Monday, December 15, 2008

petai, kerdas dan jering.

aku benci petai, kerdas dan jering.
aku lebih benci kalau pakej itu pernah berada di dalam mulut tri, abah atau along.

*nganga sambil jelir lidah*
urgh...

aku sudah cukup pahit untuk menambah pahit, terima kasih.

*terdiam*

tapi ada sesuatu tentang bau itu.
bau petai.
bau kerdas.
bau jering.

hidu.
meminum aroma.
menghirup angin.
menggeletek remang roma.

bau itu adalah sesuatu yang orgasmik.

justeru,
sapu tangan gadis di kocek arjuna.
kain peluh jejaka di genggaman wanita.

*senyum*

seperti aku yang baru 8 tahun setengah, ketika ditinggalkan sebentar emak dan abah, dulu, untuk ke tanah indah suci terhebat. sepanjang hilang mereka di birai mata, bekal yang ada cuma baju batik abah tergantung di almari pakaian.

setiap malamnya, akan aku ambil lengan kemeja, ku cium dan ku ucap, "selamat malam, abah", dengan airmata lasak berlari ke arah graviti.

atau ketika usia menjentik 16. sembunyi baju kekasih yang tidak dibasuh di bawah bantal. tidak mungkin mampu lena tanpa oksigen yang keluar dari celahan tee kusam itu.

sehingga habis bau.
secara literal, mmg habis bau.

*sengih*

malam tadi sudah masuk dua malam mama tidak sihat.
bergulung dia dengan selimut.
suhu dedar dan panas berselang-seli mengikut kadar sejam sekali.

mama benar2 merisaukan.
sebagai resolusi, tri meneman mama, memicit kepala dan mengelap jemalanya.

"sebentar", kata dia.

dan aku tunggu.
dari jam 10, melarat hingga 12.

mana ni?
aku sudah rindu.
hati jadi sayu.

wayang di peti tv sudah hambar. tidak ada makna menonton sendiri. hendak ke dalam, sudah ramai sangat. nanti pening pula. tambah lagi, aku juga sedikit penat. takut fokus tri terlari pada aku nanti.

habib keluar dari bilik mama.
"kak fynn, abang tidur dalam, teman mama"

*telan air liur*

kali pertama dan terakhir berjauh tidur dari tri adalah ketika bermalam di sungai petani. aduh. aku sudah mula goyah.

aku masuk ke bilik mama, jenguk mama dan borak sedikit. tri sedang berbaring di sebelah bundanya. aku capaikan selimut dan aku kaburkan dia dari mata jelas. aku sembunyikan dia dari kesejukan pendingin bilik. dia sudah tertidur.

aku pegang ibu jari kakinya, hanya itu yang tergapai. aku tunduk, cium, dan bisik "selamat malam, sayang".

airmata sudah mula hendak jatuh.
pantas, aku ke ruang tamu.
aku tenung jam.
aku harap sudah subuh.
nanti dia bangun dan baring di sisi.

tapi jarum2 itu seperti dengki.
langsung tidak mahu gerak.
mungkin sudah mati.

sialan.

aku langkah ke bilik adam. komputer riba tri rosak pengecasnya. aku tekan penghidup nyawa kotak komputer.

jam 2.
ada 4 jam lagi.

tahan, fynn. dia ada di depan. esok kan ada.

aku tenung skrin dengan perasaan buta.
dunia aku sangat sunyi, waktu itu.

sehingga entah bila,
hidung aku menangkap suatu bau.

petai.

"jom tidur"

aku suka petai, kerdas dan jering.

32 comments:

C.E.@ said...

C.O.M.E.L

Mrs Kecik said...

indah.


rindu.

Anonymous said...

rindu akan penulisan kamu yg sebegini...

fara rasep said...

kak fynn.nih comel.

seriously

;))

Anonymous said...

terbuai2 kejap.

aina syaqilah said...

haha dah biasa husband ada kat sisi setiap malam
so bila sehari je husband tak tidur sama rasa sedih
saya mengerti kak fynn

Anonymous said...

Fynn, welcome back =)

Anonymous said...

arghh.
membaca penulisan mu buatkn jantung aku xberdegup.

Ney Joe said...

ah! hepi nya.

Shemmi said...

menusuk laksana petai..hihi..

missaoki said...

Teka ni siapa.

Anonymous said...

saya pun selalu rindu bau kembar saya kak.. tapi dia tak faham apa erti bau. :)

Hally said...

ala kak fynn..
rasa sedih lak bila baca entry ni.
teringat hubby yang jauh kt ipoh..
nak wat mcamana.. hally keje kt putrajaya..
smlm tgk je album kawin kitaorg..
ala..
dah 2 malam tidur sorang..

Anonymous said...

:) sweetnye...

Anonymous said...

ahh, teringat ummi dah abah masih di tnh suci. hujung minggu ni blk. :)

Anonymous said...

penangan cinta..
hak3

gadishebat. said...

comel comel comel.

jeles!grr.. ;)

aina syaqilah said...

kak fynn,

saya baru je edit page saya
background hitam and tulisan kelabu
saya bukan cuba tiru blog kak fynn
font colour pon tak serupa lansung
cuma warnanya lebih kurang
tapi saya pasti takde orang yang salah anggap blog saya tu macam blog kak fynn
harap kak fynn tengok blog saya
and kalau kak fynn tak suka blog saya macam lebih kurang dengan blog kak fynn
kakak beritahu saya, pasti akan saya tukar

ty

Anonymous said...

aww indahnya.

Anonymous said...

ala..sweetnyer...:)

jeles kat kat fynn tau..:P

esok kahwin mesti rindu2 suami juga sebab sekarang pun rindu2 bf juga..

amin2..nak kahwin cepat2 tapi master phd pun belum abis lg..

jelesh kat kak fynn lagi..:)

AthirahShamsul said...

aww manis sekali =)

Rubina Yunal said...

Annoyingly sweet lah kakak :)

And yes, setuju dgn rose.. WELCOME BACK!

Awin Roslin said...

tiba-tiba rasa nak kawin cepat. haha

the loco's said...

sweet...
indah kan..?

Anonymous said...

u're so cute..
btw,petai sedap.
sedap bila masukkan dalam sambal udang.
do try it ;)

Sarah B. said...

:) it never gets easier, walaupun terpaksa selalu ditinggalkan.

reez said...

hehehe
saya suka petai
jum mkn

♥نعمة السعده اسماعيل‎ ♥ said...

sweetnya kakak...
siyes,,,
ada sedikit cemburu..
menghitung..
bila saat ini akan tiba...

P/s:: nak buku merah...
*kenyit2 mate*

iYda Juhar said...

indahnya cinta halal kamu.

(;


notatangan : jelessss nih.. aku pon nak kawen jugak.ahakkksss.

dina said...

memang bila sudah biasa tidur di lengan suami, pasti sedetik akan merindu saat dia hilang seketika...

aku sering mengalaminya...

scenenseen said...

SWEET GILER...NAK NANGIS...

Anonymous said...

sgt sweet kot!
i like~
huhu.

sy pling ske bau bantal busuk sy.
nmenye 'kembar'.
sbb die ada 2 bijik,
berconteng2 dan dihiasi peta2 yg xde penghuni.

huhu. bertmbah ske,bile sy pnh bg pd jejaka sy. ada bawu die itu.
benci taw.
buat org rindu je.