Sunday, December 14, 2008

terima kasih, musuh2 aku.

ayat kegemaran aku bila aku terlalu kehabisan kuasa untuk berbuat sesuatu:
"tidak apa. satu hari nanti."

itu,
bila aku sudah tidak kalih untuk menahan,
bila airmata tinggal sedikit kerana dihabiskan.

ada kata itu dendam.
ada bilang itu harap.
apa2 saja.

namun syukur.
'satu hari itu' sudah datang sejak beberapa lama, sudah.

oh, jahanam sungguh seorang aku dahulu.
dihenyak2, dipijak2.

*sengih sumbing*

pasti kau tidak akan lupa biru diri aku dulu, kan?
soalan aku,
di mana engkau sekarang?

masih di takuk dulu.
dengan hidup yang begitu dikonon2.
pasti malam2 engkau hancing dengan pelbagai kesedaran, yang kau relevankan menjadi tabiat, yang setelah sekian lama, mampu kau tukarkan menjadi suatu normaliti.

lalu kau selesa dengan apa yang sebenarnya mengundang cegil mata jujur dunia.

sahabat aku,
tidak, sebenarnya kau tidak sehebat yang kau sangkakan.
maaf.
rasa superior kamu itu sangat ketinggalan zaman.

harap2, pelangi yang kau kejarkan dari dulu sudah menunjukkan diri sebenarnya.
dari dahulu, wahai sayang, kau cuma mengejar fatamorgana.
kasihan.

terima kenyataan ini.
i won.

trofi aku jelas di sini.
suami.
keluarga.
sahabat2.

dan kalau pun aku jatuh di hari depan nanti,
BUKAN KERANA DAULAT ENGKAU.

*senyum 20 sen*

by the way, fesyen kamu, yang kau fikir sangat kool -- so yesterday.
kau pandang kiri kanan.
sampai bila hendak begitu?

manusia menganjak, sahabat.
perubahan itu suatu yang akan.
sampai bila hendak begitu?

tolong berhenti mencanangkan aku masih hegehkan engkau, laknat.
sampai bila kau hendak hidup dalam fantasi itu?
berapa ramai harus kau yakinkan yang aku masih si dungu keparat itu?
aku sudah penat menjadi penjaja di muka hati hitam pekat likat engkau.

*diam*

aku sedang membukti aku sudah mampu.
dan berulang2,
bongkak, angkuh, ria' juga yang kau nampakkan.

lalu bagaimana?

apa harus terus aku menjadi sang cengeng dan menghantuk kepala di dada rumah?
dengan merayu2 agar aku kau terima, untuk kau tenyohkan semula?
apa mesti aku hancurkan apa yang sedang aku milik ini, meronyokkan dan mempunah?
dengan melutut di lutut kamu, berkata aku masih aku sebenarnya tidak bahagia?

*gelak besar*

u have got to be kidding me.
aduh.

tuhan,
kuatkan aku untuk abaikan dunia itu.
aku sudah cukup.
tidak perlu yang tidak perlu.

oh ya.
tahniah, kerana terasa.
malangnya, bukan semua perkara berlegar dengan hidup engkau.
sorry.

you are not that special.
*kenyit*

14 comments:

Anonymous said...

errh. saya suka kamu. punya blog.

Bobby Nuurri said...

fynn : serius. entri kau ini sama seperti apa yang aku rasa.

syukur kita sudah jaoh di depan. bukan lagi di takuk lama.

Amin Ahmad said...

haha,

fynn...tak baek kutuk2. yg lepas tu lepas.

kau dah menang tapi kau kena ingat selagi bernyawa, banyak lagi kena lalu dalam hidup ni..

so, man-man orang kata :)

hehe

Syhra Sepeai said...

perubahan itu suatu yang akan.

indah sungguh ayat itu.

Anonymous said...

antara kesulitan terutama adalah menyedarkan yang mereka itu dungu...

C.E.@ said...

Sering mereka lupa.

meludah ke langit jawapnya berlendirla muka sendiri 3 saat kemudian.

Sering lupa wujudnya gravity..

Mrs Kecik said...

suatu hari saya sgt harap saya betul2 kuat utk katakan semua itu pada dia.
suatu hari saya sgt harap dia sedar dan dtg. lalu saya kata tak nak.

*sigh*
kakak, saya masih si kecil yang hina.

Anonymous said...

yes, be a hero in ur own story bebeh.

Anonymous said...

blog kamu sgt interesting. baru je jumpa. nape aku ketinggalan sgt ni. huhuh....

fynn jamal said...

pada semua:

entri ini kejap hide, kejap timbul.
akhirnya, biarlah.

peringatan betapa saya ini masih gagal menjadi lebih elok dari dalam. yang semoga di satu hari nanti, mampu mengalami transformasi.

kepompong ke rama2.
negatif ke positif.
sebal ke redha.

amin.

:)

fynn jamal said...

pada semua:

entri ini kejap hide, kejap timbul.
akhirnya, biarlah.

peringatan betapa saya ini masih gagal menjadi lebih elok dari dalam. yang semoga di satu hari nanti, mampu mengalami transformasi.

kepompong ke rama2.
negatif ke positif.
sebal ke redha.

amin.

:)

iYda Juhar said...

jangan la hide lagi.
bia la.

(;

Niksu Rashid said...

orang yang tidak suka pada kita itu namanya dengki.

biarkan mereka dengki
sebab hidup kita memang cool sampai dia kena dengki

maaflah kalau hidup dia tidak cool seperti hidup orang lain
sampai perlu dikacau-kacau

dia belum jumpa tentang sesuatu yang cool dalam hidup dia
jadi sebab itu dia kacau hidup orang lain

bila dengki memang dengki
tapi satu hari nanti
dia pasti berhenti
pasti.

kak fynn,

betapa sayu dengan setiap perkataan yang kamu lahirkan dari hati

tersentuh.

karya kamu menusuk.

:)

JO said...

turn a deaf ear to those who tears
u down, and turn up the volume in
those who build u up. be proud of ur family. be proud of your husband. be proud of ur friends. and most important thing is-be proud to urself.

we are nothing but a learner in life.



prehan.