Sunday, November 30, 2008

kebenaran jelas yang dipilih utk dikaburkan

lagi tentang tudung.
kali ini, hentaman pada tri.

menghina suami aku dayus tidak mempeduli aku yang tidak menutup aurah.

*ternganga mulut*
berani betul, kau kan?

terima kasih anon yang sekadar memberi nama pseudo 'ezam' (kejap ezam, kejap ezan). for all i care, u are the same anon with different online names, like the previous ones of annur, ridwan, etc. aku tidak percaya ada sesiapa di zaman moden ini online semata2 membaca blog orang. oh, come on.

tapi aku tidak faham.
aku jahat, suami aku dicaci.
aku jahat, abah aku dikeji.

pulak.
aku yang jahat,
kerana akulah.
kenapa perlu ada sebab orang lain?

sama seperti engkau.
jahat mulut engkau itu, sifat bangsat tidak ada bahasa itu, adakah ajaran bapa engkau yang bangsat sebagaimana atuk engkau didikkan bapa engkau supaya menjadi bangsat?

nah.
bagaimana aplikasi logik itu?
sakit, bukan?

ish.
mari istighfar dahulu, kerana biar kita berbual hari ini bukan atas dasar hasut syaitan dan sensitiviti yang tidak sepatutnya.

kepada teman2 puisitepijalan, biar nanti komen2 pedas kejam ke atas saya, kalian diamkan sahaja. tidak mahu nanti meleret2. cukup kamu faham saya. ya?
dan untuk pasukan anon / manusia bernama pena, kalau keterlaluan bunyinya, aku tidak akan terbitkan. senang sebegitu, kan?

(aku rasa puisitepijalan patut diswastakan, atas setiap klik dapat aku dapakan bayaran. pasti menguntungkan. haha. silly)

sahabat2,
kebaikan dan kejahatan itu suatu pilihan. dan setiap pilihan itu dicanting dari apa jua yang relevan di dalam hati. dan sebagaimana ramai yang masih tidak akan setuju dengan klise ini, hanya tuhan yang bisa menghukum kamu.

aku tidak menghalalkan apa yang haram. aku juga tidak memetik penyataan basi artis2 kita yang aku akan pakai bila masanya tiba. aku hanya berdiam diri, dan inilah aku.

yang tidak aku selindungkan buruknya.

tudung.
tutup aurah.
semua aku pernah.

dari tingkatan satu sehingga lima, masuk ke alam universiti, semua institusi agama. semua wajib tutup aurah. semua mesti pakai stokin. semua ada usrah. semua ada tazkirah.

tapi dari tempat2 sebegitu juga yang kali pertama aku dikenalkan dengan cerita kakak2 senior menggugurkan anak, di situ aku berjabat tangan dengan kisah seks sebelum kahwin atas dasar cinta dan itu tidak apa kalau lelaki itu bakal kita kahwini, di pusat sebegitu aku diberitahu di depan ibu bapa kita patut pakai hijab dan di belakang tidak apa.

ya. di tempat itu yang aku lihatkan si tudung2 labuh mendera mental seorang juniornya.
di situ juga yang aku pandangkan seorang abang berkopiah sedang berkucup di belakang tangga sama adik freshiesnya.
di pusat yang sama yang aku tenungkan surat yang aku terima dari seorang ustaz mengenai cintanya pada aku, spesifiknya di bawah apa yang telah aku tutupkan dengan kain tudung aku sebagaimana disuruh dalam kitab Nya.

aku hilang hormat pada luaran.
bagi aku, semua itu lakonan semata2.

bayangkan,
22 tahun aku hidup memakai hijab. elok dan molek. kemas dan rapi.
17 tahun lamanya, begitu manis bertudung dengan baju polos punjabi.
5 tahun terakhir hanya di hadapan abah, itu pun dengan kesal dalam hati.

muncul aku di depan dunia bagaikan sumpah2. di keliling manusia ini, rupa aku begini. di keliling manusia sana, ku pamerkan wajah yang mereka suka.

hendak dijadikan cerita, ketika usia aku 23 tahun, di masa aku putuskan cinta dengan kekasih pertama selama enam tahun (dia mahu dua kekasih dalam satu masa, dan aku cari pengganti baru sebagai jawapannya), dia hantarkan gambar2 aku yang sedang memakai baju bertali halus pada abah.

takkan aku lupa kata2 dia.
"kau sayang sangat bapak kau, tengok bagaimana aku pisah2kan kau dengan keluarga kau"

dia kotakan janji dia.
tidak cukup dengan gambar2 yang dia pos,
dia telefon abah.
tidak memadai dengan hasutan dan penambahan cerita,
dia datang rumah.

bahananya tidaklah teruk mana.
(aku sedang membohong)
itu adalah tahun paling serabut dalam hidup aku.

aku ingat sekali malam itu, sesampainya aku di depan pagar rumah di kota tinggi. pagi tadinya abah telefon aku di tengah2 kelas. tengkingannya begitu menghalilintar sehingga gadis di sebelah dapat dengar suara abah di range paling tingginya.

"kau balik sekarang ni, yanti!!!!"

1) dia tidak pernah menggunakan kata ganti nama "aku kau" sama anak2nya.
2) memanggil aku dengan nama "yanti" bermakna dia sudah habis2an bengkak sama aku.

malam pertama hentaman pada wajah sahaja. tidak ada cakap banyak. malam kedua menyasarkan tubuh. dan seperti malam sebelumnya, tidak ada sekali pun aku minta abah berhenti. aku biarkan dan redha kerana aku tahu sememangnya aku patut dapatkan sebatan2 itu. yang aku mampu, cuma membiar airmata menyejukkan bahang pijar tampar pukulnya.

di kedua2 malam, akan dia katakan sebagai penyudah: "kau jangan ingat dah habis. kau jaga esok"

bagaikan sudah biasa, aku terima kata2nya dengan angguk.
aku gagah.

sehinggalah malam ketiga, yang aku saksikan sendiri abah terjelepuk kerana kepenatan membantai aku. tiga malam aku dikenduri hebat dengan kepal tangan bekas askar itu. dan kekebalan aku luntur tatkala aku tonton abah yang terduduk menangis nasibnya yang tidak dikurniakan anak sesuci anak2 orang yang mulia pekertinya.

dia meratap memikir di mana silapnya.

dan untuk pertama kali, aku bukakan bibir untuk berkata2. aku terangkan yang kekasih aku yang konon2 baik dan luhur pekertinya itu bukanlah manusia di tahap dewa2. aku beritahu abah pertama kali aku buka hijab adalah atas mintanya, pertama kali aku lepak minum di mamak di jam 1 pagi adalah bersama dia dan kawan2nya.

dia tidak percaya. teman lelaki aku itu bagus. sudah kawan sekian lama. sembahyang penuh. ibu bapanya baik2 belaka. masakan dia ajar aku menjadi yang tidak baik.

aku minta ibu kukuhkan dakwaan aku, menjadi alibi penyataan aku.

sebaik abah mula bersedia buka telinganya, aku bilang sama abah:
"abah, angah mengaku angah memang tidak pakai tudung"
"habis selama ini?"
"angah berlakon. achik pun berlakon. kami jadi apa yang abah nak kami jadi. kerana kami sayang abah"
"kenapa bohong abah?"
"sebab abah cuma nak nampak apa yang abah nak nampak. abah kata kita patut bincang tentang semua perkara, tapi baru hendak cakap jujur, abah sudah marah2. jadi macammana"
"habis, jadilah anak yang baik"
"tapi anak2 abah bukanlah baik mana"

abah diam. aku diam.

"abah... bagus juga benda ini jadi. sekarang angah dapat tanya, abah nak angah terus bohong abah, boleh. tapi kalau abah tanya hati angah, angah hendak kita jadi kawan baik. angah tak mahu takut sama abah. tapi hormat pada abah"

abah senyum sedikit. dan kami berpelukan dengan aku tidak henti2 meminta ampun kerana berbohong tentang siapa aku selama itu.

"angah akan pakai tudung kerana tuhan. bukan kerana abah."
"abah gagal, ngah"
"tak, bah. angah yang gagal"

aku yang gagal.
bukan kerana abah.
bukan kerana tri.

api neraka sudah tersedia untuk aku. aku tahu. tapi tidak ada satu hari pun yang aku bangkit tanpa mengharap aku ini akan dibantu hatinya untuk kembali pada pencipta. kerana aku tidak mahu berwajah muslim tetapi bangkai hatinya.

kerana aku terlalu hormatkan sesuatu yang kau namakan tudung.

bukan sekadar penyeri fesyen busana muslimah.
bukan sekadar menutup mulut2 mak limah.
bukan sekadar seperca kain.
bukan sekadar main2.

kalau kau masih mahu tinggal di bumi malaysia dengan denial yang hanya gadis2 bertudung sahaja yang ada maruah, terpulanglah.

dalam setandan pisang,
tidak semua busuk.
bukan setiapnya cantik.

aku ada ramai sahabat yang bertudung. menjaga diri dan tatasusila. tidak mungkin aku tidak hendak jadi seperti mereka.

panggillah aku apa2. aku halalkan.
tapi kalau kau libatkan mak abah dan suami aku,

kau kurang ajar.

Friday, November 28, 2008

...

sudah tengah malam.
suami, kekasih, cinta, nyawa dan jiwa aku masih belum pulang.
untuk kali ke berapa.

sebak benar.

hari-hari selama dua minggu lebih tri pulang lewat. sejak akhir2 ini, tri hingar dengan berjuta tanggungan untuk dia jawabkan. mama dan ayah nampaknya semakin mendambakan tri. kasihan sama dia. berulang-alik cuba memenangi semua orang.

dan yang paling menyayukan hati adalah setiap kali dia pulang, terus dia akan berlingkar di dekat aku. tidak bercakap. cuma memandang. dengan ekor mata yang mengadu "penat, sayang".

kasihan.

di masa2 begitu aku akan rasa seluruh langit menghentam aku. apa yang mampu aku perbuat selain berada di sisinya? cukupkah? legakah?

sejak tidak jadi ke negeri orang, tri tidak berhenti bekerja. wang tiket, kos sara hidup di sana sudah lebur begitu2 sahaja. ada sekali itu anon dgn sengaja berkata aku sekadar bual2 kosong ttg ke sana, mengatakan permasalahan aku itu dicipta-reka semata2.

gelak sahajalah yang aku bisa lakukan.

kalau hendak marah pun, bukan kembali setiap sen. tak mungkin aku bersahaja2 ke klia mengangkut keluarga memalukan diri. betul tidak?

tapi sedikit2, hikmah tidak jadi berhijrah sudah mula nampak bayangnya. nantilah kalau sudah jelas, akan aku khabarkan juga. (dan bukan. saya belum ada tanda menjadi bunda. doa tetap terus, ya)

oh ya. tadi salah seorang kawan yang benar2 aku kasih datang bersama kekasihnya, yang juga baik pekertinya sama aku. kareem dan alia. telah aku anggap bagaikan adik dari darah-daging aku sendiri. dari jauh, ke ceruk rumah aku demi bertemu setelah sekian lama.

*aku sebak*

petir dari tadi mengokol2. gempita menerajang waspada aku.
takut.

tuhan, mana suami aku...

aku tidak selera menulis.
aku hendak tunggu di pintu.
seperti biasa.

dan tuntun dia ke kamar,
untuk membobok dia.

seperti biasa, dua tiga minggu ini
yang terlena dia dalam rangkul aku
yang aku eratkan dari belakangnya.

kerana ada masanya,
lelaki juga hendak dipertahan dari dingin malam.

maaf.
entri malam ini kalut.

tuhan,
redakan air awan.
aku takut.

Thursday, November 27, 2008

semoga tuhan masih mahu sayang aku meski jauh dari sempurna seorang aku ini

beralaskan nama tuhan kekasihku yang maha mencintai.
semoga apa yang aku lorekkan pada malam ini tidak lagi menimbul fitnah segala apa.
harap juga ini jadi pengakhiran pertemuan aku dengan pasukan anonimous tegar semua.

tidak kiralah kau anon pertama, kedua, kelapan, keberapa-ratus sekali pun. atas haknya, mungkin kamu itu tetap manusia yang sama.

aku kirakan, sudah lebih sepuluh entri aku dedikasikan untuk kamu. setiap geri aku terawas tanpa henti dan setiap tersasar dari normaliti, akan aku kamu selarkan. dan seperti mana2 ibu ayam yang diganggu telur2nya, aku akan menjadi defensif maha kebal. automatis, aku jadi garang dan bengis. jadi bernanah dan merebakan.

tapi sebenarnya, the best revenge is to forgive.
tiada apa yang lebih merimaskan musuh selain perdamaian.
kerana sebati dalam diri mereka untuk terus berperang-gaduh.

ayuh.
berdamai.

*senyum*

sekarang,
pergi.

tertarik seluruh hati aku ini melihat manusia, yang untuk seketika, bersatu dalam perbalahan selama beberapa hari di dua entri lepas.

menonton sketsa yang tercipta dari monolog2 pendek dan pertengkaran ringkas antara puak2.

"kau kafir."
"kaulah."
"kau bangsat."
"kau juga."
"kau bodoh."
"kau lagilah."

hilarius yang notorius.
kerana semuanya bermula dengan sesuatu yang tidak relevan pun.
yoga.

wadefak.

walhal lebih harus kita sama2 fikirkan tentang perkara yang jauh besar seperti tanah palestin, bumi iraq, krisis di indonesia, bom di bombay, banyak lagi.

malangnya, kita di sini, berdenting2 membising tentang sesuatu yang tidak dipandang pun oleh sesiapa yang sepatutnya menoleh.

kelakar, bukan?

lebih kelakar, tidak ada sekali pun aku bingkiskan kemarahan tentang pengharaman yoga.
aku tidak khabarkan langsung di mana berdirinya aku.
entri yang sekadar bertanya kerana terlalu banyak kekaburannya.

lalu apa punca gaduh2 kita?

aku merujuk pada yoga yang dipraktikkan tanpa mantera. yoga yang diamalkan semata2 senaman itu. seperti banyak lagi perkara yang telah kita cedok-pakai dari selain amalan islam. dan intipati itu difahami jelas oleh teman2 aku para pembaca di puisitepijalan.

aku rasa, sejahat2 muslim di malaysia, masih juga ada takutnya untuk terang2 mempraktik agama lain. sedangkan nampak bible sahaja sudah ketar lutut, apa lagi untuk menghafal mantera.

aduhai.
betapa mudahnya menghiris hati melayu.

aku tidak takut sama herdikan kamu2. langsung tidak. tersentap dan tersinggung, mungkin ada. aku ini jelas sekali manusia biasa. tapi aku tahu tuhan sangat baik. dan apa di dalam hati aku, tuhan lebih kenal.

apa yang di dalam hati kamu, yang kamu ke sini semata2 untuk menegakkan apa yang kamu rasa silap, itu terpuji. kerana kamu fikir kami ini dari golongan2 jahiliyyah (memetik tulisan kamu) yang terlalu taksub sama dunia dan budaya bukan agama kita. tapi itu cuma prejudis hati kamu. kan? dan prejudis itu fitnah.

fitnah itu lebih dahsyat dari membunuh.

kamu carik2 hati kami dengan mempersoal apa di dalam hati kami.
maaf. tapi bukankah itu tidak ubah seperti sengaja mensabotaj diri sendiri?
menjauhkan peluang kamu untuk mendapat balasan molek dari yang maha mengasihi?

kamu ke mari tanpa mengenali siapa tuan suaranya. terus, dan tanpa mempeduli, berkasar dan menghina. kamu tidak tahu di sini kami semua sudah saperti saudara (meski pun tidak pernah bertentang mata sama setiapnya). tidak cukup sama itu, kamu nistakan sahabat2 aku yang kau bisingkan hanya tunduk pada suara aku.

maaf lagi. tapi aku masih belum punya kuasa itu.

aku pasti, kalau aku seru mereka2 untuk mencapai gelas menggoncang air syaitan, menggogok setiap titisnya, akan aku ini dibaling batu dan dikeji juga.

wahai para pembenci,
aku halalkan setiap yang kau lafazkan ke atas aku kerana aku yakin niat engkau adalah kerana kasihkan agama kita.

cumanya, sebelum kamu pergi lebih jauh (andai kamu berminat untuk mendalami ilmu tabligh), aku pohon agar kamu muhasabahkan pendekatan kamu.

sahabat2,
tuhan itu sesungguhnya yang paling mulia dan baik hati.
tidak ada satu dosa pun, yang kalau diperkenankan taubatnya, tidak diterima.

manusia?

sayangilah tiket syurga kamu. kalaupun sudah di tangan, bila ada manusia yang kamu sentak hatinya, terpaksa menunggu juga beribu tahun di padang mahsyar, mencarinya untuk dihalalkan perasaannya. kan?

dan seeloknya, usah ditanyakan tahap iman sesiapa. kerana tidak ada selain rasul yang ma'sum, yang terpelihara imannya setiap hari di takuk sama. setiap bermulanya hari, pasti ada sedikit2 beda rasanya.

juga, jangan sekali2 fikirkan hasutan syaitan itu semata2 untuk berbuat kejahatan. kamu lebih tahu, di terangkatnya takbir ketika solat juga ada sang iblis membisik ria'. atau ketika berbuat kebaikan, akan disuruh2 berbuat lagi untuk dipandang. juga di masa membetulkan seseorang yang kurang darinya, di saat itu akan ada sang jahanam untuk menyuruh engkau menyelit ilmu berlebih2 untuk membukti lebihnya diri kamu.

kerana itu, sang pencipta itu sang adil yang agung.
kerana dia lebih mengetahui.

niat kamu, kalau benar2 hendak menegur, perlu ada santunnya. aku terima dengan terbuka teguran c.e.@, hanafiah, iyda dan beberapa lagi. pembetulan yang ada mukadimahnya, yang diberi asasnya, yang tidak menakutkan. bertertib.

bukanlah kalau kau selitkan alamat kamu, akan aku selar engkau tidak bertempat. seperti anas yang terang2 memberi tempat rumahnya. aku terima seadanya.

kamu sendiri yang mencanang2 "niat tidak menghalalkan cara".
maka prakikkan, kerana niat da'wah itu juga tidak akan menghalalkan perbuatan kamu.

mungkin, atas sebab itu, tidak semua dikurniakan kekuatan untuk menyampai. bukan semua orang tuhan kurniakan kemampuan berda'wah. kerana kalau silap dibuat, akan hadir fitnah yang jauh lebih besar. sesiapa sahaja boleh berbual tentang agama, tp tidak juga kita bubuhkan tag nama penda'wah semata2. takutlah, sahabat. takutlah kerana tugas itu sesungguhnya merbahaya pada sesiapa yang tidak mampu mengawalnya.

sekurang2nya aku di sini, kalau pun bercerita atau memberi iktibar, tidak pernah aku berikan nama. sengaja. kerana rata2 sifat manusia lebih kurangnya sama. bukan aku seorang ada sahabat kejam. bukan aku seorang yang pernah direnyah oleh musuh. bukan aku seorang yang ada saudara berhati binatang.

yang jelas kisahnya adalah aku.
fynn. tri. abah. ibu. along. achik. ayah. mama.
dan beberapa nama yang muncul berkali2 di puisitepijalan.

mungkin kerana itu aku dikatakan bongkak dengan dunia aku.
haih.

begini sajalah.
kalau kamu mahu teruskan di sini, wajib kau tahu, aku ini menulis dengan olah bahasa sendiri. hati2 dengan apa yang kamu fahamkan, kerana andai tidak kau kenali siapa fynnjamal, tidak mungkin kamu mengerti.

tak perlu dipersoal lagi, prejudis itu akan menggigit jiwa kamu.

sudah2lah.
kalau tidak berminat menjadi keluarga di sini,
bina keluarga sendiri.

Wednesday, November 26, 2008

lagi keburukan aku

ritual internet aku sangat mudah dan senang.
begitu tersusun prosedurnya, sehingga kalau tri yang bukakan tingkap2 mukasurat, dia tahu butang yang mana untuk diklik.

1) blogger
2) gmail
3) myspace

elok molek aku rapikan di bookmark tabs.

aku pasti aku kini salah satu daripada jutaan manusia accute cyberworld junkies. sehari tanpa perhubungan maya, mati. buka mata, teringat entri. sebelum tidur, teringat email yang masih belum dibalas.

niaya betul.

seperti aku, pasti engkau juga bagai dibakar api tanpanya. menggelitik bila lebih 5 jam tanpa nyawa virtual. dan seumpama lebih 5 dari 10 orang di luar sana, kita sudah lupakan buku2 tebal untuk makanan mata. skrin terang dan menyilaukan sudah jadi prioriti.

aku sekarang hanya menyelak naskah suratkhabar lewat pautan2 yang aku klikkan.

untuk seorang aku, itu sudah suatu yang hebat. aku benci membaca sejak dahulu lagi. kalau bukan kerana peperiksaan, tidak ada hingin langsung memegangnya. cara aku belajar dari dahulu adalah tumpuan dalam kelas (atas faktor ini, aku sentiasa jadi cik bedah yang paling depan, sibuk mengangkat tangan bertanya itu dan ini).

cikgu wani, kamu jengkel tidak sama pelajar seperti saya?
:p

bila difikirkan semula, akulah itu yang memang dari dahulu lagi merimaskan sesetengah kaum. bukan pada guru2 (syukur atas itu), tapi disalahfaham beberapa golongan yang tidak kenal manusia ini. akulah itu yang tidak akan berhenti bertanya selagi aku tidak puas. akulah itu yang degil hendak tahu kenapa kalau yang aku ertikan pada awalnya sedemikian2 tapi berakhir dengan sekian2 yang berbeda.

haha.
aku.

aku paling ingat sekali itu yang aku angkatkan tangan dan menyangkal salah seorang pensyarah yang paling digeruni, Dr. Shahibuddeen dari iraq. dia, ketika itu, sedang ajarkan tentang sovereignity. tentang daulat.

dia yang sedang menghujah ttg daulat seorang raja di sesebuah negara perasan jemari aku yang menjangkau angin di atas kepala.
dia tenung wajah aku, senyum sebelah.

*versi translasi*

"ya?"
"ini di luar topik. tapi saya hendak tanya, sebenarnya apa fungsi seorang raja, sultan, et cetera. saya tahu sejarah, doktor. cuma saya tidak faham"
"di mana yang kamu tidak dapat tangkap?"
"di bahagian mereka dapat wang kerana menjadi ketua negara"
"itu masalahnya?"
"ya. kerana saya orang miskin"

kelas ketawa kuat.
untuk pertama kalinya, pensyarah itu gelak di hadapan kami.

"siapa suruh atuk kita bukan raja2, kan? atuk kita patut disalahkan"

:)
haha.

dan aku juga teringat sama Prof Qayyum dari bangladesh, ketika aku minta dia jadi penyokong permohonan master dua tiga tahun lepas. aku ini dari kecil memang paling tidak tahu bagaimana hendak mengendeng superior. satu2nya waktu aku berinteraksi sama guru2 adalah di dalam kelas. (kerana itu pelajar aku sentiasa aku amarankan untuk tidak sekali2 menggedik dan berbaik2 sama aku semata2 untuk menjadi teacher's pet).

terketar2, aku tanya:

*masih versi translasi*

"prof, maaf. saya tahu prof tidak cam saya--"
bersahaja dan pantas, dia potong suara aku "--oh saya cam kamu"
"betul?"
"kamu pelajar pertama yang berani berdebat sama saya"

*sengih*

dia seorang pensyarah lelaki. tapi seorang feminis. dia mengajar kami sastera dunia, dan hari itu sepesifiknya, kami berbincang tentang satu tulisan dari iran. hujahnya pada hari itu adalah pemakaian tudung secara paksaan.

aku tidak salahkan ia kerana dia dari mazhab lain. budaya mereka bukan seperti di malaysia. dia katakan di dalam kelas aku, pemakaian tudung pada perempuan sepatutnya atas kerelaan hati, dengan ikhlas, blablabla.

dan ingat lagi ketika aku pangkah dia.
hahahaha.
dem.
aku sangat ingat.

dan aku paling tak akan lupa provokasi dia. debat dan debat, namun setiap kali aku hendak berhenti, dia suruh aku sambung membebel lagi.

sejak itu, kalau aku angkat tangan, dia sudah tahu. mesti ada sesuatu. sehingga kadang2 dia akan tanya, "ada soalan untuk hari ini, anak muridku?"

:)
kurang asam.

*tiba2 terdiam*

eh. entah2 selama itu dia cuma menjolok komunikasi. saja2.
shit.
qayyum, you're the best, sir.

aku rindu zaman itu. zaman belajar. zaman ilmu itu masih subjektif dan terbuka untuk diskusi. salah, dibincangkan. betul, dikongsikan.

waktu di keliling mereka2 yang gila membaca. dan hanya dengan berbual ketika minum teh di petang2, aku dapatkan informasi2 di luar jangkau telaah aku.

scott. mengenai cinta pentas.
sheena. bual puisi dan ideologi.
tg sarah. ttg hati halus.
anna. seni dan kreativiti.
eddrey. fesyen.

ramai lagi.

banyak sangat bertanya ada pro dan kontranya. dapat ilmu, itu sudah pasti. dapat musuh, ada juga sekali2. sebab orang banyak bertanya itu leceh.

aku pun ada masa rasa mahu sepak sesiapa yang bertanya pensyarah soalan teh tarik. paling rasa hendak tampar adalah bila persyarah baru sangat beri penjelasan. seperti:

ali hendak makan di kantin sekolah petang ini.

*soalan bodek*
1) ali hendak makan di mana, prof?
2) bila ali hendak makan di kantin?
3) ali makan apa, prof?
4) prof suka warna apa?

tak perlu aku highlight kejengkelan bila soalan2 sebegitu diajukan dua saat sebelum kelas tamat.

*pusingkan mata ke atas*

tadi dr fadhilah kamsah (mertua sahabat saya :p) ada sebutkan di stesen radio mana entah aku tidak perasan.

intipatinya begini:
cakap yang salah pada masa yang betul --memang silap.
cakap yang betul pada masa yang salah --memang nahas.
cakap yang salah pada masa yang salah --memang bunuh diri.

mesti: cakap yang betul, di masa yang betul.

sang penanya merujuk pada beliau tentang percakapannya yang menimbulkan kemarahan orang.

aku tersentak kerana ketika itu, di dalam menung aku di dalam kereta sambil menunggu tri, memang itu soalan aku. seram. jelas, bukan tingkap sahaja yang sudi mendengar hati aku.

*senyum*

engkau memang selalu cool, wahai tuhan.
sentiasa bijak mendatangi akal aku.

walau itu kebetulan.
kebetulan aku menggodeh2 radio, sedangkan aku benci menukar2 siaran.
kebetulan itu soalan terakhir untuk sessi kaunter tanya sama doktor.
kebetulan baru sejurus tadi aku luahkan pada tingkap di lengan kiri itu.

halus.
:)

bukan sekali ini soalan2 aku terjawab dalam rupa2 demikian.

*diam*

mulut aku.
provokasi aku.
pertama kali dibenci orang kerana bibir ini, adalah di darjah enam.

kerana petah seorang budak gemuk tidak secomel petah seorang anak genit.
"dah lah gemuk, banyak cakap"

*sengih*
akulah tu.

tingkatan empat dulu, habis buku sekolah, kerusi dan meja aku diconteng orang. menulis tentang nur affina yanti. yang paling biasa adalah "gemok" (yang sekarang sudah tidak), "emo" (yang ironinya menjadi punca ramai yang sudi menjadi teman aku), "saiko" (yang memberi impak gagah pada tulisan aku), banyak lagi.

satu hari nanti, orang akan faham sebenarnya bagaimana seorang aku ini.

*diam*

kesan dari entri lepas, ramai yang bergaduh2. menghina2, bertengkar caci segala. maafkan aku kerana tulisan itu. yang kenal aku, akan faham apa yang aku terbitkan adalah soalan semata2. yang tidak faham, terus hendak membetulkan. lalu bersimpang-siur.

terbawa2 pelbagai perkara.
relevan dan tidak.

ah. sukahatilah.

tapi aku hendak kongsi apa yang diberi seorang sahabat yang bernama ain fatehah.
terlalu indah, yang kalau disimpan, pasti jadi rugi.

seorang gurunya bertanya:
"kamu semua nak masuk syurga?"
terang, setiapnya menjawab "ya"
"bagaimana dengan neraka?"
tidak mungkin ada sesiapa yang mahu.

kosentrasi pada jawapan ini:

"syurga neraka itu ujian. sama ada yang ditakut itu adalah Dia atau nerakanya. banyak dari kita takut sama neraka. kita lupa yang sebenarnya berkuasa itu adalah sang pencipta. kalau disuruh neraka itu sejuk, sejuklah. apa yang kita takutkan. nabi ibrahim tidak terbakar dalam api"

wow.
mudah dan tepat.

jahat kita sama tuhan, dia itu maha baik.
jahat sama orang?

dr fadhilah kata tadi, cara paling mudah untuk meminta maaf adalah sebelum apa2, solat taubat dan maafkan semua. kerana kalau hendak dilayan dengan cara kita mahu dilayan, kita mesti layan dahulu mereka dengan cara yang kita mahu dilayan sebegitu.

pening?
:)

jom.
maafkan orang.

Monday, November 24, 2008

aku ni buruk. buang aku dari senarai kamu2.

aku mulakan entri hari ini tadi dengan ini:

rentetan ketaksuban pendakwah khas puisitepijalan di bawah nama anonimous, aku dengan hati dipaksa akan meletakkan beberapa pautan website2 muslim muslimah yang punya potensi untuk disekolahkan.


harus kau tahu, mereka ini lebih memerlukan didikan dan bimbingan.


*setelah aku fikirkan, kau carilah sendiri ya. tak susah. di youtube ada berlambakan. search saja apa2 keyword berbaur lucah dan dalam bahasa melayu, akan kau dapatkan. kombinasikan hijab, tudung, projek, terlampau. apa sahaja.


kemudian aku baca semula.

mau bunuh diri? entri begini akan memanggil kontroversi lagi. akan memaksa manusia membising tentang aku seperti jahiliyah, bodoh sombong, pendek akal, dan macam2 lagi akredetasi pada seorang fynn jamal, sejak beberapa lama dulu.

elok, aku struktur semula perkataan2 aku.
lebih molek kalau aku adun semula entri2 aku.
jauh lebih bagus kalau aku olah semula diri aku.

baru orang suka sama aku. baru orang boleh terima aku. baru orang selesa sama aku. baru orang hendak kawan sama aku.

tapi nanti, ada orang akan kata aku ini lalang. asyik ikut dan membuntut orang. tidak ada pendirian dan pandangan terbatas memenuhi ekspektasi semata2. orang yang lantang menjadi kuda catur sahaja2.

oh dilema.

paling kerap, orang katakan aku ini suka bermegah.
*gelak kecil*

pastinya, mereka tidak pernah sampai ke entri di awal tahun ini. di waktu aku betul2 hancur dan devastated sama kehidupan. hampir putus nyawa. sedikit lagi mahu racau kepala.

kenapa tidak ada sesiapa yang melihat aku di situ?

tidakkah mereka sedar yang hanya mereka2 yang pernah merasa lapar akan mengagungkan roti keras yang semut pun tidak hingin. hanya mereka2 yang tidak pernah punya ibu bapa akan merasa indahnya dikasih orang tua. hanya mereka2 yang sentiasa corot di dalam kelas akan bersorak ketika mendapat C+.

aku mempamer bahagia kerana sudah puas merasa dironyokkan.

ramai di antara teman2 puisitepijalan yang menulis surat rahsia pada aku lewat email. aku dibisikkan beapa aku memberi harapan ada pelangi di hujung hujan. ada harapan di setiap kesiksaan.

aku rasa puas.

andainya kau rasakan aku bermegah2 dan jerit aku itu terlalu lantang, mungkin khilaf itu tidak aku nampakkan. mungkin silap itu milik aku, kerana sibuk mahukan teman2 mendapat rasa ini dengan lebih mudah. tidak seperti aku yang harus jatuh bangun, baru menyedari ia tidaklah sesusah mana.

aku kisahkan yang dahulu aku tidak mampu untuk memuaskan lapar bahagia aku kerana sifat2 yang aku pasti bukan aku sahaja yang punya. aku iktibarkan yang begini begitu harus kau hanyutkan untuk lebih tenang. harus abaikan mimpi2 tidak logika dan hidup di alam nyata.

aku cuma berkata.
tidak mahu dengarkan, aku tidak pernah paksa2.

tentang isu2 agama, benar. aku bukan yang selayaknya. kerana itu aku tidak pergi ke mana2 surat khabar dan tulis di kolum 'bicara sama mufti'. dan aku tidak pernah memberi hukum itu haram ini haram. itu kerja tuhan. celakalah aku kalau aku niatkan untuk membongkak semata2.

aku tuliskan soalan.
apakah itu. apakah ini.

dan bukankan bertanya2 itu lebih bagus? tidakkah itu menunjukkan kita seorang yang masih belum bijak tentang sesuatu, yang kita soalkan dan minta dijawabkan?

isu aku membuka aurah masih dibualkan. aku tidak marah. aku tidak sangkal. tapi, tidakkah kau pernah bacakan entri2 lepas, yang betapa aku hendak sekali memakai hijab segala? di entri2 yang membuai aku di muhasabah jiwa.

aku hendak sekali tanya sesiapa yang sudi jawabkan:
pernahkah aku menghasut engkau2 untuk membuat kejahatan?
untuk membuka aurah, menjadi pelacur, memakan babi?

di banyak masa, malahnya, aku tuliskan kekurangan diri dalam perbualan aku sama suami. aku catatkan teguran2 suami aku itu dan menunjukkan yang di banyak masa sebenarnya aku ini masih manusia yang tidak tahu.

kau hendak soalkan rokok sama aku? kasihan sama kau. bila kali akhir kau temu sama aku, kalau pun pernah bersua. kalau semata2 kau lihat video2 dulu, usahlah leretkan lagi. kau bukan siapa2 untuk aku khabarkan. malah, aku kira ramai yang di sini cuma tahu aku membakar berpuntung2 dari sumber2 yang bukan dari tulisan aku. di video, di performasi, bukan di sini.

dan kau janganlah terlalu bangga bila aku katakan aku sudah lama cold turkey dan sudah tidak ada hati untuk membeli sampoerna hijau kotak besar setiap hari. maaf. bukan kerana engkau. kalau aku hendak kata kerana fatwa pun, aku cuma membohong engkau dan aku. kerana tak usah bohonglah, masih ada pak imam yang masih mengasap. dan bonda teman aku sampai sekarang masih tidak mampu berhenti.

*sebelum aku pergi jauh, tolong ye cik anon. aku tak kata fatwa tu salah. jgn putar belitkan*

aku berhenti kerana damien.
*senyum*

kerana tri tidak suka kucing. aku terpaksa lepaskan cinta asap untuk menyimpan damien. kan, azim? hahaha. mesti kau ingat muka aku waktu aku sedar i gave up smoking for this friggin cat, and my husband denied my rights to make other offers. hahaha.

tapi sudah lama pun aku hendak berhenti.
ketika aku disahkan ada isi dalam perut pun, sempat aku berhenti. kemudian ketika gugur, aku kembali. insyaAllah kali ini aku sudah betul2 tidak mahu lagi.

entri kali ini aku akan berikan info keburukan aku. mlm tadi ketika aku bualkan ttg entri aku bingit lagi, dia dengan suara terang dan tegas berkata:

"lepas ni, tulis yang buruk2 sahaja. tengok apa pula org kata."

tapi itulah dia yang aku pelikkan.
bukan dari dulu aku selalu cerita kesedihan aku ka?

aku dah mula tak paham.

semua haram (edited khas utk anonimous)

akhirnya!
yoga diharamkan.

tidak ada apa yang lebih berjaya membuat aku berdiri sambil menunjuk ibu jari 'bagus' kepada para cendiakawan agama kita yang berjaya mengeluarkan fakta bijak itu.

pastilah! yoga itu terlalu terang2 jahatnya.
mengajar kita amalan agama luar selain kita.

dan perbuatan yang menyamai bukan-islam adalah tidak boleh.

*tepuk tangan*

oh ya.
alang2, tolong keluarkan sekali pengharaman bersanding, berinai, menepung tawar, senarainya berterusan kalau aku panjangkan.

yang itu tidak salah, kau kata?

ish. tidakkah kau tahu menepung tawar, spesifiknya, asalnya adalah untuk memberi restu (gaya hindu dan kristian)? bezanya dengan kita adalah apa yang dilemparkan.

juga adat bermain mercun di malam aidilfitri itu sebenarnya ajukan budaya cina untuk menghalau hantu pada tahun baru mereka?

//edit ttg kompang//

saya hendak rephrase sebelum disalahfahamkan. yang saya maksudkan adalah paluan kompang berserta perarakan. (tidak jelas tadinya). terima kasih kepada C.E.@ yang menegur sebelum lebih ramai yang membaca. *kenyit*

terang:
kompang itu tidak salah. (huruf besar: TIDAK SALAH. cuma bila dah diarak2 seperti kahwin hindu itu, jadi tidak betul. macam buah oren yang diletak di rumah merah kaum cina. oren itu tidak ada problem, kan? tempat diletakkannya itu yang tidak sepatutnya)
berarak seperti hindu salah.
kenapa tidak ada yang tunjuk dan tuding?

sama seperti:
spa itu tidak salah.
tapi aurat (walaupun sesama perempuan) adalah dari lutut ke bawah pusat.
spa seluruh badan apa cerita?
separuh punggung dan jauh ke bawah ari2 terdedah, bagaimana?

oh. itu lain?
kerana sudah ada sedikit rombakan di sana-sini?
kerana niatnya berbeza?

maka, tidakkah sama dengan konsep yoga yang diajar di pusat2 bukan hindu yang bersepah2 di negara kita? waima sudah diolah untuk menepati mereka yang bukan hindu?

hah.

kenapa tidak haramkan sekali ayur veda? ramai datin2 dan puan2 seri yang gila rawatan itu. sekali dengan itu, tolong gugurkan sekali penghalalan akupuntur, kerana asalnya, rawatan itu dimulakan lebih 1500 tahun sebelum masihi sebagai titik pertemuan sang hidup dan sang mati, meditasi pengantara yin dan yang.

aku di sini bukan untuk menyinggung siapa2. cuma aku hendak memberi tanya:
apa kata2 mereka2 itu kerana sebenar2 kerana ilmunya,
atau semata2 untuk mempamer prihatin,
atau politikal buta2.

kerana perbuatan mereka seperti bercanggah2.

yang itu boleh, yang ini tidak boleh.
yang itu kira boleh jugalah, yang ini macam tak boleh.

jadi, yang mana?

aku tahu tentang mazhab. aku tidak bodoh. tapi kalau dalam satu negara ada dua tiga cara hidup sebagai seorang muslim, bagaimana?

negeri ini boleh poligami tanpa izin isteri.
negeri itu tidak boleh.
negeri ini boleh bernikah tidak bertudung.
negeri itu tidak boleh.

padahal kita semua islam.
sekurang2nya islam yang mazhabnya sama.
sekurang2nya islam yang mazhabnya sama yang berada dalam satu lingkung yang sama.
maka, apa?

seorang pensyarah bukan islam aku dulu pernah katakan:
islam is the best religion,
but with the worst followers.

oh, tolong jangan nak berdebat tentang itu.

kau dan aku tahu,
itu benar.

tuhan,
maafkan kami.

ps: entri ini sinikal. jgn pandai2 teka di mana berdirinya pandangan aku.

//edited khas untuk engkau, anonimous//

ye. aku tak pakai tudung. ye. aku banyak hendak membising tentang hukum2 sedang aku ini tidak menutup aurah, berperangai syaitan, segala macam. dan ya. aku ini memalukan agama aku bila pandai2 berbual tentang ini.


aku tak pernah paksa orang terima apa aku kata. kawan2 yang baca di sini juga ada akal sendiri. bukan aku letak tapak kaki aku dalam mulut mereka.

kalau begitu, tutup buku2, televisi, radio, internet engkau. kalau yang kau lihat dan pandang cuma rupa dan bunyinya. bukan apa yang dikatanya.

aku pengaruh buruk. ok.

i get it.
so now, berambus.

pesanan: jgn guna perkataan berambus ya, anak2... itu perkataan tidak bagus tau. *seringai gigi*

ok. cukup baik, tak?

dan wehhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.......... SIAPA KATA ULAMA' SALAH NI WOI. KORANG SALAH BACA KE NI WEH.

Saturday, November 22, 2008

menjadi bunda

ada masalah dengan dunia kemanusiaan lagi.
entah ke mana hilang jus ihsan dalam kita2,
argh!

sebelum aku berikan mukadimah, biar aku amarankan kamu yang setiap perkara itu sudah pun ditentukan tuhan. tiada satu pun yang tercipta tanpa izinnya. yang apa2 jua, wajib kita ma'lumkan haknya adalah dari pencipta.

dan sesungguhnya dia maha pengasih hambanya yang mengikut kata.
tetap, dia juga maha penyayang hambanya yang bukan pengikutnya.

*diam*

orang tua2 kata, kita tidak mungkin dapat sesuatu yang kita paling hendak. atau kita paling hendak sesuatu yang kita tidak mungkin dapat.

aku kelu hendak mula berkisah.
maka biar aku tanya sesuatu sebelum apa2.

apa yang kau cari dalam hidup?
harta? rupa? jiwa?

apa jua, semua itu berpaut sama.
dia mahu wajah jelita supaya lebih mudah mencari kesenangan, kerana yang dia mahukan adalah masa hadapan yang jelas dan tidak kabur.

different needs which lead to one desire.
hujung hari yang dipermudah.

untuk siapa?
aku bisa kerat jari, dalam 10, lapan dari kita akan jawabkan "untuk anak2 kita juga".

ada juga 2 orang itu yang tidak mahu?

*ya, aku pernah jumpa seorang perempuan yang dengan megahnya mengatakan dia tidak mungkin hendakkan zuriat. kerana seorang anak itu satu beban dan menyusahkan. kerana dia lebih gemar hidup dengan macam2 emas berlian, dari mengorbankannya untuk sesiapa. walau anaknya*

itu kata seseorang yang mampu mendapatkan, tapi dengan sengaja tidak menghendakkan.

semoga nanti bila dia sedar ditarik jasad tanpa sesiapa meneman sisi sebenarnya terlalu menghiris dan pedih.

dan aku punya seorang sahabat yang lahir tanpa keupayaan melahirkan. lebih tepat, dia diadun tuhan tanpa organ untuk merumah bayinya. tiada rahim.

bayangkan bagaimana perihnya untuk belajar menerima hakiki itu.

bertahun juga teman itu mendidik hati untuk senyum dan memberi redha. bangkit di setiap hari mengharap ada yang sudi menerima dirinya dengan perasaan kurang. apa ada yang mahu? apa ada yang sudi merangkul aku?

lama.
masa diambil untuk membuka mata di pagi hari dengan rasa pasrah sama ketentuan ilahi.
masa diambil untuk menguatkan jiwa merentas suara2 negatif di dalam hati.

begitu lama.
namun betapa pantasnya kegagahan itu dirampas kembali.

dan di sinilah klimaks entri hari ini.

beberapa hari lepas, ketika sahabat perempuan aku itu pergi ke seorang doktor untuk pemeriksaan medikal (atas prosedur kerjaya), kondisinya disemak profesional taraf A itu.

jelas, doktor lelaki itu dapat lihat yang sahabat aku lahir tanpa kemampuan melahirkan.

soalan2 yang sudah bisa diagak, kalau kau tanya aku. soalan2 seperti:
1) apakah bakal suami tahu
2) bagaimana nanti masa depan
3) blablabla

entah kenapa dan di mana, di hujung soalan2nya dia ketawa. terkekeh bila menanyakan tentang teman lelakinya.

seolah bualan tentang gadis itu bernikah di ketika nanti2 adalah suatu perkara hilarius.
bagai tak mungkin.
tidak logik seseorang seperti teman aku itu diberi izin untuk merasa alam perkahwinan.
tidak layak, mungkin, pada hemahnya.

oh, manusia!
dasar!

aku senyum dengan kesombongan engkau yang memikir engkau itu terlalu megah dengan kesempurnaan.
aku tepuk dan sorak engkau itu yang merasa terlalu hebat dan penuh dengan kemuliaan.

dan engkau namakan diri itu seorang doktor, yang secara universalnya dihormati atas etika kamu.

tidak perlu aku ceritakan, teman perempuan aku itu ada sedikit bergegar kekuatan diri. siapa tidak? kalau aku...

haih.
entahlah.

nak tulis apa lagi.
manusia ada macam2 rupa. tidak semua org seperti kita.

*diam*

ada orang, dapat bayi, kemudian buang2kan.
ada orang, ada anak, dera2kan.
ada orang, ambil anak angkat, dapat anak sendiri, abai2kan.

celakalah mereka yang memporakkan amanah tuhan.

kalau tidak sudi punya anak, ramai yang hendak. cari yang mahu. lebih elok dari kau pukul2. dari kau siksa2. kau beri orang; mereka senang hati, anak itu bahagia, engkau lepas dari neraka.

entahlah.
tuhan... bisa kau beri izin aku untuk menjadi seorang bunda?

*diam*

ada sesiapa yang hendak beri aku anak untuk aku jaga?
aku sudi.

Friday, November 21, 2008

urgh

untuk sesiapa yang terlihat entri berjudul 'najis' semalam, anggapkan memori itu sudah aku padamkan.

kerana aku sudah malas hendak renung2kan.

memang ada manusia yang lahir tanpa peduli. memang ada manusia yang hidup atas diri sendiri. memang ada manusia tidak percaya sama makna cinta: untuk kekasih, untuk kawan, untuk ibu bapa.

manusia tidak ada yang sama cetaknya.

kelakar. sebab aku patut sudah nampak setiap itu. kalau pada kekasihnya juga dia mampu curang dan jaja kemaluannya, apa lagi pada seorang kawan. nyatanya aku bodoh kerana memikir seorang yang seperti itu layak untuk aku setiakan nyawa untuknya.

*diam*

maka benarkah kata2 orang lama yang personaliti itu biasanya ada konsistensinya? kalau sudah pencuri itu memang pencuri? kalau sudah sundal itu memang sundal? kalau sudah emosi itu memang emosi?

lalu, di mana betulnya manusia itu bisa berubah?

apakah aku masih lagi yang sama dengan aku yang lampau? apakah perubahan yang aku fikir telah aku lalu sebenarnya bayangan semata? yang rupanya aku ini, tetap yang dulu...?

kalau pula hipotesis aku tersasar (tentang manusia mungkin bisa berubah), kenapa masih ada orang2 di luar sana yang masih tegak menunggu kekasihnya yang baru dimaafkan kerana membantainya sehingga lembik, walhal itu adalah kali ke lima puluh? kenapa masih ramai yang bersabar dengan sahabat yang hanya mencarinya ketika tayar pancit, dan bukan ketika gaji masuk?

manusia memang ciptaan unik.

dan 'istilah manusia itu tipikal' adalah tidak berapa tepat. kerana tipikaliti datang dari prototype yang mengalami evolusi mengikut edaran masa, yang mana akan menghasilkan stereotype (yakni kita2).

seharusnya, kita sedikit sebanyak, serupa.
tapi tidak.

keserupaan sepatutnya membolehkan kita untuk memberi agak sesuatu perkara. kerana secara faktanya, bila sesuatu itu serupa, kita sepatutnya sudah bisa menelah.

setiap yang ada sebab, akan memberi kesan.
makan nasi - kenyang.
jatuh kerusi - sakit.
cause and effect.

itu makna kesan berdasarkan buku teks.
ya, teks yang menggunakan nama seperti Ahmad, Ali, Raju dan Ah Seng.

buat baik -- ditikam belakang.
yang itu bagaimana?

kenapa kita tidak diajar (baik dari buku atau ketika ibu dan bapa terangkan kenapa ahmad baling kita buku di kepala) yang ada manusia itu perangainya seperti bangsat? yang lagi kita ikutkan, lagi dipijak kepala? yang lagi dijaga hati, lagi diminta2?

aku seperti biasa, rujuk pada tri.

"bila masanya yang kita patut ajar anak kita nanti yang manusia itu macam celaka? kalau buat baik, tak patut kita harapkan kebaikan darinya? sebab buku semua membohong. tidak menerangkan secara perinci akan sifat kita2. atau kita patut biar saja dia rasakan semua ikut pengalamannya?"

tri perlahankan suara televisyen. dengan mudah, dia jawab:

"biar dia diajar pengalaman"
"tapi anak kita akan rasa kecewa bila dia dapatkan pengertian hidup ini tidak pernah adil"
"maksud awak?"
"we should tell them the facts. buat baik itu takkan beri dia apa yang dia hajatkan"
"awak buat baik selama ini, mengharap dibuat kebaikan semulakah?"

*aku diam*

"kita patut biar anak2 kita buat baik kerana dia hendak buat baik. kerana ikhlas. bukan kerana mahu sesuatu semula"
"jadi apa yang harus kita ajarkan?"
"ajarkan yang manusia itu ada banyak. ada yang akan berbuat baik kalau kita baik padanya. ada yang tidak peduli. ada yang akan mahu lagi daripadanya. ada macam2 rupa. selebihnya, biar pengalaman yang didik dia"

*diam*

mudahnya menjadi tri. yang sudah berjaya menggunting jiwanya dari manusia2 lain. tidak perlu menjaga hati yang tidak relevan. ahh. aku masih lagi terkial2 mencuba. dan aku tidak main2 bila aku lafazkan ia payah sekali!

berkali2 aku jeritkan yang aku tidak akan lagi menjadi sang tolol memberi setia di bawah duli manusia2. dan berkali2 itu jugalah aku tewas dan kejarkan ribut di setiap kali tersedaknya mereka.

hai, bodohnya.

uff! positif, fynn jamal!
fikirkan hanya yang mulia2.

bukit cotton candy.
sungai aiskrim vanilla.
batu2 coklat chips.
arnab merah jambu .
kucing berloceng di leher.
pelangi warna-warni.

ah...
always work.

lantaklah sama manusia.
siapa yang ada, ada.
kan?

Thursday, November 20, 2008

alahai anak mami

asebab ada orang bikin semangat aku patah, aku letakkan foto2 anak aku utk kalian pecinta kucing.

untuk pengasih reptilia, satu hari nanti aku letak gambar anak aku yang ular sawa pulak. nama dia bobby. tapi aku tumpangkan di rumah along. sebab mama geli sama ular, ayah ada sakit jantung dan suami aku penggeli.

damien ni mengada2. dia suka lensa. macam mami dia. sib baik dedi dia sanggup snap.
layankan ajelah kita2 ni, awak. wuhuhu.

orang lain suka nyonyot jari sendiri.
dia suka jari orang.

atau mungkin dia ni toyol, isap darah penjaga dia.
tapi tu ibu jari kaki, kan?

masa ni dia duduk je. lama gila.
dia suka pose yang ni kot.

suka benar kena geletek.
adeh.

"hello kawan2!!!

psst... mami saya tengah sangat tidak ada semangat untuk menulis. dia tengah marah. jadi mami suruh saya kirim salam pada semua, ok??

ok, kawan2!!!
doakan mami kuat hati semula!!

baiiiiiiiiiiiiiiiiii"

najis.

sebenarnya aku dah malas.

meluat dengan orang. serasa mahu saja aku pekik2 pada dunia yang manusia itu ramainya yang pembohong.

ke muka kita, kita diolok2:
yang kononnya kitalah teman sejati.
yang konon2nya kita ini mau dibawa mati.
teman susah senang.
teman di masa kejatuhan datang.

*ludah*

tahi lah engkau.

bukti paling kelakar dan menggeletek lubuk jiwa aku adalah tangisan plastik ketika aku nyaris terbang keluar dahulu. lafaz cinta dan kasih, penafian izin aku pergi, berontak takdir yang membawa aku pergi.

najis.

dan di sini, selapas beberapa minggu, semua itu bagai tidak pernah diukir di langit. seolah kata2 yang diluah dulu, semata2 klise filem melayu kita.

wajib disebut, demi melengkap plot cerita.

na
jis!!

aku memangnya bajingan kerana masih melutut di depan pintu memuja nasi engkau yang pernah disuap ke mulut aku. aku memangnya tetap si anjing bacin itu yang masih setia pada budimu.

andai aku tahu, aku jahitkan kerongkong dan biar sahaja kering paru2nya.
kalaulah hidup yang selepas itu kau cincang2 jujurnya.

wah. aku tepuk tangan sambil berdiri menyorak kebaikan sekelumit engkau, yang telah ayahanda aku ajarkan untuk julang. sehalus mana baik seseorang manusia, katanya, wajib aku bayarkan sama nyawa. kerana setiap yang baik itu, kalau tanpanya, akan merubah takdir walau sedikit ada.

sayang. yang lupa ayahanda aku khabarkan adalah, kadang2 kebaikan itu tidak diniat pun pada kita. dan ada masanya kita tidak perlu menjelir lidah, menggoyang ekor dan berguling untuknya.

mungkin cebis makanan itu tercicir dari celah gigi dia. yang kita dapatkan dan makan dan hidup atasnya.

tidak menjadikan dia tuan pada kita.

terjengkel benar aku dengan turun naik hati engkau. yang pada hendaknya, aku kau tatang. setimpal ketika pada luatnya, aku kau terajang.

tapi rasa ini bukan untuk kau tanggungjawabkan!
dan itu yang lebih menyebalkan!

fooled me once, shame on you.
fooled me twice, shame on me!
dan ini bukan juga ketiga kelapan keseratus!!!

*hembus nafas panjang*

dengan lafaz istighfar, aku putuskan sifat kemanusiaan aku untuk engkau2, manusia2 pembohong dan pendusta. kalau aku ini terpaksa kau telankan sabar seolah hanya engkau manusia sempurna, semoga kau tenang dengan duniamu.

dan semoga ini pengajaran untuk aku, seorang perempuan yang tidak pernah serik untuk mencinta alam dan insannya, yang berteman jauh2 lebih elok dari bertentang-temu mata.

kawan2 puisitepijalan. jauh dari aku.
semakin kau kenal diri ini, semakin jelas jeleknya.

*airmata berlinang pantas*

terima kasih, cali. puisi ini sentiasa memujuk hati kakak kamu.
*renung mata dengan ucap terima kasih berlayar dari hati*

kehadapan bintang jatuh
dari cali

kehadapan bintang jatuh
jatuhlah bersama mereka yang mampu menyinar
jatuhlah jangan bersama mereka yang kelam
kerna aku tahu kau siapa berbanding mereka
kau bintang pujaan kami, kamu dan juga saya

kehadapan bintang jatuh
tiada lagi kau jatuhkan baju tshirt hujan untuk ku
tiada lagi kau jatuhkan pesanan bait tuk ku baca
tiada lagi kau jatuhkan jeritan manja di kafe untuk ku
tiada lagi itu semua. telah ku simpan jadi memori

kehadapan bintang jatuh
jatuhlah dengan selamat disana
jatuhla dengan diri yang kuat dan teguh
kerana aku tahu tidak mudah bagi kau lepaskan kami yang lain
kau bintang pujaan kami, kamu dan juga saya

kehadapan bintang jatuh,
jatuh la kesini terus ke dalam hatiku
agar dalam ku bingkiskan segala kenangan bersama
kerana mustahil dapat aku melupakanmu
biarkan mereka atau kamu tidak setuju
kau bintang pujaan hatiku yang satu

kehadapan bintang jatuh,
jatuhla kamu ditempat yang baru
dan semoga berkembang menjadi bintang batu terhebat
supaya mampu ku tersenyum indah di tingkap
pabila melihat kau satu-satunya bersinar bangga
diantara mereka semua, insyaAllah.

*diam*

kenapa aku rasa puisi ini indah?

kerana dia jujur dan tidak bohong.
dan yang penting, tidak selalu bertemu aku.

aku mau putus sama sesiapa.

Wednesday, November 19, 2008

nama saya damien.

hai kawan2!!!!

nama saya damien! saya suka makan tuna. saya tidak suka biskut sebab gigi saya belum kuat.

itu mami dan dedi saya. mereka jumpa saya ketika mereka makan di sebuah kedai makan di jengka, pahang. ketika itu, saya sangat kurus dan tidak bermaya. jari2 saya kotor, telinga saya ada banyak daki dan mulut saya sangat berbau.

dedi yang nampak saya dahulu. dia cuit mami dan buatkan mami lihat saya. saya rasa mami terus suka pada saya kerana sebaik itu, dia terus bercakap dengan suara yang paling nyaring sahaja.

seperti

"eeeeeeeeeeeeeee siannyeeeeeeeeeeeeeeeeee"
"alaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa plisssssssssssssssss"
dan
"boleh la sayaaaaaaaaaaaaangggggggggggg"

saya rasa dedi tidak suka saya pada masa itu. sebab dia cuma jeling dan merenung saya. suara dia pula sgt rendah tonanya. juga pendek2.

seperti

"em"
"tsk"
atau
"ish"

saya rasa dedi terlalu cintakan mami, kerana tetap, dedi mengizinkan mami untuk mengambil saya yang sudah pun berlari ke bawah dapur.

terbongkok2 mami kejarkan saya dan capaikan saya yang bersembunyi. saya rasa mami sudah betul2 tidak betul. kesian dia. bila dapat sentuh saya dan pegang, mami menjadi semakin saiko. dia berbual dengan saya macam budak kecil, walaupun saya faham bahasa orang besar.

tapi tidak apalah. saya suka juga dimanja2.

ketika itu ada uncle azim dan uncle bajau juga. saya tahu dari pandangan mereka yang mereka juga sukakan saya. seperti mami, mereka berbual dengan saya dengan suara anak kecil juga.

hahaha.

keluar dari jengka, saya terpaksa ikut mami dan dedi ke kolalumpow. kami tidur di hotel sempit, saya terpaksa tidur di jamban. mami beri saya makan tuna yang uncle azim belikan. saya sangat suka dan bahagia.

walaupun tidur di dalam kotak, tapi ada orang untuk belai2 saya. saya suka digosok2 di bawah leher dan digeletek di bawah perut. saya tidak boleh blah. wuhuhu, lazat. uyeh.

saya berkelakuan sangat baik sepanjang perjalanan. dedi mula pegang saya sikit. tapi tidak banyak. rupa2nya dedi alah pada kucing. maka saya tidak boleh kotor. bulu saya mesti selalu kemas.

sampai di nilai, dedi belikan saya rumah! dia beri saya makanan yang bagus2. tempat tidur yang selesa. heeeee.

saya akan cuba untuk tidak bermain2 kotor lagi.
sebab saya sayang dedi.
saya tahu dia pun sayang saya, walau pun dia tamau tunjuk.

terima kasih, tuhan. sebab sekarang saya sudah ada mami dan dedi, atuk dan wan. mereka pun baik sangat sama saya. saya harap saya jumpa uncle azim dan uncle bajau nanti.

tapi setakat apa yang ada,
saya sudah sangat hepi.

lihatlah mami dan dedi dengan saya!
saya manja, kan?

bila saya besar, saya mau jadi macam dedi!
hensem, hitam dan bermisai.

ini mami saya. biasanya saya tidak faham dia cakap apa. tapi saya dan dedi layankan sahaja.
dedi selalu cakap mami suka membebel, jadi anggukkan saja.


babai, kawan2!!!!
kalau jumpa saya, geletek bawah perut tau!!!
wuhuhuhuhu. uyeh!!!

Tuesday, November 18, 2008

nota ringkas

1) damien itu nama kucing. namesake dari damien rice.

2) aku masih belum diizin tuhan untuk menjadi mummy.

3) aku belikan tri gitar ibanez classical. aku namakan 'arjuna', sempena nama yg aku beri tri pada awal percintaan dulu.

4) tri beri aku guitarlele! namanya 'seni'. sempena nama yang dia idamkan mahu beri anak gadisnya yang dia sudah booking untuk jadi daddy's girl.

5) siapa mahu tgk teaser hoppers dgn wajahku? hahaha. jgn gelak okeh. klik sini. we were so sgt comel. dem, tak malu vain sendiri.

hobi baru: memancing

dengan rasa ralatnya, saya ingin umumkan:

untuk kamu2 yang masih belum terima buku merah edisi pertama (ada lebih sepuluh orang), harap dapat diampunkan. atas nama tuhan, telah aku poskan. cumanya memang bukan rezeki aku dan kamu, transaksi niaga kita sangkut ditengah2. maka sabarkan. buku gantinya aku beri percuma saja. harap aku diampunkan.

*ketap gigi dengan rasa jengkel pada pos malaysia*

maka yang lain2, yang baru hendak memberi pesan buku itu, aku terpaksa minta lebihan rm5 untuk kos pos laju. pos laju untuk satu buku adalah rm 5.50. bagi aku, lebih elok jika minta dihantar lalu pos berdaftar. sekurang2nya bisa aku makikan andai tidak sampai2.

kalau kalian tidak setuju dgn rm 15, tidak apa. tunggu saja mana2 performasi, akan aku bawakan. ya?

*lebih tenang sedikit*
*tarik nafas. hela. tarik. hela*

ok.

sesetengah kamu tahu aku hilang sebentar hujung minggu lepas. ye, kamu2 yang juga menghendap 'langkah' suamiku. kan?

*senyum*

aku ke sungai petani. meneman arm dan eeman bertemu keluarga, membantu mana2 inci yang aku mampu tentang hal2 nikah kahwin. yang mana ada juga terselit program riadah yang paling cool dalam dunia: memancing.

futnot: tidak pernah aku tahu memancing adalah hobi yang sangat mengujakan.

kenapa? aku rasa remang di setiap pelusuk kulit kerana apa yang aku belajar dari memancing bukanlah teknikal mendapatkan hasil semata2.

tapi prosesnya.

menunggu dan menunggu. menanti hasil yang belum tentu besarnya. melihat samada ada mungkin pulang dengan upah kepenatannya. tidak ada pasti. tidak ada janji.

yang penting, kau sudah datang dengan joran.

ia adalah konsep kehidupan.
nyata dan jelas.

hasil adalah masa depan. suatu yang masih abstrak dan belum ada struktur. sekadar bayangan berdasarkan pengalaman yang mana datang dari masa lepas kita atau orang2 yang pernah di keliling kita.

contohnya, ikut kebiasaan, kalau berkahwin dengan orang kaya, selalunya selepas 10 tahun (atau kadang2 kurang), sang isteri akan berhadap dengan sifat suami yang akan hendak perempuan muda (atau janda) untuk curang.

sangat biasa.
padahal, aku pernah jumpa orang kaya raya yang masih mengagungkan isterinya yang jauh dari definasi jelita universal.

kadang2, kita terlalu membanding2 diri ini dengan orang lain. orang ini punya suami romantis, aku juga mahu. orang ini punya anak bijaksana, kenapa tidak aku? orang ini ada kereta besar, aku juga hendak. orang ini ada tanah berekar2, kenapa aku tidak banyak?

kita cuba tiru dan tekap hidup orang lain, sedangkan sudah tuhan bilang dari dulu, nasib kita berbeda2. tapi janjinya sudah ada. kalau senang di sini, di akhirat tidak berapa. kalau susah di sini, di akhirat pasti dilunas jua.

kalau ikan orang sebelah lagi besar, janganlah kau soal2kan kenapa kau masih belum diberi rezeki.

seperti aku tempoh hari, yang abang disebelah mendapatkan ikan sehasta panjangnya. aku tanya:

"abang pakai umpan apa?"
"sotong"

*bingkas untuk mengambil umpan sotong di sebelah eeman dan arm*

"hang nak sotong? aku pun ada"
"boleh gek"

*dia hulur sotong*

"tapi hang tau kan, umpan mas pun, belum ada tentu apa2."

tersenyum aku dengar. aku menjadi manusia tipikal yang tidak berhenti2 menggunakan logik dalam kehidupan.

1+1 = 2
selepas A adalah B, kemudian C.

selalu benar aku alpa tentang setiap perkara itu kata akhirnya adalah dari yang agung.
haih.

tapi jangan jadi bodoh dan sekadar menganga di gigi air mengharap ikan masuk ke mulut. usaha itu wajib. jangan kau buta2 mengharap rezeki kalau diri itu malas dan menunggu semata2.

cuma jangan terlalu mengharapkan ikan yang sama dengan orang di sebelah.
ada nasib, dapat.
tiada nasib, tidak dapat.

teringat diskusi di muka surat lady noe ttg suami yang mengharap isteri untuk sokongan materi. lebih spesifik, lelaki pemalas.

oh, kau tidak mungkin mahu dengar aku ceramah tentang semua itu.
apatah lagi tentang perempuan yang bergoyang kaki mahu wang lelaki.

itu cerita lain, di masa lain.

yang perlu kalian tahu, aku berjaya menewaskan 6 ekor ikan duri dari saiz paling besar ke saiz paling kecil. not bad for a first timer, aye?

*senyum*

dan wajib kau dengar ini dari bibir aku, semua tangkapan tidak aku makan.
bila ditanya mama eeman kenapa, aku jawab dengan muka selamba:

i knew him when he was alive.

haha.

*diam*

tapi sebenarnya entri kali ini aku hendak bilang tentang sesuatu ini: sengaja aku letakkan di paling bawah kerana tidak mahu ada yang jengkel dengan fokus kunci karangan ini;

tentang malam pertama dijarakkan tuhan, tidur pertama tanpa kekasih, bangkit pertama tanpa wajahnya.

namun setelah fikir2, tidak ada perkataan untuk aku tampalkan. selain

AKU TAK AKAN PERGI MANA2 TANPA SUAMI AKU LAGI.

Thursday, November 13, 2008

apa barang layan indie. kita layan family life la. hehe




kemaskini:

1) aku sedang demam yang agak teruk. maka aku terpaksa berdiam selama beberapa hari. batuk yang agak mengganggu nafas. rasa lemah tidak ada maya.

2) pada sesiapa yang masih belum dapatkan buku merahnya, harap khabarkan. setakat ini, saya ada beberapa teman yang masih belum terima. mungkin ada posmen yang malas menghantar dan menyembunyikan bagasi amanahnya (seperti berita dalam suratkhabar)

3) sesiapa yang hendak buku merah, versi kedua, sila email ke fynnjamal82@gmail.com. saya ada banyak masa untuk bikin. tarikh tutup adalah minggu hadapan.

4) saya sangat capek dua tiga hari ini. harap2 ada isi. hahaha. ah, kun fa yakun. keluarga aku semua suruh nanti2. suruh aku bercinta lama2 sedikit lagi sama tri. atok cakap, "buat apa cepat2. onjoi dulu"

hahahaha.
onjoi.

oh, aku ada kisah cinta teman2 untuk kalian layankan. sedang demam begini, tiada yang lebih menyegarkan selain dari cerita manis.
kan?

bermula begini.

dua minggu sebelum aku sepatutnya terbang, seorang kawan baik lelaki meminta aku hubungkan dia sama seorang kawan baik perempuan aku.

yang lelaki sudah puas turun naik bangunan cinta.
semua hampa.

yang perempuan sudah puas menunggu yang sempurna.
mana ada.

aku kenal kedua2nya. maka aku takut.

aku ini paling tidak mungkin menjadi cupid. kerana aku tidak berani mengena2kan sesiapa. kalau jadi, mungkin rezeki. takut tidak jadi. yang mana pada akhirnya akan menghantuk kepala aku juga. macam2 kemungkinan dalam kepala. bisa putus kawan, kot.

sang lelaki itu amat notorious dengan reputasi keluar masuk kisah cinta. sang perempuan sangat famous dengan expectation taraf universe. di dalam definasi dunia sempurna, mereka jauh dari selesa.

terdetik, harus aku bikin apa ya?

wajib kalian tahu, yang ketika itu, aku sudah terlalu sangat hampir untuk pergi ke negeri orang. dan kawan lelaki itu sangat karib dengan jiwa aku. pernah bergaduh bertepuk kepala. setimpal banyaknya dengan gelak ketawa menyejuk jiwa.

di masa hancur dulu, sempat juga aku pinjam dada dia buat mengelap airmata.
sama seperti ketika ranapnya, dipinjam bisik semangat dari bibir aku ini juga.

maka aku fikir, nanti bila aku tiada, bagaimana si tongong itu nanti.

aku hulurkan salam dia pada teman perempuan aku yang telah aku kenal dari hari pertama orientasi universiti dahulu. begitu rapat, sehingga ibu bapa kami saling kenal kami ini walau tidak pernah jumpa.

rapat yg on-off on-off, ibaratnya.
haha.

aku tanyakan, kau masih ingat sama fotografer rasmi aku ketika nikah dulu?
dia ingat2 lupa. tapi sangat pasti jejaka itu kacak.
sambil gelak, aku sampaikan suara hati lelaki itu yang sebenarnya hendak berkenal sama sang perempuan, tapi malu kerana baginya, insan secomel itu pasti sudah ada yang pegang geran hakmilik.

dan semua berterusan dari situ.
yang penatnya aku. dua2 tidak mahu terus berhubung.

secara rajahnya:

A mesej aku.
aku tanya B.
si B jawab. dan bertanya.
aku unjurkan pada A.
A memberi respon pada aku.
aku sampaikan pada B.

begitu, berulang2.

dan minggu sudah, mereka khabarkan yang mereka akan bertunang di bulan akhir tahun ini.
yang mana kelmarin pula, mereka bilang mereka hendak diikat dalam nikah!

oh betapa indah!
satu lagi cinta selepas dihalalkan.

arghgrhrghrgrhrgrhrgrhgrrghh!!!!!
*menjerit melompat2*

kalaulah kalian bisa robek dada aku dan lihatkan jantungnya.
sedang menari2 ia dengan degup beritma.

aku memang junky cinta.
apa2 romansa adalah dadah aku.

*senyum panjang*

selamat mengikrar kasih, sahabat2. tiada yang lebih indah selain cinta yang tuhan berkahkan.

selamat pengantin baru, pok arm dan eeman.
kan sudah aku bilang, cinta lepas nikah itu best.

:)

pok arm dan eemang.

sang badots


bulan 12.
dari bulan 10.

3 bulan terus nikah.
sama la kita.

wargrhrghrhrgrhrghrghrhhhh!!!

Wednesday, November 12, 2008

belajar lajar pelajaran pelajar

hello kuala lumpur untuk kali ke berapa. kota ini menyambut kami tepat jam 330 petang tadi. sebelum pisah sama azim dan bajau, sempat juga pekena nasi ayam dara paling dadah dalam dunia. untuk sesiapa yang tinggal di kawasan taman melati, tahulah. yang betul2 depan masjid kuning itu.

heroin gred A.

sebaik itu, aku dan tri yang pada mulanya hendak pecut ke genting jadi malas. perut yang terlalu kenyang hanya akan melemahkan ketangkasan enjin anatomi manusia. konon2 hendak rock climbing segala di puncak goh tong itu nampaknya mesti dikubur sahaja.

toleh sesama sendiri.
"saya tanak balik"
"saya pun"

*sama2 gelak sampai pipi ketat*

arakian, di sinilah aku, di dalam hotel cap ayam di bukit bintang, menaip entri malam ini di sebelah suami yang sudah lama berlagu dengan mimpinya. sesekali, dia tersentak dan terus mencari mana2 bahagian kulit aku. digapainya, lalu kembali nyenyak semula.

*senyum muncung*
comel.

bilik kali ini tidaklah sehancur hotel kelmarin. tidak langsung meluas seperti hotel di melaka. tidak juga seselesa resort angker di jengka.

jadilah.
besar macam bilik sendiri di rumah.

harap2 ada orang jabatan agama ketuk pintu. dan kalau boleh biarlah ada yang hendak cekup. nanti, bila dihentam2 daun pintu, akan aku biarkan lama2, supaya timbul syak. kemudian keluar dengan muka paling bersalah dan takut.

yang pada akhirnya, bila dijerkah, aku paling hendak tayangkan surat nikah dengan bangga.
hahaha.

betapa indahnya perasaan halal ini, yang di setiap langkah di mana2 bisa meleset dan bermanja. langsung tidak ada rasa seriau pada sesiapa yang menoleh2 dengan curiga.
:)

tadi sudah mula peperiksaan spm. adik bongsu tri adalah salah seorang darinya. dalam hati aku, sangat jelas aku rasakan yang dia akan skor. satu: kerana dia memang tidak reti langsung untuk tidak belajar, dan dua: kerana dia paling wara' antara semua. sembahyang tak usah cerita, bangun malam juga, surah2 puas diulang hafal.

kecilnya aku, tuhan...
lebih kecil aku rasakan kerana dia tidak pernah membuat aku rasa kecil.
tetap dihormatkan.

haih...
tapi perkara2 begini semua terpulang pada tangan tuhan.
rajin bagaimana pun, kalau sudah ditentukan, keras juga tangan ketika menjawab periksa.
andai sudah dituliskan, emosi penanda tidak di sebelah kita.
rabbul izzati juga yang memberi kata akhir.
kan?

cuma harap2nya, habib dapat seluruh A1. percubaan tempoh hari, dia dapat 2A2 mencacat senarai A1 nya. dia terus jadi lemah semangat. minta nasihat macam2.

dari aku!!?

kalaulah aku, sudah dapat A penuh sahaja sudah enjoy macam orang gila. B pun sudah cukup bagus, lah. lantaklah kelas satu ke dua. kan tipikal pelajar malaysia.

yang dapat A2 menangis melolong.
yang dapat C3 melonjak2 tak sangka langsung.

haha.

entri ini untuk adik2 puisitepijalan juga. semoga kamu dapat tenangkan jiwa dan diberkati tuhan sehingga selesainya keputusan di jemari. amin.

*diam*

bercakap ttg ini, tiba2 aku terfikir dan terpandang memori sama anak2 murid di jengka semalam.

satu:
"apa maksud gender?"
"janda, kot?"

dua:
"kak fynn. apa nombor tefong"
"mintak kat abang fitri. suami kakak"
"eleh..."
*diam*
"cepatlah... nanti kita gayut"

tiga:
*merenung punggung aku*
"mantap!!!"

empat:
"dah create belum email tu?"
"belum, kak fynn"
"buatlah"
"komputer lambat"
*tiba2 ada yang menyelit*
"alah, miyul, ko buat mende2 tu watpe?!! umah ko ada komputer?"
*dia gelak ramai2*
"biarlah dia hendak belajar. nanti bila2 dia tumpanglah komputer kawan"
"eleh! sapa yang ada komputer sini??!"
*diam*

lima:
"saya nak jadi macam kak fynn"
"macammana?"
"tah"
"habis tu? nak jadi macam kakak macam mana maksud awak?"
"keluar dari sini"


tuhan,
bilang sama aku apa patut aku buat. aku benar2 sayu.

*pandang tri yang sedang nyenyak*

kalaulah itu anak2 kita. bagaimana...
argh.

salam malam. aku rasa mahu peluk belakangnya lama2.

the junkies


kerana musik dan puisi adalah kokain.
dan kami menghirupnya.









HAHAHHAHAHAHAHAHAHA.
macam haram.

Monday, November 10, 2008

sabtu di kuala lumpur

tiba semula di kota metro dengan dengus.

trafik yang sama.
- masih punggung ke punggung.
fesyen yang sama.
- semua seiras.
emosi yang sama.
- berkejaran sepantas mungkin.

mungkin sudah tidak kalih di sini.

atas pakej yang aku miliki, aku dan tri terus ke berjaya hotel untuk layanan spa selama tiga jam penuh. tidak pernah kami rasa disembah bagai raja permaisuri bersemayam sergam.

sekadar baring dan diperolah setiap inci badan. bagaikan sahaya, mereka memberi khidmat paling cermat dan teliti. hendak bertanya pada kita pun dibisik2.

naik serba salah aku jadinya. cuba juga berborak, namun dibalas sekadar sepatah dua. mungkin sudah ditekan oleh sang ketua agar diam dan menghamba.

disiram2 ditenun2 seluruh jengkal kulit.
semakin sedap, semakin jadi kasihan.

dan yang lebih terpesona adalah senyumnya yang tidak reti luntur.

kalaulah boleh aku beri bayar lebih atas manis itu. seperti abang din di melaka yang aku sengaja upahkan lebih kerana berjaya menyetuh rasa. itu aku. kalau kau berbuat elok dan mengharukan aku, pasti kau ku angkat ke bintang2.

kerana kemuliaan seperti itu sudah mula semakin mati.

untuk seorang fynnjamal, kalaulah aku hargakan yang sedikit itu, pasti sang pelaku akan rasa indah, walau pun sedikit. dan harapnya, akan dibikin lagi ke orang lain.

spread the love.
oh indahnya dunia ini nanti.

dunia penuh dengan cinta.

*senyum dengan depang tangan*

tiba2 terasa suasana semakin banyak pelangi dan arnab2 comel berlari ke pohon gula2 kapas.
siapa mahu tinggal sini sama kami?
hehe.

selesai suasana berbidadari, tri bilang dia masih belum ada hati hendak pulang. dia mahu berjauh lagi dari suasana ruji. pasti, aku setujukan. sudah aku bisik dari dahulu. mana perginya, di situ aku akan berada.

tri ajak aku ke genting.

teringat sama adik perempuanku. aku hubungi achik. kebetulan dia di kuala lumpur sama teman2 gadisnya. dia minta kami ke sana bersama mereka ke laguna sunway pada hari esoknya.

seperti mana2 abang ipar yang manis, tri okay sahaja.
genting kah, laguna kah.
yang penting, tidak mahu pulang.

hatta, aku dan tri gegas mencari hotel terdekat sekitar itu. ingatnya mahu bermalam di hotel ketika bercuti2 sama abah dulu, namun untuk membazir lebih tiga ratus ringgit malaysia semata untuk tidur dari jam 10 itu ke awal paginya: pembaziran tahap iblis.

seperti mana2 bagpackers, hostel murah menjadi destinasi. ambil bilik yang paling kecil, buta2 untuk tidur. dan bilik sebesar jamban kami dapatkan.

sangat kecil, tapi sangat seronok. jamban bilik lebih besar dari ruang tidur. dan seperti malam2 sebelumnya, tetap bisa jadi tempat bermain kejar2 sampai tertidur. tri penggeli. langsung tidak boleh digeletek.

*gelak nakal*

pagi datang dengan sangat pantas. rasa kantuk sangat tebal. tapi atas janji pada adik, kami bangkit seawal mungkin untuk menunggunya di muka pintu taman tema. jam 11 bersua mata terus berpeluk2 dan meriuh seperti anak2 seolah pertama kali bermain gelungsur.

atas rezeki, aku ditegur aida, salah seorang teman puisitepijalan. terasa hari semakin berwarna-warni. tambah lagi satu naiktaraf kawan alam maya ke realiti.

aku dan tri sudah mula merancang perjalanan pulang sama achik ketika ledisodre memberi sms mengajak aku dan tri ke pahang.

jadi tutor mengajar anak2 felda di jengka 21.

aku angkat kening pada tri. jalan lagi! memang mengantuk disorong bantal. tri senyum dan angguk.

ini adalah minggu paling bahagia dalam dunia.
kalaulah boleh terus merantau begini.

op. berhenti sebentar.

tri, azim dan bajau sudah mula berpuisi gitar.
wajib join.

wajib.

jumaat di melaka

malam sudah larut.
badan penat, hanya tuhan yang mengerti.

bermula jumaat lepas, aku dan tri turun ke melaka sebagai escapism dari riuh rutin. untuk beberapa hari, kami mahu menjauh dari apa2 normaliti. sebagai usaha membalikkan semangat yang sudah mula lari2 sejak terpatahnya ia dua minggu lepas.

pada asalnya, kejanggalan mentsutnami degup jantung.
semua rasa pelik.

kolam renang atas bangunan itu terlalu moden untuk kami. ini, bagi kami, bisa sangat didapatkan di kota2 besar biasa.

maka kami menapak suku bahagian jam ke jonker street. berjalan ke arah senja meleret kerikil di kiri kanan untuk mencari bau sebenar badan kota melaka.

berbaloi.

aku seperti biasa, kalah dengan aksesori vintage yang begitu mudah diperoleh di kaki jalan jonker terus tersengih2 seperti anak2 kecil dirasuah jajan untuk berdiam.

memang tempat demikian untuk aku.

habis setiap pelusuk kami sapu rata, tri memberi cadang untuk merasa dikayuh beca. seumur hidup aku, meski pun separuh darah aku adalah dari bangsa bugis melaka, tidak pernah sekali pun aku sudi melecehkan diri memanjat basikal tiga roda itu. bagi aku, dua puluh ringgit malaysia aku terlalu mahal untuk dibazirkan ke basikal berserabut bunyi disko cina jinjang.

namun entah atas fasal apa malam itu kami hendak.

dan kami pilih beca yang paling tidak ada hiasan deco, dan yang penting, tidak wujud radio bingit memecah fokus. malam itu terlalu indah untuk dibingit dengan suara2 penyanyi separuh bogel walau dari mana2 negeri.

abang din, beca nombor 52.

dan aku rasa tuhan sangat baik pada kami. abang din bukan sekadar mengayuh, dia mengajar kami sejarah2 yang tak akan kita jumpa dalam buku teks. kisah2 orang2 lama. cerita2 lagenda. dia kayuh, kemudian berhenti, dan seterusnya berhikayat.

seperti cucu2 nakal, kami terjahit mulut dan mendengar dengan seluruh telinga pada opahnya.

abang din sudah kayuh basikal 16 tahun. becanya diberi ayahandanya yang terawal dulu sudah berzaman mengayuh juga. bila dia tua nanti, dia mahu beri beca itu pada adik lelakinya kerana dia tidak punya putera. abang din tidak mahu hias becanya. dia kata, dia mahu bercerita.

dia pencerita. bukan sekadar pengayuh.
bagus.
kerana tidak ramai manusia lahir dengan upaya menghikayat.

lewat malam itu, azim datang sama bajau. dia bawa kami makan di pak putra yang dikenal orang kerana nan keju sama bayam kejunya. satu sahaja perkataannya: dem.

lama melepak sama azim dan bajau. sempat juga ke studio untuk main2 muzik bodoh sama2. aku suka sekali bila tri dapat ketemu azim. dia akan jadi sangat riang. dia comel begitu. selesai, semua merempuh ke bilik hotel dan sessi menjana muzik diteruskan.

tri, azim dan bajau.
jari mereka memang lahir untuk memetik puisi lewat gitar, mungkin.

dan kelmarin, aku tidur dengan dialun suara gitar yang digilir2 mereka. entah bila pulang, aku pun tidak tahu.

---------

tentang semalam dan hari ini, nantilah aku khabarkan.
aku mahu melayan azim, tri dan bajau bermain muzik lagi saat ini.

bezanya, kami sekarang di pahang.
*gelak besar*

oh ya. tadi terserempak sama salah seorang teman puisitepijalan: aida dan seseorangnya di sunway lagoon.
*kenyit*

terima kasih kerana sudi menegur.
:)

betapa dunia ini kecil.

Thursday, November 6, 2008

lelaki itu perempuan itu

seorang lelaki memecah tradisi negaranya dengan menjadi lelaki pertama dari bangsa lain untuk menjadi pemegang kata putus kerajaan itu.

ternyata, sentimentaliti masih kuat dalam jiwa banyak manusia, dewasa ini.

yang membuatkan kening aku sedikit ternaik pagi ini adalah bila artikel tentang fesyen baju isterinya yang dikatakan sebagai buruk dan hodoh.

wadefak?
hanya itukah nilai seorang perempuan?

sebagai trofi?

argh! sampai bila-bilakah tempat seorang wanita kekal di belakang seorang lelaki yang berjaya?

walhal dia juga seorang peguam hebat yang lahir dari pendidikan harvard, dengan enjin kepala bertahap mantap kalau hendak dibandingkan dengan perempuan2 lain, yang tidak pun setara dengan kredibilitinya seperti ditestimoni para professor yang sentiasa dia bantu.

(kunci bahas adalah merujuk kepada kehidupan sebenar wanita itu)

aku bukanlah pemandat feminisme yang tegar. dan jangan risau kalau anda lelaki, tapi ada masanya menyokong kemarahan atas penindasan terhadap para perempuan.

ini namanya tafakur.
berfikir.

yang sebenarnya, aku benci kategori2 sedemikian.

perempuan harus begini2.
lelaki harus begitu2.

kerja berat, wajib lelaki yang lakukan.
kerja ringan, kalau ada lelaki, lelaki juga kena buat.
baru gentle.

pelik!

hobi abah adalah duduk di dapur menyiang ikan, memotong ayam dan menghiris daging sambil berbual sama ibu yang memasak.

apakah dia bapok?

kalau di asrama dulu, ketika televisyen pantri rosak, aku akan pomenkan sehingga elok (terima kasih pada abah yang mengajar aku hal2 elektronik).

apakah aku jantan?

tri sangat teruja setiap kali aku berikan home made facial yang akan memakan masa berjam2 untuk siap.

apakah dia gay?

semua ini pemikiran yang telah terlalu lama disuap ke dalam akal kita.

kalau tidak percaya, lihatkan:
1) andai anak itu lelaki, pasti diberi pakaian berwarna biru. diberi permainan lori dan senapang. dibiar kalau hendak bermain longkang.
2) kalau perempuan, mesti diberi warna merah jambu. diberi anak patung. diherdik kalau hendak bermain dengan anak2 lelaki yang sedang bermain di longkang.

mentaliti begini membuatkan banyak perkara jadi taboo dan memalukan pada ramai individu.

sebagai contoh, betapa sukar meminta seorang lelaki memakai tee berwarna merah jambu, meski pun rona warna itu sangat cantik pada tona kulitnya.

tidak macho.

betapa sukar juga meminta seorang gadis berjalan tanpa bersiap2 setengah jam sebelumnya, meski pun sudah berkali2 dibisik cantik dengan semulajadi.

tidak cantik.

*diam dan pandang cermin*

susah hendak hidup di zaman ini. penampilan itu datang dahulu. aku juga tergolong dalam kategori itu. yang takut dikata orang, maka aku terikat untuk mengikut resam dan budaya. penat dan lelah, aku belakangkan. kerana hidup aku adalah untuk memenuhi pandangan orang.

kena cantik, baru dikasih orang.
kena lawa, baru disayang orang.
mana ada perempuan cantik tidak mendapat apa dihendaknya?

aduhai.
betapa aku dahulu tongong.

awal2 berkahwin sama tri, ada juga berkali2 aku gaduhkan sama dia.

aku seorang yang sudah sentiasa ada perancangan. satu2 perkara akan aku perincikan masa depannya supaya mudah. aku mesti sentiasa bersiap untuk kebarangkalian bertemu sesiapa yang aku kenal dalam perjalanan. takut kalau dilihat sebagai selekeh dan serabai.

(futnot: abah dahulu tentera yang sentiasa memaksa kami rapi sepanjang masa)

tri pula seorang manusia yang bencikan perkataan 'mempeduli'. bagi dia, cukup cantik aku di matanya, sudah cukup aku untuk dipandang orang. ayat kegemarannya: "bukan dapat pun duit kalau puaskan hati manusia"

mulanya aku langsung tidak mengerti. bagi aku, tri sekadar iri pada mata2 yang melekat pada aku. bagi aku, dia tidak faham seorang aku yang sudah dari dahulu selalu kemas dan bersedia.

maka bila ada masanya dia pula bersiap2, aku jadi tidak faham.
apa suamiku ini bermain2 dengan bahasanya?

namun pada satu hari itu, aku mogok dan baling dress kegemaran aku ke dalam bakul kerana merajuk dengan tri yang seolah2 tidak bersetuju dengan pilihan pakaian aku. senyap sepanjang perjalanan ke kuala lumpur.

dan seperti biasa, permulaan perkataan bila sedang bermasam muka adalah:

"awak dah tanak cakap sama saya ke?" (kepala sudah sakit memandang ke luar tingkap. konon2 tidak mahu pandang langsung)
"ish. taklah." (menjawab dengan nada paling bersahaja. sebab memang dia tidak salah)
"awak tak suka saya cantik2 untuk awak ke?" (tahu diri itu bersalah)

tri ambil tangan kanan aku dengan tangan kirinya.

"saya rasa awak paling cantik bila bangun tidur. itu makna cantik untuk saya"
"ok lepas ni saya bangun pagi terus keluar rumah. takyah mandi. takyah gosok gigi. takyah sikat rambut."

*tri gelak besar*

"sayang, bersiap sebab awak nak bersiap. bukan pasal awak kena bersiap"

-------

shit. itulah kita, kan? selama hidup ini, banyak sekali benda2 yang kita buat kerana kena buat. sebab yang pada mulanya suatu adat dan budaya, lama2 menjadi kemestian.

argh.
ruginya.

bukan dapat duit, pun.

arakian, bermula hari itu, aku sudah mula keluar rumah dengan confidence sebagai penghias wajah.

and seriously, it took courage untuk seorang seperti aku.
*senyum*

dan ye, aku dan tri pernah bergaduh.
lidah pasti sekali-sekala tergigit.
:)

mana ada perfect.

Monday, November 3, 2008

aku tidak ada kerja, maka aku menjawab.

1) anonymous:
mungkin ada hikmah.mungkin tuhan suruh kamu re-check amalan kamu di sini..mungkin lebih baik nasib kamu disini dari di sana (yang kamu megah2 kan sebelum ini).
//selamat pulang//

sudah aku muhasabahkan tentang itu. berbual panjang sama ramai. sama keluarga. sama suami. sudah. sangat sedar. dan sangat kenal diri sendiri.

cuma tolonglah; tolong beritahu aku apa yang aku megahkan?
sebab aku betul2 tak faham. ada pernah aku hina2kan hidup engkau?

kau siapa untuk menentukan apa dalam hati aku?

kalau benar aku lelong2kan kebahagiaan aku, kenapa ketika aku hancur dulu tidak ada pula sesiapa menjerkah aku memegah luka?

apa hidup engkau benar2 najis sehingga tidak ada hendak kau bernafas tanpa menghiris manusia lain?

apa ini amalan yang kau maksudkan? yang aku harus re-check? supaya aku menjadi seumpama kamu yang menghendap dan membaling tahi, bersembunyi tangannya sebaik terjelepuk lendir itu ke wajah aku?

sudah aku bilang, aku tidak kisah pun.
di mana2, yang penting sama suami aku.

andai benar aku bermegah, bukankah aku harus malu dengan jadinya ini? boleh saja aku menukar sim card dan bersembunyi. nilai bukanlah tempat yang besar. takkan orang tahu kalau aku diam2 di sini.

bukan?

andai benar aku bermegah, pasti aku akan pergi sahaja ke sana dan ikut saja rancangan asalnya. dan tunggu saja kedatangan tri untuk datang selepas beberapa bulan. semua sudah tersedia di sana. buat apa pedulikan suami.

begitu?

kasihan engkau. pasti hidup sunyi tidak ada makna. kau bangkit dengan tidak ada tuju yang pasti. sembahyang kalau pun cukup, ada besar mungkinnya sekadar dilakukan. ke mana luhurnya erti kau bertonggengsujud itu andai perasaan hasad itu terlalu berjahit ke lubuk hati?

kasihan engkau.
kasihan.

ya, aku bukan sempurna.
tidakkah kau baca?

hari2 ada saja turun naiknya.

kalau aku hendak sangat bermegah, aku tak fikir aku akan khabarkan hal2 jahanam, kan?

think, pig.
think!


2) tipah kembang:
klise pun u tetap tak tolak jugak gak kan pelawaan diorang tuh. kalau dah tau martabat nak direndahkan sebegitu rupa buat apa terima jugak? U sendiri boleh tolak apa. kata putus dari u.
//the hoppers & ahli musik//

aku sudah terangkan dalam entri itu juga.
kontrak.

dan kontrak itu sudah ditandatangani sebelum pergambaran dimulakan.

komplikasi adalah bilamana aku ini tidak ada pengendali. tidak ada representative. pengurus. aku hadir atas dasar kawan2.

ya. mereka itu asalnya adalah kawan2 sendiri, atau kawan atas kawan, atau kawan yang dikenalkan dari dunia indie gigs. maka aku percaya sama mereka ketika diminta menjadi karektor jemputan. yang akan mewakili puisi jalanan.

dan aku tidak pernah menyatakan aku sesal meneruskan siri itu, cuma yang aku sesalkan adalah klise harus mengikut citarasa semua yang mahukan setiap kisah terpapar mesti ada hal cinta.

tidak salah mahu menjadikan cinta suatu perkara sentral. tapi biarlah digarap dengan kemas. cara penceritaan kita balik2 begitu sahaja.

aku menulis tentang cinta. benar. klise. tapi tidak nampakkah biasanya tulisan aku adalah dari sudut dan perspektif yang jarang dibualkan? yang susah orang mahu bincangkan?

kata putus untuk memutuskan kontrak memang betul dari aku. tapi aku manusia, dan aku sudah diajar bertoleransi.

kerana itu, karektor aku yang sepatutnya bermula dari melaka sehingga ke penghabisan siri itu aku minta dipotongkan. makanya aku akan sekadar ada untuk beberapa siri.

maafkan aku kerana terlalu bertimbangrasa atas faktor teman2.
aku tahu, kau bukan manusia begitu.
kan?

ps: kepada kyoko, che fungus adalah teman asal saya. dan dia mmg sgt simple. baik sekali. saya kagum sama akalnya. btw, dia sgt genius. *senyum*


3) kaukenalakufynn:
fynn,the world does not revolve around u,kau pon siapa sgt nak panggil org sana sini sundal,hanya sbb perempuan lain dpt cinta yg kau nak dah cukup memberi lesen utk kau label org sundal?kau ni cepat melatah.
//tri itu suami aku, binatang//

pertamanya, aku memang kuat melatah.
tanya kawan2 aku.

keduanya, aku ini seperti sesiapa saja yang akan memanggil perempuan2 hina di luar sana sundal kalau dia berani menyentuh cinta aku. dan bukan perempuan sahaja, lelaki yang tidak reti nilai cinta aku, akan aku gelar bangsat.

maaf kalau kau dulu salah seorang sundal atau bangsat itu.

untuk memanggil sesiapa dengan nama apa2, tidak perlu diminta lesen. mungkin kau tidak pernah jumpa teman yang punya ayah yang menggatal sama betina gedik, atau kakak yang berada dalam cinta dengan suami orang (atas kelemahan dengan bahasa cinta dan janji2 sialnya).

sebegitu.

katalah aku apa saja. tapi kenapa fokusnya pada aku? sebentar. aku ulang semula. kenapa bila ada kejadian2 seperti ini, si mangsa tidak bisa mempertahankan diri?

aku sudah muak dengarkan tangisan gadis / lelaki yang disampahkan:

"kalau aku lebih banyak keluar duitnya, pasti boleh berjaya"
"kalau aku lebih cantik, pasti tidak dibiar"
"kalau aku buat sekian sekian, pasti tidak jadi begini"

silapnya sang mangsa adalah keterlaluan menghina diri sendiri. yang kelakarnya, tidak pula ada sesiapa yang marahkan mereka di keadaan begitu. semuanya sekadar memberi pandangan kasihan dan menepuk bahu, sambil membisik "sabarlah..."

sampai bila?
bila di setiap hubungan, asyik2 begitu sahaja.

buatllah apa sahaja. kad cinta. puisi rindu. rambut baru. seluar mahal. semua. bila datang sundal dan bangsat baru, senang2 sahaja kita dibuang seperti kertas a4 yang tersilap cetak.

mungkin akukenalkau (atas nama itu), tapi aku rasa nama kau sepatutnya lain.

kau bangsat itu.
kan?

---------------------------

sampai bila aku perlu layankan manusia2 dengki ini?
sampai bila?

penatlah.

kenapa kau benci sangat pada aku.

Sunday, November 2, 2008

selamat pulang.

tuhan mahu menguji aku.
menguji siapa seorang aku.
bukan si fynn jamal.
bukan si angah.

tapi sebagai seorang isteri.

semalam, dengan perasaan yang sangat meriah, aku dan tri diiring keluarga kami beramai2 berlegar di KLIA. haru, seronok, sayu, riuh bercampur-baur dalam hati, yang mana sedikit2 ada masanya terkeluar ke riak muka.

bertiga, aku, tri dan ayah terus ke kaunter. niatnya mahu hendak check-in bagasi dulu baru bersalam-salaman.

semuanya nampak seperti warna2 air buncho yang baru dibancuh.
sebegitu rasanya.

sehinggalah gadis bertugas bernama sharifah membisik:
"tak lepas".

dunia jadi sunyi.

"hazrilfitri tidak lepas. isterinya okay"

tri terus diam selepas itu. wajahnya terus mati. mata dia yang dari tadi berombak2 dengan perasaan, kini sudah kaku.

tuhan,
satu lagi dugaan, ya?

dulu tri seorang pramugara. dan selepas tamat bertugas, passportnya ditukar baru atas faktor rosak. maka di dalam sistem, seorang hazrilfitri mempunyai dua identiti.

lalu bercanggah.

ayah yang punya kuasa di klia turun naik sana dan sini. mama sudah terdiam. abah risau dan senyap. ibu cuma memandang. achik, along dan lain2 cuba memberi senyum pahit dengan harapan dapat memancarkan simpati.

aku dan tri melekat di jari.
berbual dengan sentuhan.

kerana aku tahu, di waktu ini tidak ada apa yang bisa aku pujukkan.
di masa2 begini, ketika nasib malang melintas, bahasa tidak ada nilai.

teringat tadinya aku telefon semua kawan2 mengucapkan selamat tinggal.
teringat tadinya berpelukan berdua sama achik mengucap akan rindu.
teringat tadinya dikucup along di dahi, dengan erat dikasih.
teringat tadinya adik masih tidak mahu memberi izin pergi seluruh hati dia.

ralat.

tiket di tangan, berharga gaji pensyarah selama dua bulan setiap satunya tiba2 aku lihat bagaikan tisu tandas.
resit hotel sementara yang akan menjadi pengantara mendapat rumah sudah menjadi kain lap meja.

semua hangus.

mungkin itu yang difikir tri.
serba salahnya pada semua, rasa tidak mampu dan mengecewa.

kasihan suami aku, tuhan.

aku tarik dia dan ajak duduk berdua.
aku bisik: laa haula walaa quwwata illa billah.

tiada yang lebih ada kekuatan selain Allah.

mana ada yang mampu melawan kuasa dia. tri cuma diam. masih mati seperti sejurus tadi. dan aku tiba2 diberi kegagahan mengharungi situasi itu.

seorang fynnjamal pasti sudah akan mengekspresi jiwa dengan kemarahan atau tangisan.

tapi semalam, aku adalah seorang isteri.

dan sebagaimana aku bilang pada tri, aku mahu menjadi khadijahnya. yang tetap setia di sebelah sang suaminya. susah dan senang.

susah dulu. baru senang.
bukan senang dan susah.

mujur sekali aku dikurniakan keluarga aku. dan tri dengan keluarganya. yang sangat memahami dan mengasihi kami. betapa kasihnya tuhan pada kami yang mengurniakan kami untuk sesama kami.

ketika aku ucap maaf pada semua kerana menyusahkan diri hadir, yang aku dapatkan dari bibir mereka adalah:

"sebenarnya lagi suka kamu berdua tidak pergi"
"yes! maknanya cuti hujung tahun ini kalian ada"
"dalam hati memang tak izin awak pergi"
"kamu yang hendak sangat pergi, takkan tidak dibagi"
"tolak sajalah kerja sana. sini pun banyak juga"
"entah2, sampai sana, abah jadi apa2. mana tahu, nanti macammana mahu balik?"

seumpamanya.

semalam, tidak ada sekali pun yang aku soalkan tuhan atau keadaan. hati aku sgt redha dan menerima. aku sendiri tidak percaya.

selepas mengucap selamat pada abah dan keluarga aku, aku dan tri masuk ke bilik.

kami masih tidak banyak berbual. 2 beg deuter kami masih terbiar tidak diusik. sengaja dibiarkan. tangan masih terlekat. masih berbicara sesama mereka.

berdua, mengunci bilik dan berbual bersama.
dengan suara paling perlahan.
seperti mimpi yang makin jauh.

"ada la tu hikmahnya" adalah frasa paling kerap sepanjang hari.

mungkin yang pelbagai.
yang mungkin lebih baik dari perginya kami ke sana.

"sayang, sori ya?"
"tidak apa"
"awak sudah patut di sana. tapi kerana saya..."
"tempat saya di sebelah awak"
*dua2 diam dengan airmata terbiar lalu tanpa dikesat*

di sebelah engkau, tri.
di mana2.

kerana bahagia itu,
bersama kamu.