada. ;p

aku dengan hada sedang makan di kafe. datang seorang bapok secara melulu dan menghempas buku2 teksnya di meja makan aku. aku sedak.

"hey perempuan! kau changan hengat kau tu syantekk sangat. shauqi itu aku punya, kau reti. changan kacau dia owhkayh!"
*mamat/minat pelat sebutan "j" itu ketip jari serentak dengan memusingkan engsel kepalanya betul2 depan hidung aku*

ee. syauqi. nak gossip pun, bagilah karekter yang lebih mengujakan. mamat human sciences yang selalu pakai kain pelikat dengan baju melayu yang selalu lalu di waktu2 nak ke masjid tu ke, secara spesifiknya.

aku sengih.
belum sempat aku jawab, hada hentak meja dengan cegil mata:

"dah?"

hada sudah berdiri tegak bila aku toleh dia. satu kafe tengok hada, aku dan bapok.
hada buat tongong.
bapok terus blah.
aku sengih busuk sambil angkat2 tangan pada orang lain.
sori. sori. sori.

aku pusing kat hada, dia tengah sedut ABC rock sambil gelak2, tanya aku, "nak?".
aku rasa nak tampar pompuan ni.
haha.

---

ada di satu kali yang lain;

aku dengan hada berada di atas tangga bergerak.
ada sepasang kekasih normal di belakang kami.
ada sepasang kekasih lelaki tidak normal di hadapan kami.

sang normal lelaki bercakap kuat2 "astagapirulloh...!"
sang normal perempuan mengekeh2. pun kuat2.
sang normal lelaki sambung "hadoih... apa laaaa rasa taik"
sang normal perempuan konon2 baik "hish tak baik la tauu" sambil ketawa.

hada dan aku buat muka bodoh. tidak mahu masuk campur.
cuak. kami baru 18, baru berjinak2 dengan bandaraya pelik bernama kuala lumpur.
dunia yang lebih aman kalau kita memilih untuk tidur.

sampai di lantai atas, sang tidak normal pertama toleh dan terus menoleh ke belakang sambil meludah.

"sini la! babi! cakap depan muka aku"

tapi air ludah dia kena kasut aku.
bukan kasut sang normal dua ekor itu.

hada sudah standby hendak hayun keempat2 ekor manusia itu. dia jerkah "woih!".
aku tau hada ada impian muka pecah kena belasah.

a fetish a fighter has; street fight thing, for a cause pulak tu.
berangan jadi hero itu semua pernah ada. haha.

tapi sang tidak normal kedua sudah tarik sang tidak normal pertama. sang normal mangkuk dua ekor itu buat muka bodoh. dia tidak salah, apa, dia fikir dia sedang tegakkan agama dengan cara menghina kaum2 begitu. betul la tu.

---

apa aku nak cakap?
tidak ada.

macam ni:

kau curi roti.
kau kena tangkap.
kau kena bantai sampai lembik.
pasal roti.

ek eleh..

mencuri memang salah.
bantai sampai lembik pun memang salah.
jadi apa yang betul?

entah.

---

lebih separuh dari kita pernah wonder dalam hati.
what does it feels like.
cuma satu per lima dari separuh itu yang larat untuk tidak cuba.

macam pertama kali merasa asap.
saje test.
sedar2 dah tiga puluh tahun minum tar.

aku minta jgn beri alasan "tuhan bagi aku ini rasa" dan "ini bukan salah aku, kerana aku tidak pernah minta". aku tidak suka.

habis tu,
kau mencuri; salahkan tuhan sebab timbulkan rasa perlu ketika kau tak mampu?
kau menzina; salahkan tuhan sebab timbulkan rasa syahwat ketika kau tidak mahu?
kau membunuh; salahkan tuhan sebab adakan pisau di lokasi kejadian?
kau melacur; salahkan tuhan sebab adakan orang memberi bayaran?

aku paling benci budak2 nak pailang, lepas kantoi, salahkan kawan2 sebab ajak dia jadi samseng.
turn off gila.

tapi jangan pulak terus sayurkan orang. kau betul macammana pun, kalau kau bukan orang selayaknya, baik kau sabar dan doa dia kembali pada dasarnya. kau sembahyang 15 jenis yang sunat pun tidak akan ada makna kalau hati kau bacin.

kau kena ingat,
pelacur pun tuhan jemput masuk syurga.
demi air yang dia bagi pada anjing tepi jalan.

punyalah tuhan itu maha mengampun.

aku cuma nak cakap,
ada akal, fikir sendiri.
buat baik, buat jahat, semua ada hemahnya.
niat baik, cara laknat, sama jahatnya dengan niat laknat, cara baik.
tak usah dolak dalik.

tapi fikir je la ok.
percayalah.

wahai anak2 gadis, sentuhan suami itu...
adui.
berdentum tangkai nyawa.

dan anak2 teruna, belaian isteri itu...
adui.
bergetar sampai syurga.

---

entri ini aku tulis sebab tadi aku blog hopping.
terjumpa yang tak patut aku jumpa.
aku tidak mahu cerita panjang.
cuma ini:

aku homofobik.
takut.

tak suka.
tak benci.

aku pun cemburu, ok, mereka2 yang ada bff jantina-antara ini.
ye lah, ternyata lebih kreatif, lebih fren dari fren biaser.
tapi aku tau, minah ganas macam aku bukan material kawan baik mana2 nok, nyah mahu pun jack.
sebab kasar aku lebih sesuai jadi member lecak budak jantan.

ah.
kasar2 aku pun,
nampak golongan ini;

takut.
:)

aku ni samseng taik minyak.
haha.

Friday, July 24, 2009

tidak mahu beri tajuk, sebab tidak ada perlu.

sebagai satu permulaan,
aku kirimkan sms pada mereka2 yang selama ini aku pegang untuk aku benci.

dengan jujur yang ikhlas, aku lafazkan maaf dan perdamaian.
aku tetap jelaskan ketidakmungkinan berteman semacam dahulu.
tapi aku tahu, sms2 itu sudah cukup memadai.

aku tidak pedulikan apa2 respon. apalagi ucapan minta diampunkan bagi pihak mereka.
aku cuma mahu tenang.
aku tidak mahu biar beban benci terus sebal dalam kerongkong.

ada yang balas.
ada yang tidak.

seperti aku kata tadi, aku tidak peduli.
dari pihak aku, kelegaan lebih penting.

sensasinya persis perasaan kau lumurkan vicks pada hidung yang tersumbat.
ketika proses evaposari hingus penuh itu berlaku.
lega dan terus lapang.

*diam*

semenjak dua ini aku sukar sekali menulis. internet ada setiap masa, tapi kehendak sudah agak tawar. apakah aku sudah melangkah ke pinggiran pantai itu di mana sudah tidak ada apa perlu lagi untuk aku soal2kan melain menyengih bahagia menyidai ikan kering di atas zink sambil menonton anak2 jiran bermain lari2?

mungkin aku sudah tua.
haha.

aku baru perasan, aku suka membayang indah dalam panorama kampung dan damai alam. aku susah hendak memberi contoh bahagia dalam situasi kaya-raya. hmm...

mungkin aku patut lahir jadi anak nelayan.

tapi nanti dikahwin sama anak muda yang bantu bapak memukat pula.
lepas itu anak aku besar, bergaduh hendak pindah bandar.
aku nangis dan merayu kenapa tidak reti dia kenang budi.
haha. imaginasi.

bodoh gila.

*diam*

aku klik entri julai tahun lepas. aku sengaja mahu intai si aku setahun lepas.

---

"aku takut, fynn"
"kenapa"
"dari dulu, tuhan selalu makbulkan doa aku"
"jadi?"
"dan aku selalu lupa untuk bersyukur. tidak sempat lama, diambil semula semua yang makbul itu"
"apa yang telah kau doa baru2 ini?"
"engkau"

----

dan aku masih meluah doa yang aku lafaz setahun lepas itu di setiap doa sehingga kini:

tuhan, terima kasih kerana kau ranapkan aku sehancur2nya dulu.
terima kasih kerana menjahanam setiap inci bahagia di dalam diri aku.
kerana hanya dengan itu aku mengerti indah perasaan yang aku rasa hari ini.

kerana memang benar.
tuhan aku sentiasa tahu.
dia terpaling awsome.

Tuesday, July 21, 2009

mati

dua tiga hari ini, banyak aku fikir.
betul kata orang,
bila sudah menghadap maut depan mata, hidup akan mula menonjol makna.

sabtu lepas,
aku mungkin sudah dipanggil tuhan.

ceritanya panjang, dan hanya sekerat umat yang tahu. tapi untuk hari ini, aku malas hendak membincang tentang itu. aku pasti ada juga di kalangan kita yang pernah disapa perasaan beku itu. maka tidak ada bezanya.

*kejung*

sial, aku terdiam lagi.
kejap. bagi aku masa.

...

*tarik nafas*

...

perkara pertama yang aku lakukan bila aku sedar aku masih hidup adalah mendapatkan suami aku. aku sasar. lelaki itu sudah mati. aku pasti. mana suami aku. aku mahu suami aku.

talian hanya sempat untuk beberapa saat. aku cuma dipeluangkan mengkhabar tempat jadinya. berapakah kebarangkalian hari musibah itulah hari kau lupa menambah hayat bateri telefon engkau. aku jadi bolong. aku sesat di tengah lapang.

dunia masa itu aku rasa senyap yang terpaling sunyi. semua benda seperti laju yang perlahan, atau perlahan yang laju. tidak pasti mana satu.

aku pandang lelaki yang sudah keras dalam kereta berlipat dua itu. darah yang mengalir cuma di telinga, hidung dan matanya. tidak seram. tidak ngeri. persis efek filem bajet rendah. aku terus pandang.

kau ok, negro..?
aku pening sikit. tapi ok.
kau tak mau cuba bangun?
kereta engkau meleleh minyak, baik kau bangkit.

pandangan aku tiba2 jadi penuh. makin ramai susuk tubuh merapati. datang seorang lelaki hindu 40an, dia tangkap kembali ekor mata aku, kembali ke realiti aku.

apa jadi?

bagaimana aku hendak cerita? patutkah aku mulakan dari titik di mana awal paginya yang aku kucup suami aku sebelum kerja dengan rasa lapang, dengan gurauan pagi2 dari dia yang sangat membahagia; yang mana membuat aku memandu dengan khayal rasa; dan atas itu, tatkala dua kereta itu melakukan aksi memangkah kenderaan aku, aku jadi kaget dan kalut?

perlukah aku beritahu ketika aku melaung nama tuhan sambil kanan keting aku memberi tekanan pada telapak kaki menghentam brek, satu dari kereta jahat itu sudah mula perlahan; tapi dengan kelajuan dan jarak yang cuma 3 depa, tidak ada apa yang mungkin menyelamatkan aku kecuali tuhan?

akankah si hindu itu percaya bila aku kata di dua-meter-setengah ruang antara kereta kami, kereta lelaki mati yang sudah mula perlahan itu tiba2 sahaja kembali meroket sehingga batang pokok palma segemuk satu pelukan itu boleh terpisah cantik dari daun2 dan akarnya? bolehkah aku yakin dia akan percaya, cukupkah bukti tubuh pokok yang seperti digergaji pangkal dan hujungnya di atas jalan seberang sana itu?

apakah dia mampu menerima cerita aku?
sebab kalau aku sendiri tidak, apa lagi mereka itu.

aduhai...

kalaulah lelaki mati itu tidak panik dan tanpa sengaja memijak pedal minyaknya,
aku sudah tidak ada.

aku berada dalam hamburan letupan kecil yang dipuncakan dari dentuman dua objek itu. seolah kabus; cuma warnanya coklat gelap, lahir dari peroi tanah dan derai serpih pokok. seolah gerimis, cuma airnya adalah cermin hancur dan kaca menghabuk.

aku sudah patut mati tadi, aku kata.

pemandu kereta pertama menderu pada aku.
dia tanya aku dengan bahasa inggeris pelat arabnya;
apa jadi?

aku diam.
aku tak tahu bagaimana hendak mula. aku kira itu kawannya. dia melolong menyebut2: "hassan!".

hassan. hassan. hassan. berkali2.
diselang2 dengan pertanyaannya pada aku yang gamam.
apa jadi? apa jadi?

saudara, dia berkejar2 dengan sebiji kereta hitam dari pangkal jalan sana. yang dikejar, pintas aku dengan jaya. yang mengejar, tidak, maka itulah dia.
aku pandang wajahnya, kasihan. pasti dia benar2 kasih sama lelaki mati itu.

lelaki yang sedang melolong itu membalas:
tapi kami cuma main2.

aku terdiam.

gigil aku dari tadi makin menjadi2.
gigi mengkeriut menahan rasa.
lelaki aku panggil saudara itu rupanya pemandu kereta pertama.

aku pilih untuk terus diam.
aku tahu dia tidak akan mampu tidur nyenyak untuk beberapa ketika.
aku tahu dia tahu kebodohan adalah puncanya.

jeritan aku memanggil tuhan dalam kereta ketika tadinya mengiang2. aku jadi terdungu. bagaimana kalau nasib aku yang seperti lelaki mati yang sudah kejung bak ikan kering itu?

jam 4.07 petang sedang hidup bergelak ketawa, jam 4.08 disentap tuhan aku punya nyawa. jangankan minta dihalal dari ibubapa, hendak mengucap pun tidak mungkin ada sempatnya. aku tidak rasa dua lelaki itu berniat lain kecuali untuk mengusiksenda.

aku lihat jalanraya yang kotor dengan debu2 dan serpih tajam.
dalam huyung dan hayang, aku rasa seperti mahu pitam.

dan tri muncul entah dari mana.
dirangkulnya aku.
diboboknya aku.
didodoinya aku.

saya ada, sayang.
saya ada.

di situ.
di lafaz itu, airmata aku bertabur.
aku masih hidup.

bila aku sedikit tenang, tri kepal penumbuk.

siapa bawak kereta?
dia.
saya pergi sana kejap.
dia dah mati.
saya nak sepak dia.
dia dah mati.
biarlah dah mati.
tak baik...
kalau apa2 jadi pada awak tadi? semua pasal bodoh dia.

di tengah2 orang, aku peluk suami aku.
aku masih ada sempat merasa kulitnya.

tri lekapkan bibirnya pada ubun2 aku. manusia di keliling melihat kami, aku tidak peduli. ada seorang penonton senyum sambil mengangguk2 kecil, seperti berkata, "kuat semangat. yang penting selamat". tri pulangkan senyumnya.

ini isteri saya, bang. bayangkan kalau apa2 jadi pada dia; salahnya orang lain. saya tak boleh nak hidup tenang, bang. dia telefon tadi menjerit2; hati suami mana tak gugur, bang.

"nasib kau memang baik, budak"
lelaki itu senyum pada aku pula.

...

nasib.
*diam*

kejap. beri aku ambil nafas.

...

aku sujud syukur sekembalinya ke rumah kecil kami. tuhan belum mahu jumpa aku. aku pun belum mahu jumpa tuhan. tidak dalam keadaan berpalit begini.

aku telefon abah dan ibu secara berasingan. aku kisahkan semua dan meraung sebak bila meluah kemungkinan aku pergi tak berkhabar. aku minta diampunkan hari2. aku minta dihalalkan semua dahulu hingga kini. abah letak telefon dengan gesa. ibu sayu membisik ke dalam jiwa. tuhan, kalau aku pergi, minta dijagakan mereka.

kerana itu,
dua tiga hari ini, banyak aku fikir.
aku mahu beritahu sekali lagi kata orang:
bila sudah menghadap maut depan mata, hidup akan mula menonjol makna.

fikiran untuk entri ini:
menyental daki2 benci dalam hati.

aku tidak boleh ubah sejarah aku. aku tidak boleh ubah setiap yang pernah terjadi dulu. aku tidak mampu pergi cari setiap maudu' yang pernah aku lukakan demi meminta ampun dan maaf. aku tidak mampu tunggu setiap maudu' yang pernah melukakan aku demi memberi ampun dan maaf.

aku sudah penat hidup dengan kepanasan jiwa.
aku sanggup bergelut untuk melupakan semua kejahatan orang yang aku degil untuk lupakan,
aku sanggup bergelut untuk melupakan semua kebaikan yang aku degil untuk tidak lupakan.

semua orang ada jahatnya.
semua orang ada eloknya.
semua orang yang kejam pada aku pernah berlaku baik pada aku.
semua orang yang baik pada aku pernah berlaku kejam pada aku.

aku juga serupa.
pernah kejam selepas baik.
pernah baik selepas kejam.
walau apa pun alasannya; layak atau tidak untuk diterima alasannya, tetap pernah dua2.

tuhan, aku mau minta tolong.

aku minta dikaburkan laluan2 kejahatan dari sampai pada aku yang rapuh.
aku minta dijauhkan dari manusia2 yang akan mengembalikan keruh.
aku minta dibisikkan dalam hati2 mereka untuk dihalalkan aku dan dibuangkan jauh2.
aku minta diselamatkan.

kepada semua yang pernah / sedang / akan sakit kerana aku,
dengarkan:

sejujurnya dari dalam hati, demi tuhan yang mencipta alam, aku minta engkau berikan redha engkau dan maafkan aku. engkau dan aku sama2 dicalar. terlalu lama, kita jadi lupa siapa yang punca, siapa yang mula.

defensif adalah sifat manusia. maka engkau bina kubu engkau; aku dengan kubu aku. rakyat engkau rasa selamat dengan tembok engkau. rakyat aku rasa selamat dengan tembok aku. askar2 bersepah2 di kiri kanan menambah rencah. aku lemah. engkau goyah.

soalan siapa benar siapa salah tidak pernah ada, suami aku kata; kerana semua orang rasakan kisahnya yang lebih betul, lebih benar, lebih logik, lebih relevan, lebih segala.

maka kesemua kamu yang pernah / sedang / akan sakit kerana aku,
ini sahaja harap aku.

terimalah maaf aku sebagaimana aku hendak hulurkan maaf untuk engkau2 sekalian. sesudah selesai, aku minta tuhan pisahkan simpang2 perjalanan kita. syaitan ada banyak rupa. aku gerun aku terkehel dan tertunduk pada hasutnya. sesungguhnya dia memang dengki. lihat saja tempoh hari, selepas agak lama, tertewas juga pada daki benci yang sebenarnya sudah terlalu lama aku lupa.

engkau semua dan aku sebenarnya tahu, jauh di lubuk hati,
setiap engkau tahu aku ini ada juga sedikit baiknya,
seperti engkau2 yang tidak kurang moleknya.

tolonglah, tuhan.
aku benar2 sudah penat.
tolong aku, wahai tuhan yang penuh cinta.
kasihankan aku yang terlalu mudah berderai ini.
aku tidak mahu lagi hidup dengan benci.

aku takut pergi dengan beban kebencian aku pada dunia. aku belum mahu mati.
bukan dengan jijik jiwa begini.

manusia2 yang masih sudi mengeliling aku,
bantu aku.
aku minta dibualkan hanya tentang gula2 kapas dan sungai susu, mungkin tentang air hujan menggerincing daun nyiur di tepi pantai. kalau pun perihal manusia, tolong aku untuk mengkhabar yang indah sahaja.

tuhan...
kau dengarkan aku kan dari dulu...?

*diam*

tuhan,
banyak sekali yang aku minta.
kalau kau cuma mahu beri satu,
aku minta dikuatkan aku untuk memperbetul diri.

cukup itu buat masa ini.

Friday, July 17, 2009

lelaki, lipas, babi dan kutu.

(bukan untuk bacaan anak kecil)

lihatkan bibir karat aku.

aku sedang senyum,
sedikit menahan potensi ketawa besar dari tersembur,
aku berusaha menjaga komposisi dari mencetak perasaan sebenar di dalam hati.

susah.
kerana engkau terlalu hilarius.

kerana tidak banyak lipas di dunia ini yang mendabik bongkak merasa dia naga.
kerana tidak banyak babi di dunia ini yang mengherdik lagak merasa dia angsa.
kerana tidak banyak kutu di dunia ini yang menempik ria' merasa dia rerama.
kerana engkau, lipas, babi dan kutu adalah sama umpama dan bandingnya.

lihatkan tangan kecil aku.

ia tergerak tanpa fasal
menggaru2 hujung kiri kening mata yang sedikit terangkat dari landas biasa,
aku sedang kekok tidak tahu bersikap bagaimana.

susah.
kerana kejimu terlalu tak berakal.

*senyum*

ternyata aku jahat,
kerana tidak ada jaya menahan geletek di ulu paru2
bila engkau khabarkan imanmu pada keyakinan itu:
bahawa aku masih menghegeh wujudmu.

*tahan nafas untuk tahan ketawa dari pecah*

sebentar,
aku sedang beriya2 tahan, ni.

*tahan lagi*

cuba kau sebut semula andaian bodoh engkau itu di hadap muka aku.
cuba saja.
marilah cuba.
kalau sekadar disampai2 pada orang, dicanang2 pada bayang,
buat apa...

*sengih sebelah*

mungkin engkau sudah lupa,
aku sedang bahagia.
mungkin engkau tidak terima,
aku sudah lupa.

maka usah kau hasad pada aku
bila kau masih belum jumpa apa kau cari dari dulu
kerana aku tahu perihal engkau menjengket2 di pekat malam mencari sundal;
walhal kekasih polosmu sedang tidur memelukmu yang sebenarnya bantal.

aku tahu,
mungkin aku cuma di rumah buruk di tepi sungai terpuruk di jantung hutan,
tapi maaf,
keberadaan engkau di kayangan itu cuma mencacai menyental air najis kumbahan.

apakah ada makna?

*diam*
*tarik nafas*
*lepas kuat2*

sekian,
pergi mampos.
dan plis.
aku masih gilakan engkau?

pergh.
gila yakin.
HAHAHAHAHAHAHA.

dan oh ya. berhentilah mengejar palat dan menjaja zakar.
kasihanlah kekasih kau yang memuja engkau di langit atas sana.
sebelum dia tahu.
tak semua mampu pejam mata macam aku dulu.

---

sial.
aku baru hendak jadi perempuan sabar.
takpe,
restart.

satu...
dua...

go!

ass salaaaaa mu 'alai kum, 'anak2...
afa khavar...?
ana khavar vaik, lah~

Wednesday, July 15, 2009

entri memalukan.

aku membuka diri untuk disewa.

ini bukan trend atau kemestian atas dasar hip.
ini namanya "mencari wang tambahan untuk menampung hidup".
ini juga boleh dipanggil "memberi sesuatu semula kepada masyarakat".
ini ada kemungkinan dilabel "poyo".

assalamualaikum,
saya ingin menyusulkan kepada sesiapa yang sudi,
untuk memberi nama kepada saya,
JIKA dan HANYA jika ada di kalangan anda yang mahu mengizinkan saya mencuri sedikit beberapa jam anda untuk saya perbebel satu dua perkara tentang puisi.

ya.
saya, dengan rasa rendah diri, ingin menawar pacal yang hina ini ke hadap sesiapa yang rasa teringin berkongsi2 rasa.

sudah lama ada hajat ini, dan semalam, setelah pulang dari memberi sedikit seminar pada anak2 sekolahan di cheras, saya tanya diri, "bila lagi".

tidak saya peduli andai cuma seorang dua yang berkehendakkan.
namun kalaulah digerakkan tuhan lebih sepuluh hati2 anda, maka ruang yang saya akan persedia sudah pastinya galeri kecil sue anna joe: itudio studio di kelana jaya. dan kalau pula berlebih2, saya tambakkan had supaya intimasi mampu saya pelihara.

tarikh masih belum ada. tapi sabtu atau ahad secara pastinya.

saya malu untuk mengatakan yang saya anggarkan lima puluh ringgit adalah tidak kurang hajar; ye lah, untuk menampung sewa dan wang minyak kereta, sekali dengan makan tengahari yang disedia. tambahkan rm 5, buku puisi jilid dua akan saya kepil bersama.

oh ya,
anak sekolah, saya hanya mahu tiga puluh lima ringgit malaysia.
dan JANGAN memaksa ibubapa kalau sedang sempit wangnya.
kalau benar2 mahu datang, tapi tidak ada mampu, khabarkan.
kita cerita belakang terang pelita.

secara kasar, pada satu hari yang dari jam 2 hingga 6 itu, akan ada sesi soaltanya dan bual2 bahasa kosong berisi, diakhirkan dengan praktikal dan kongsi2. ini bukan semata2 kelas menulis, tapi dimasuk juga perihal performasi.

sesungguhnya saya amat malu untuk mencanang entri ini.
harap tidak dipandang membesar dan tak sedar diri.

wallah, saya rasa begitu malu.
dan tidak saya menjual jiwa puisi saya, apa lagi meletak harga.
tapi saya seperti manusia lain, punya tanggungjawab mencari rezeki kedua.

untuk respon:
email ada tertera.
komen pun tidak apa.

sekian.

yang benar,
saya yang tidak malu.

Tuesday, July 14, 2009

achik dicuri orang


selamat merusuk nyawa suamimu, achik.
jauhlah semakin, kita ini.

harap tidak kau lupa setiap malam itu yang diherdik abah menyuruh tidur,
bila kita lebih perlu gurau bertumbuk dan bermain air ludah,
bila kita lebih mahu acah selepet air ketiak bacin dan bertarik rambut,
bila kita lebih hendak semua itu dari berperangai semenggah.

kerana hari2 itu dan malam2 itu sudah habis, chik.
dan tiba masa kita untuk menerima betapa hari2 itu dan malam2 itu sudah habis.

tapi sentiasa tahu,
kita pernah
dan sentiasa akan
menjadi air tak kalah cincang.


dan jgn sekali2 percaya perkahwinan ini semudah satu dua dan tiga.
gila, apa.


Thursday, July 9, 2009

politik bas sekolah dan perihal lalat di siling

sekali lagi, terpaksa aku batalkan janji performasi.
sialan.

sabtu ini ada hari graduasi di tempat aku membebel.
tanpa perlu dihairankan, setiap tenaga kerja sudah dilincirkan untuk kerahan peluh bermula petang tadi sehingga malam sabtu tersebut.

sakit hati.
kerana hati aku sihat bila aku panjat pentas.
sakit jiwa.
kerana jiwa aku sihat bila berpuisi tiga empat das.

op. jangan penyek dahulu, wahai ruh.
cari manisnya.

*pejam mata, mencari berkatnya*
ok.
ini bagus juga.

bagus demi sesuatu yang digelarkan bonding -dalam bahasa inggeris; silaturrahim -dalam bahasa arab; dan suaikenal -dalam bahasa melayu.

kerja sudah lebih 3 bulan, tapi aku masih lagi biasan samar2 di pejabat. ada yang tidak ada. tidak ada yang ada. bukan hipokrasi menjadi manusia pendiam, tapi strategi politik kecil2an yang terbukti berkesan sejak ratusan tahun amalannya.

semakin engkau lalat di siling tinggi, semakin engkau boleh tumpang penyaman udara pejabat.
semakin engkau lipas di celah rak sana, semakin engkau boleh kecek berkatil fail terbiar karat.
semakin engkau tidak relevan, semakin besar nisbah jangkahayat engkau,
wahai hadirin dan hadirat.

kerana bilamana engkau menjadi pena berdakwat emas sekali pun,
akan ada harinya engkau kosong tidak membunting tinta.
kerana bilamana engkau menjadi pengepil kertas edisi khas sekali pun,
akan ada harinya engkau jahanam tidak memfungsi apa.
kerana bilamana hari2 itu datang,
jelas, engkau perlu diganti demi kepentingan sang mereka2.

tapi akal bukan di lutut.
dan tulisan ini aku sengaja bikin serabut.
apa aku sinis atau terus,
apa aku terang atau kabus.

eh. tidak aku hendak menulis tentang politik. tahniah kerana mengembalikan melayu dalam ilmu2 sekolah. selamat maju jaya untuk anak2 yang sedang pening disorang kiri-kanan sampai muntah. semoga kuat semangat pada cikgu2 seperti aku yang tersenyum mengenang masa privasi yang sedang melambai pergi demi mendidik perkara yang sama dididik dari tadika sehingga paras universiti.

i AM bukan i IS!!!
TIDAK wujud CUTTED dalam kamus!!!
ek-ttu-wer-li; bukan EKCHELLI!!!

*diam*

ok, aku bohong bab menengking itu.
semua anak murid aku tahu aku jenis cikgu badut.
aku lagi seronok menjawab soalan mika2 yang tidak faham.
setara dengan tahunya mereka aku ini singa kebulur perut.
khas pada mereka yang kaki mengekeh pada mika2 tersebut yang tidak faham.

what can i say.
i love my job.
:)

beberapa hari lepas, dalam seminggu jaraknya dari hari ini, ada yang terjah ke salah satu petempatan koloni jajahan aku di alam maya ini. bukan salah dia menerpa dan terus melompat ke arah pistol panas untuk menembak kepala aku di antara dua kening ini.

cuma agaknya dia lupa, kebarangkalian untuk sasaran tepat dalam situasi2 gelabah begitu adalah sangat rendah; melainkan dia itu benar2 seorang mahaguru di lapang sasar.

yang mana dia tidak.

*terdiam, lalu gelak kecil sambil menggeleng2 kepala*

aku tidak faham.
serius, aku tidak boleh telan konsep "lain fahaman, putus kawan" ini.

ada sekali itu, di usia aku masih sekolahan, abah pulang dari rutinnya memandu budak2 ke rumah ilmu dengan bas kuningnya. suatu yang ruji juga, kami anak-beranak suka bercerita tentang apa saja. abah buka mulut: tadi abang nafi cakap sama abah, dia tidak boleh kawan sama abah lagi.

abang nafi bawa bas sekolah juga. antara kawan rapat abah dalam arena kenderaan besar berwarna mata telur ini.

"kenapa?" aku tanya.
takjub. aku fikir anak sekolah sahaja bertekakgaduh.

"dia kata: pak din, mulai sekarang, kita sudah tidak boleh kawan. pak din orang BN, saya orang PAS. kita tidak sehaluan" abah aku senyum dengan kadar yang sangat sedikit, mengerling aku.

"biar betul?" aku kata.
"biar aja..." kata dia.

hoi. jangan terus bising aku julang siapa. aku tidak menuding yang ini kafir, yang ini permata. itu tidak penting. kita bukan bicara tentang kumpulan.

mana ada seluruh pangsa pisang molek semuanya? mana mungkin setiap ahli keluarga syed sharifah terpelihara kehormatannya? mana mungkin semua pak imam di masjid masuk syurga? mana logik semua lelaki sama? atau perempuan, atas tuduhan yang serupa?

perkataan 'semua' itu selalu dipakai salah, kan?
:)

manusia itu, yang tiba2 itu, mampir lalu bersinis tentang berapa bayaran aku menjeritpanggil menaiksemangat orang2 radikal. aku ditepek jahil agama dan seumpamanya. nasib dia baik, pada hari aku baca tulisannya itu, paginya telah penuh dengan gelak ketawa aku dan tri; bermakna aku terlalu ceria untuk mengambil pusing sesuatu yang sebegitu enteng.

tidak apalah. jahil agama, boleh belajar.

benar. kita adalah siapa teman2 kita. tapi siapa mereka tidak ditentukan, op, aku perbetul, tidak SEPATUTNYA ditentukan oleh fahaman politiknya. kerana politik bukan agama. fahaman politik tidak pegun. berubah2. selari dengan dengan penggantian ketuanya, dengan anjakan objektifnya, dengan kematangan jiwa sang pengikutnya, dengan macam2 alasan yang ada.

tuhan jadikan kita berkabilah dan berbilang, untuk berkenal.
li ta'arafu.
bertaaruf.
bukan untuk mencari si lemah demi merasa selesa tentang diri sendiri.

seperti perempuan hot suka bertemankan kawan yang jauh tidak hot.
seperti mendapat nombor satu di dalam kelas paling corot.
seperti membanting junior di tandas sebagaimana dia dibanting bapanya yang kaki mabuk di rumah.

the real victim in bullying is always the bully.
mangsa buli sebenarnya jauh lebih kental dari sang buli.

wahai kaum2 yang terjebak dalam arena mendidik ini, kalau ini bukan lauk engkau, minta ke restoran sebelah sana. aku mengerti bagaimana renyuknya melihat hasil peluh engkau tidak ke mana. aku layak mengangguk setuju ditercariknya perasaan menyaksikan tenaga masa engkau terbeku di takuk lama.

tapi sememangnya, itu engkau.
dan sememangnya engkau perlu melampu menyilau.
tekunlah kalau jujur engkau sudi.
datangkan dari ikhlas hati.

kau sendiri tahu ibaratnya solat dengan merungut,
dilempar bagai perca buruk tak dipungut.

fikir begini,
engkau beriya2lah melompat menonggeng demi memberi faham pada anak2 murid engkau.
kalau memang sudah tidak dimahukan, hendak dikata apa.
tidak semua suapan dikunyah. ada sekadar dikemam. ada semata diludah.

ah.

aku tahu kalian tahu ini semua polemik yang epidemik. ramai kita takut untuk berseorang. jadi kita wajibkan diri untuk dijangkit demi mengelak perasaan terasing dan pelik. bagai kemestian, setiap kita perlu tahu sesuatu untuk menyumbang sesuatu dalam bual2 kopi di pagi2 hari sambil menderu angin nikotin sebelum masuk pejabat.

---
macam isu lagu ruth sahanaya: mungkin hanya tuhan yang tahu segalanya.

"tu haram tu! nak jadi kafir la tu nyanyi gitu"
eleh.
orang guna point tu, sibuk nak pakai point tu.

siapa yang hendak bergaduh sama aku tentang lirik itu, mari sini.
aku hendak ajar syntax dan semantics.

---
macam isu perkataan 'maha': hanya tuhan dan konsep2 ketuhanan boleh pakai perkataan maha.

"depa ingat depa raja, depa bulih nak samakan taraf dengan tuhan?"
eleh.
orang guna point tu, sibuk nak pakai point tu.

siapa yang hendak bergaduh tentang estetika bahasa itu, mari sini.
aku hendak beritahu kita pinjam 'maha' dari hindu, dek kekurangan perkataan yang boleh menggambarkan 'hebat'. dan maaf, kita tidak guna 'maha' dari konteks makna arab kerana ia memberi makna lembu betina.

---

kenapa?
MESTI hendak masuk campur dalam bahas.
MESTI hendak tumpang sekaki berdebat pedas.

"oh, aku tau. kerajaan tu memang... pung pang pung pang"
"ehhhh!!! dulu masa jepun... pung pang pung pang"
"bapak aku punya abang punya pakcik kerja dekat markas. dia kata... pung pang pung pang"

sebab,
kalau kau senyap, kau bodoh.
jadi kau kena banyak berkata2.

tapi,
kalau kau senyap, orang tak perasan, kau bijak.
jadi kau pada mereka, tidak bahaya.

abeh, cemane?

*gelak besar*

siapa yang menunggu jawapan atau sebarang konklusi sepanjang entri ini nampaknya sudah menghabiskan masa berharga mereka. sebab seperti lalat di siling, lipas di celahan, pena tak berdakwat, pengepil kertas jahanam, perempuan tidak hot kawan kepada perempuan hot, pelajar yang mendapat nombor satu di kelas corot, pembuli di tandas, solat dengan merungut, dan bualan kopi sambil mengasap di pagi hari, tulisan hari ini tidak punya signifikasi spesifik.

tidak relevan.
tapi ada.

semoga martabat ini tidak dimain2. semoga terus dikasihcinta kita2.

Friday, July 3, 2009

performasi, kempen senyum dan perempuan sewel.





keluarga pak din
awal bulan


laki-bini
hari-hari.



kelibat dugaan tuhan nampaknya makin jelas.
semahu-mahunya aku hendak tidak tewas.

terapi menulis tertinggal dan terkebelakang lewat beberapa minggu ini. aku rasa sedikit sebal. tapi apa boleh dibikin? yang lebih prioriti perlu didahulu bikinnya. aku rindu sekali sama ayahanda, bunda, abang, adik-adik dan teman jauh dekat. terpaksa juga sekadar aku kenang dari jauh.

tapi aku sudah mula memulakan kempen 'bertindak bila perlu'.

semalam sehabis kerja, aku beratur untuk membeli makanan segera siap untuk tri yang kepingin susunan roti dan daging cincang sekali dengan keju berlapis. waima penat, aku regangkan kaki untuk ke restoran yang memang terkenal dengan halaju 10meter/jam. senyuman manja kekasih menggogok-telan dengan lahaplah yang memandu objektif kekuatan post-work aku hari itu.

ya. dia manja.
:)

ada seorang perempuan, aku tuduh umurnya dalam 21-23, manis dan lawa. jenis perempuan yang sangat memukau dengan tudung rona gelap. aku perlu puji, kerana tidak ramai yang masih boleh kelihatan benar2 cantik dengan tudung. dan aku perlu sebutkan fakta itu agar kamu bisa faham bagaimana kekasihnya (aku tidak rasa dia jenis perempuan yang tidak kisah dipeluk dari belakang ala2 spooning di khalayak ramai melainkan itu teman lelakinya) itu juga sama kacak, kemas dan bergaya.

dari impresi pertama, dia adalah kategori perempuan yang buat aku rasa "mak ai, untungnya lahir2 dah cantik macam kau".

tapi kempen aku bukan di situ.
bukan untuk menjadi kuali mengejek pantat periuk hitam.

*diam*

ada dua kaunter. untuk lebih dua puluh pelanggan. kaunter pertama diuruskan seorang budak lelaki yang kelihatan sangat penat. kaunter kedua pula oleh seorang perempuan yang berusia lebih 35 tahun. aku tidak bohong. ok, aku cuba jaga hati. makcik itu lebih 38 tahun.

makcik itu tidak cemerkap. tapi perlahan. cukup tidak sajak untuk bekerja di tempat selaju itu. mukanya walau pun tidak hodoh, aku rasa masa mudanya tidak juga semenarik mana. makcik itu biasa2. nan begitu, dek senyumnya yang dibagi pada setiap orang, dengan sabar yang ikhlas, dengan sebutan setiap tempahan pelanggan, aku rasa hatinya yang baik telah banyak membantu aku untuk melihat dia cantik.

atau agaknya kerana kasihan.
boleh pula seusia itu dia berada di barisan hadapan.

mungkin ada supervisor yang baik hati menggaji perempuan berumur di posisi yang pada normaliti akan mengupah anak2 habis spm atau pelajar sambilan.
mungkin ada cawangan restoran sebegitu yang tidak peduli siapa sahaja yang hendak bekerja di bawah mereka setiap bulan.

paling mudah, mungkin sudah rezeki makcik tua yang sangat siput itu.

tapi kempen aku masih juga bukan di situ.
bukan untuk menjadi anak ketam yang melantang "jalan kau senget, mak ketam".

*diam*

perempuan manis, lawa dan cantik yang dipeluk kekasih yang kacak, kemas dan bergaya itu tidak berhenti membuat cubaan menyakitkan hati wanita tua, tidak-hodoh-tidak-cantik-tapi-biasa2 di hadapan aku.

"kalau kita pegi KFC mesti tak kebulur macam ni"
"bodoh betul siapa yang bagi makcik tua macam ni kerja"
"saye benci la bende lembab macam ni"

bla bla bla bla macam ni.
bla bla bla bla lembab.
bla bla bla bla tua.

26 minit yang boleh tahan lama.
aku tahu, sebab aku yang cuba fokus pada buku goblog ketika beratur itu agak terganggu sepanjang tempoh itu.
aku tahu, sebab aku ini jenisnya telinga macam cakera satelit yang mencapang sepanjang tempoh itu.
aku tahu, sebab aku tidak berhenti2 mengawasi jam sepanjang tempoh itu.

selesai transaksi aku, aku senyum pada makcik yang terketar2 bibirnya memaksa senyum. mesti dia cuba sabar; kalau dilayan, kerjanya itu akan tergadai, agaknya.

selesai senyum pada makcik yang terketar2 bibirnya itu, aku pusing dan aku berhenti betul2 sejengkal dari wajah perempuan manis, lawa dan cantik itu.

selesai aku berhenti betul2 sejengkal dari wajah perempuan manis, lawa dan cantik yang sedang kaget dan gamam merenung aku, aku senyum paling manis padanya. sedikit saikotik. tapi manis yang betul2 manis.

aku kata:
"laa. takdelah cantik sangat rupanya. sori. sori. biasa orang cantik je yang suka menghina"
aku senyum paling luas, dan aku seringai gigi.

aku rasa dia cuak.
kot..?

sepanjang hari aku sengih.
harap2 muka dia tidak sompek dengan senyuman aku hari itu.

hahahaha.