Friday, December 19, 2008

tidak marah, cuma tersinggung

seorang pembaca memberi respon yang sedikit menyinggung.
bukan membangkit marah. tidak.
cuma membikin aku terdiam.

ingat tidak tulisan aku minggu lepas?
yang berulang berselang seli aku tonjol dan sembunyi?
ya. entri yang agak provokatif itu.

dan ingat tidak kata aku,
suami, keluarga dan kawan2 adalah trofi aku?

*senyum pahit*

atas nama tuhan,
aku jujur.

*diam*

cuma aku tidak faham apa perlunya pembaca itu meunjuk sinikal dengan bahasanya di bawah frasa "senyum simpati" pada kotak komen aku.

apakah aku terlalu patut dikasihankan kerana hanya itu yang aku mahu dari dulu?
apakah idaman aku untuk menjadi seorang surirumah, isteri dan bunda sesuatu yang perlu disiniskan?

atau,
mungkin mimpi itu terlalu murah berbanding berada di atas awan dengan gaji lima angka dan rumah seperti kayangan, dengan suami paling kacak dalam dunia dan kereta paling gagah atas jalanraya?

*diam*

murah mungkin untuk kamu.
bukan aku.

tapi ada juga sempatnya dahulu yang aku terlalai dan riuh mencari bahagia dalam materi. jelas dalam mata aku, memori bersama tg sarah di mana2 ada kesempatan berbual sama dia. aku sering sekali mencurah pedih benci hidup tidak sehebat yang lain. yang bergembira membuang baju dipakai sekali semata2, yang senang hati memberi orang kasut yang tidak sepadan dengan bajunya.

aku benci orang2 hebat yang poketnya sarat. kerana aku terlalu tahu, tidak ada beza kalau aku terpandai di situ, kalau semua kerjaya sudah ditempah anak2 aristokrat sahaja.

kerana aku anak pemandu bas sekolah...
kalau pun ada wasiat, yang aku dapat, cuma bas sekolah.

betapa aku dahulu cetek.
aku tahu.
dan tidak reti puas, tg sarah akan lukiskan kebarangkalian di dalam akal aku.

"not all of them are brats, fynn"
"we are special in our own ways. and god is always kind"
"you'll get through this"

tetap, aku terus kejarkan materi. wang akan beli bahagia aku.
aku terlalu pasti.

tahun berganti2. bahagia aku juga berganti2.

kalau aku fikir kekasih kacak membahagiakan,
aku dapatkan.
indah, cuma sebentar.

kalau aku fikir kerja berjalan ke luar negara membahagiakan,
aku dapatkan.
indah, cuma sebentar.

kalau aku fikirkan minum latte di starfucks dengan beg kertas bertampal nama orang itu menceriakan,
aku dapatkan.
indah, cuma sebentar.

apa yang tidak aku bikin dalam mengejar bahagia aku?
melelong diri, menghamba diri, menghina diri, menyiksa diri.
apa?
semua, sudah.

sudah.

sehinggalah aku dikutip tri.
tidak. bukan cinta pandang pertama.
kerana ketika dia menjemput aku, aku cuma memandang keluar keretanya.

entah. tidak tahu kenapa aku tiba2 menjadi kecut.
walhal sudah berhari2 berbual di alam maya.

sampai di restoran yang sejengkal dari langit itulah baru dapat aku renung matanya.
bercerita terus tentang baik jahatnya, menanya terus apa aku hendak dinikahi dia.
entah bagaimana, mimpi2 aku di masa kecil kembali menjadi gergasi.

aku ingin hidup yang itu.
rumah biasa2, tapi riuh memecah bulan.
suami biasa2, tapi teguh merangkul badan.
hidup biasa2, tapi kukuh menongkah taufan.

itu bahagia aku.

jauh sekali kita dari angan2 masa kecil dulu. putar semula usia kamu yang di zaman pondok2 dan bermain batu, apa hendak kamu?

rumah yang dilukis dengan pensel warna merah sebagai garis luarnya.
atap perang dengan matahari bermata dan berbibir melorek senyum.
pintu sebesar separuh tinggi dinding, pelbagai warna.
dua tingkap terbuka di kiri kanannya.
seekor kucing tegak berdiri di sebelah pasu pokok berwarna hijau.
gambar kamu, ahli keluarga kamu.

itu.

kerana kita semua hendak rasa diselamatkan.
dan hanya sebuah rumah berdinding merah berpintu biru beratap perang dapat berikan kamu rasa indah itu.

*senyum pahit*

dan bayangkan andai kamu punya satu lukisan sedemikian,
kau tunjukkan pada orang,
tapi engkau ditertawakan.

apa kamu rasa?

*diam*

benar.
trofi aku murah.
hidup aku tidak patut dimegah.
bahagia aku sangat harus disumpah.

*diam lagi*

pernah tidak pada hari kamu mendapat tempat tertinggi dalam peperiksaan di tahap satu persekolahan, yang ayahanda kamu berikan coklat yang kau rasa paling hebat. yang kau makan semililiter setiap 2 jam, untuk melanjutkan tempoh wujudnya pemanis itu? yang engkau bangga2kan di kalangan adik dan abang kamu, seolah2 coklat itu yang paling malah dalam dunia.

yang rupanya, sesudah kau dewasa, kau sedar coklat itu hanya RM 1.20?

biarkan aku gembira dengan habuan aku.
aku aman dengan pekakas hidup yang murah ini.
dan aku sebenarnya gembira engkau tidak hendakkan yang sama.

kerana keistimewaan ini, cuma aku yang punya.
kerana keistimewaan ini, aku rasa berjuta dollar.

i feel like a million bucks.

feel.
rasa.
milik aku.

carilah mimpi yang lebih membahagiakan.
cumanya, usah merendah2kan suami, keluarga dan teman2 aku.
kamu telah benar2 menyinggung.

*diam*

aku harap kamu tahu harga sebuah trofi di kedai2.
dengan hanya rm 30, kamu sudah bisa dapatkan trofi setinggi lutut.
kalau kamu gadaikan, apakah ada harga?
tidak ada, kan?

kerana harganya,
adalah untuk kamu nilaikan.
bukan orang lain.

ini trofi aku.
dan aku suka sama ia.
sebagai tanda aku bukan lagi fynnjamal itu.
tapi seorang isteri, dan harapnya suatu masa nanti, seorang ibu.



ps: untuk kamu, usah risau. saya sudah kool. kerana itu saya tunggu tiga hari untuk tulis entri ini. cuma dari gaya, kamu tidak sudi mendengar defensi aku. aku harap sekali, kalau bukan di sini dengan terbuka hati, elok kamu menjauh. kerana tidak ada erti kalau kamu ke mari dengan prejudis setebal batu, bukan..?

kalau benar2 hendak tahu kebenarannya (sebagaimana kamu dakwa kamu kenal kami), turun sini, dan aku minta saksi2 semua pihak beritahu.

tapi jangan risau,
INI BUKAN ENTRI MARAH, TAU?

jangan marah2,
nanti kena jual.
dan harta2 ente akan ana rampass.
duuwapulow persennnn.

*senyum*

43 comments:

Anonymous said...

..kak..
..jgn sedey yer..

ALYA said...

:) part last yang paling best

Adah said...

kool ar k.fynn..mmuaaah!!

sabar eh..!=]

aina syaqilah said...

kakak
saya pelik la kenapa ada je orang yang tak puas hati dengan kakak
saya rasa kakak bebas nak tulis apa je kan
ini blog kakak
dan setiap orang punya kebahagiaan tu tak sama
mungkin kan kakak dia tu jealous sebab trofi dia tak sehebat trofi kakak

kakak jangan peduli apa orang cakap
mulut mereka itu memang tak boleh ditutup
kakak beruntung ramai yang kritik kakak
sebab dari kritikan tu lahh pahala kakak bertambah

Anonymous said...

saya dah tau dah akak tak marah.
saya mimpi semalam.
(gedik je aku ni.)

:D

bajet ada vision la mcm dlm cite Charmed.
Ahha!

go. go. Kak Fynn.

omarkhayam said...

kakfyn, first time komen, slalu bace jer. rasa cam sunyi jer...ceria2 laa...ramai orag ramai ragam, klu sesorang, tak ke menggumam jer.

Ayyman Rahim said...

K Fynn, jealousy is hard to kill. So faham - faham lah mereka semua ni. Cis

H. said...

i think this is a very beautiful post.
its shows that there is meaning to life than just materiality.and you have found it.display that trophy on a pedestal.

good for you,fynn:)

gadishebat. said...

zna pun xtau laa knape dgn mnusia2 yg xpnh puas tu.
ada saja benda yg nak di dengki.

sbr okay kfynn.
:)

*if yg berambut pnjg di cherating tu fatul,mmg confirm dats him!tp xtegur pun.segan.. :D and teringin mau bckp ngn kfynn on fon.maybe one day :)

muahhxx!!

Anonymous said...

kak fynn.
jgn dihirau kate org,
mana bisa mereka faham,
lain org lain perasaan.

okeh?
go kak fynn!
SENYUM :)

Anonymous said...

fynn kena terima pandangan orang juga. janganlah cepat melenting ya. mungkin caranya menegur agak kasar atau mungkin juga dia tidak bermaksud yang demikian. tapi kalau boleh janganlah dipanjang panjang. saya dah penatlah baca entri/komen kutuk mengutuk. anon kutuk, fynn balas dengan entri. dia kutuk lg, dibalas dengan entri lain. harap tidak tersinggung.

dari peminatmu dalam diam.

C.E.@ said...

Kakak..(bestnya dpt bile pggil kakak!! :)

Kiraan aku mereka yang hari ini berseranah pada kamu pasti kemudian waktu sayangkan kamu dan kemudian timbul bahtera kelam lain terus membenci.

Lumrah..

(senyum simpati semula pada mereka)
&
(kucup monitor untuk kakak!)

yay

Syhra Sepeai said...

pasti ada satu dua yang bicara jahat itu.

Ey3~Zha said...

ye...part last paling happenin.. harte yg paling brharge dlm dunie antaranye kan keluarge....so jgn malu tuk berbangga dgn mreka

Aifaa R. said...

duwapulu lima persen lah kak ;)
xnak sad2..
nanti tak comel.
hehe

Anonymous said...

sabar ye kak..
akak tabah,sy tahu :)

oshie||aus mahmud said...

pergh..
ayat2 sinis ditabur..
terbang melayang ikutkan tiupan..
dimakan dilapah..
tak faham?cetek.
kurang jelas?bingung.
tp aku faham maksud kamu =)

*kak..best ouh entry ini..but sad =)*
hit me yeah~ da ltak link da kat my page =)

hikayat aku dan mereka said...

yes... penulisan yg benar dan jujur.. suka baca.. =)
Itu yg lebih penting drpd duit yg berjuta..

akma....L said...

ok tulisan terakhir citer p ramlee tu klakar.. haha =p

ye betul.. sy hrp sy pn dpt trofi tu jgk satu hr nnt.. x dnafikan dlm umur belasan skrg ni.. sy pn pkir psl material. hurmmm...

hrta x jamin bahagia, kn kak?

fynn jamal said...

anon...
saya minta baca entri sekali lagi, dengan nada suara memujuk, dan kalau boleh, tona suara orang berkecil hati.

entri ini bukan entri marah.
cuma tersinggung.

saya bukan melenting, cuma rasa salahkah saya merasa bahagia dgn apa saya ada?

ttg entri2 respon saya yang berbunyi makian.

mungkin cara saya defensi diri sendiri keterlaluan. tapi saya kira, komen2 yang tidak saya approve itu, yang lebih nanar bahasanya, lebih menghiris.

silap saya, mungkin, kerana membalas. tapi apakah harus saya pendamkan dan membebel di realiti?

saya lebih selesa di sini. membising ttg karektor yg tidak org tahu, cuma saya dan beberapa manusia.

bila saya menulis ttg bahagia, sya dilaung bongkak. disinis perasan indah. hidup saya dicerca.

bila saya berkecil hati, org suruh saya berdiam.

saya tidak akan mampu puaskan semua. termasuk kamu.

kan?

i n - c h a n said...

persetankan apa orang kata ya kak fynn.

Life is much more than melayan dengki jeles orang ni.

Kalau melayan, hidup mmg xkan pernah aman.

I am very glad u have found your happy trophies, cuz saya masih belum bisa bertemu apa lagi yang mampu dijulang sebagai trofi.

tapi masih tidak putus asa mencari.


:)

Pakcu Sofi said...

sabar ye

the artist and i said...

memang ada manusia wujud dengan sikap sebegitu.

something wrong dalam proses dia membesar. (my point of view lah)

kita pun kadang-kadang tak aware dengan orang sekeliling sampaikan semuanya serba tak kena.

but kalau kita mula aware dan baiki, bagus la. (eventho dalam diam)

tapi kalau orang itu tidak berupaya nak baiki untuk lihat semua benda dari skop yang luas, (discernment) memang agak payah dan elok ignore kan saja.

tumpu benda2 positif. yeah. trofi awak tu!

*wink

y u z said...

notasi dr fynn:-

"ini rumah aku. kalau tidak kau kenan, bina rumah sendiri. aku ramai tetamu. hormatkan."

ada yang tidak faham arahan dan makluman, sahihnya.

pasti mereka ini juga yang sebangsa pemecut laju di bonggol jalan dan tanpa peduli melanyak makhluk-makhluk Tuhan tak berdosa seperti damien yang kita kasihi.

tidak perlu bicara yang sia-sia, mengumpan marah dan singgung orang itu kan buang masa. sanggup dibaca ke hujung entri pula, haihh kenapa kamu ini mengaku manusia dan menebar huru-hara?

maaf fynn, jelak sama orang yang masih sorong-sorong pipi dan hidung penyek di sini.

INI RUMAH ORANG, FAHAM!

dialicious said...

Bagus cara fynn jwb kritikan ini.nampak sgt matang.baguslah dah x marah2.lgpun hiasan rumah kamu sukahatilah nak design mcm mane kan.
nway,tulisan fynn byk bg kesan terhadap pembaca including myself.
Mula2 tu saya baca2 sbb boring kat ofis.Pastu lama2 ketagih.dlm x sedar tinggalkan kesan mendalam.bile baik rase baik.bile negatif saye pun jd negatif.mcm cite psl solat..derma..material..betol2 rase terikut2..eheheh..since u r such a big idol and a great writer,teruskan tulis bahan2 yg membina,berfaedah&baik2.kdg2 bile saye gaduh dgn tunang,baca entri cinta awak terus rasa nak berbaik cpt2.benar :)

p/s-dulu saye malas giler nak layan kucing saye tau.rase nak sepak2 jer!hahha..skang dh rase sayang sikitla..heheh

Rubina Yunal said...

"rumah biasa2, tapi riuh memecah bulan.
suami biasa2, tapi teguh merangkul badan.
hidup biasa2, tapi kukuh menongkah taufan."

kak, peliklah.. ade lagi ke yg lebih baik dan bahagia selain yg tertera di atas tu?

Other than ditambah kasih sayang dan redha Dia, rase mcm takde dh.

Yaya. said...

suka baca tulisan sis . salam kenal (:

Anonymous said...

fyn
kota tinggi kat area mane
-nazira-

nani said...

salam fynn.
pertama kali komen di sini, sudah lama teringin tapi malu.

lumrah manusia suka yang cantik
lumrah manusia mendengki yang cantik
lumrah manusia nak jadi cantik

:) kebenaran berpihak pada tulisan kamu. kamu wajar bersuara. kerana suara itu milik kamu :)

oh ya, nama saya seperti adik kamu kan? :P
smoga tuhan berkati kamu selalu :) amin

Miss Neddy said...

Neddy tk sempat nk baca entry tu.tp neddy baru terbaca td...ermm

Kak Fynn..Neddy pun impikan benda yg sama ngn kak Fynn..ntah la,bukan senang nk dpt 'tropy' tu..serius, Neddy nk kwen ni pun mcm2 halangan..asyik tertnguh jerk..ini kan pula nk dpt kan 'trophy' tu..

Seyes kak, neddy pun nk sgt sume tu..

Sabar je la kak..mybe bagi dia, sume tu bukan perkara plg penting yg dia ingin kan dlm hdp dia..

iYda Juhar said...

hidup dikelilingi orang yang bernama manusia sememangnye begitu.

walaupon kite dah menchoba sehabis baek, tapi pandangan berbeza dari yang lean tetap ada.

notatangan:aku juga mahu trofi.

(;

Farah Rosni said...

manusia. tak pernah puas, tak akan pernah puas. buat lah apa pun.

Anonymous said...

sori..mencelah skit

ala kak fynn..xyah nak risau pasal orang lain..kalo orang tu tak suka,xpayah baca blog orang lain la!.

hidup kita ni,biar la org nak marah ape yang kita buat,asalkan tuhan tak marah ape yang dilakukan oleh kita tu..tu prinsip!dunia ni milik-Nya.

kebahagaian tuh milik kak fynn..dah jelas halal bagi kak fynn untuk merasa nikmat bahagia ngan suami kak fyn,ngan family kak fynn..itu hak kak fynn..hak mestilah pada yang hak!

hasad,tu lebih jelas pada kata2 orang yg anggap dirinya bagus..dunia dia bukan sama ngan dunia kak fynn..toksah risau,kak fynn milik family kak fynn,milik sumer org yang suka kat kak fynn.teruskan menulis!

sy sentiasa menjadi pembaca dan pendengar bila kak fynn bercerita.

fynn jamal said...

nazira:

kota tinggi - taman kota jaya.
kalau kamu sekitar situ, bas sekolah ada tulis zidi zatini.

nama gabungan kami anak beranak.
:)
ngeee

gdsjht said...

IBU.

mochitsuki said...

aku ingin hidup yang itu.
rumah biasa2, tapi riuh memecah bulan.
suami biasa2, tapi teguh merangkul badan.
hidup biasa2, tapi kukuh menongkah taufan.
itu bahagia aku.


fynn.. pinjamkan aku..
ayat ini ya..

Daisy Biru said...

entry ni, i dont consider it as ,melenting atau melatah. cuma beselah, sesiapa pun tak senang di tembak begitu. tp at least,fynn reply dgn nada yg paling berhemah ape.

tak adil juga anon sering menyerang tapi kita buat diam.

ftn amirah said...

kak fynn.
yr blog best lah!
saya link eh.

ABSOLUTE said...

dont be sad.
keluarga mmg bnde paling berharga.
but money will not last forever.

AQisH said...

pandai u menulis..

salam kenal..exchange link nak ;-)

JO said...

we should feel like this more. many. i mean, a lot.

i'm proud of ur coolness.



dayints.

AieSha said...

hai fynn, ;)

Maaf jika buat kamu tersinggung. Kamu sekarang jadi pujaan ramai. Termasuk diri ku.

Cuma ingin ku katakan di sini. Tidak semua yang lahir dari benak fikiran kita benar belaka.

Tiada guna andai kamu bahagia, tapi masih ada musuh di sekeliling. Tidakkah agama menyuruh kita saling bermaaf-maafan. Itu maksud diri ku.

Maaf ya. Walau apa pun perjuanganmu, kami tetap mendokong kerna namamu sudah terpahat di hati kami.

*senyum*

Anonymous said...

wahh...saya suka baca setiap entri kamu..bahasa yang sungguh indah pada pandangan saya..ada rasa ingin menulis seperti kamu...meluahkan apa yang dirasa..tapi sering tinggal angan angan...:)