Saturday, December 6, 2008

binatang.

aku tundukkan kepala dengan rasa hormat, depang tangan dengan rasa kagum, tebuk bahu kamu dengan penuh rasa adorasi, khusus untuk kamu2, para bunda dan ayahanda, juga adinda dan kekanda mereka2 yang sudah kembali ke ke rangkul tuhan.

sudah lama aku tidak merasa begini.
hilang diputus mati.

aku masih tidak mampu faham bagaimana sesetengah manusia bisa saja rasa kering di hatinya pada haiwan. aku teramat benci bilamana perkataan yang keluar dari bibir orang akan datangnya hal binatang: "rilek la" atau "alah. kau ni pun. binantang...".

seolah2 seluruh dunia sudah ma'lum binatang itu kalau mati atau hidup, tidak ada relevannya sama siapa2.

kemanusiaan sekarang sudah macam binatang.
kan?

*diam*

haih...

damien dilanggar lari. detik aku angkat dia dari jalanraya, badan dia masih panas. macam bahang dedar tiap kali aku mandikan dia. bulu halus dia masih belum kejung. tetap bersutera, seperti biasa. cuma dia keras.

darah pun belum sempat mengalir.

mungkin sebab itu aku yakinkan pada hati aku dia tengah tidur. damien tidak pernah menyusahkan. tidak reti mencakar sofa. tidak mahu berak kalau bukan di pasir. panggil sekali sudah datang. suka main lari2. suka buli aku, dan suka juga dibuli.

mungkin itulah sebabnya aku terlalu hendak yakin yang pejam mata itu kerana terdodoi mengantuk.

aku panggil dua kali. dia masih baring. bola di rantai dia silau kerana cahaya pagi jam 10. seterusnya sudah terus samar2 pada aku. aku telefon tri yang sedang bekerja. bergegas dia dapatkan aku, kuburkan damien dan mengenangnya bersama2.

haih...

langgar lari.
aku kalau terpijak ekor kucing pun, aku jadi tidak tentu arah minta ampun seperti dia manusia. bagaimana ada manusia, yang berakal, bisa rempuh dan membiarkannya?

lebih aneh, damien sedang di atas bonggol ketika dia digilis.
pemandu apa kalau di bonggol jalan pun hendak ditekan pedal minyaknya?

aduhai...
ini baru kucing.

bagaimana engkau, makcik2, pakcik2, yang hilang anaknya dirempuh-biar orang? bagaimana gagahnya kalian lupakan 9 bulan rasa indah anak kamu bersembunyi di dalam badan kamu, kenangan2 jatuh bangun anak2 itu, gugur gigi pertama, setiap satu-persatunya?

hilang atas lalainya seseorang yang lain?

sedang aku, kurang dari dua purnama sudah pelbagai ragam anak itu aku julikan, sudah tidak mampu menahan.

kental benar hati kamu2, wahai orang yang pernah merasa kehilangan.

*diam lagi*

ini sudah kali kedua kucing aku dibunuh kejam. yang pertama itu, aku beli dengan harga seribu, jatuh dari balkoni laras ke sembilan. baru beli kelmarinnya, dan ketika aku keluar bersama2 teman, seorang ahli rumah aku hendak bermain samanya. namun dek kerana taksub dengan murni gelek penghibur akademi fantasia, anak kucing yang masih mabuk dek suntikan ubat2an terjun dari tingkat tinggi rumah aku.

kau tahu dia bilang apa?
"dah tahu hendak duduk rumah tinggi2, siapa suruh beli kucing mahal2?"

wow.
esoknya, dia beri rm 50 sebagai pampasan.

fuh.
baik, kan?

aku tidaklah runsing sangat wang itu. kalau ikutkan, semua maudu' dalam kondo kuning itu adalah milik aku. dari dapurnya sehingga mesin basuhnya sampailah ke peti aisnya juga televisinya.

yang aku hendak dengar, adalah 'maaf' dari bibir indah seorang gadis secantik dia.
cuma maaf.
dgn sedikit kekesalan.

argh.
mungkin perkataan itu terlalu mewah untuk gadis jelita seperti dia.
dan aku terlalu mengemis sesuatu yang picisan, yang tidak perlupun diambil kira.

binatang mungkin tidak ada akal, sahabat. tapi perasaan, tetap mereka punya. berilah aku apa sahaja, ular, kuda, kumbang, semut waima anjing sekali pun, aku akan kasih. bajingan mana sifat binatang itu, akan terubat juga kerana jelas tidak ada mampu mereka merelevan situasi.

dan kalau diperhatikan, pada lumrahnya (bukan sahaja di malaysia, malah di serata dunia), manusia kucing (cat lover) adalah manusia yang sedikit akan dipandang serong sedikit. kucing adalah haiwan yang sangat misterius dan bijak. jauh sekali dengan manusia anjing (dog lover) yang terlalu dungu dan hanya mengikut perintah sahaja.

arakian, manusia kucing adalah sedikit-sebanyak, saiko.
(untuk lanjutan, sila bikin research.)

dan damien berjaya menambat hati dedi yang tidak reti mencintai binatang.
kerana itu kamu terindah, nak.

kenapa, ya, aku terlalu suka sama binatang?
sebab binatang itu bisa tahu kalau kau sedang sayu.
sebab binatang itu bisa kenal kalau kau sedang sebal.

sebab manusia itu bagai binatang, sebagaimana binatang sudah mula memanusia sifatnya.

lalu kenapa kau tidak peduli sama binatang?
jijik?
kerana kotor, kan?
kotor?
boleh dibasuh, kan?

tidak suka, tidak apa.
tidak semua orang selesa.

tapi kalau kau sanggup luahkan "rilek la... binatang..", maknanya ada sesuatu yang tidak betul dalam kepala engkau.

38 comments:

Shemmi said...

Damien....

Anonymous said...

bagi saya.
dia bukan binatang
dia bukan kucing
dia ahli keluarga!

NULEYA said...

kakfynn..
dulu leeya ada dekat 15 ekor kucing..
tapi lepastu ada yg mak bagi dekat kawan2 dia sbb susah nak jaga bnyk sgt kan.
jadi tinggal yang paling disayang,
lebih kurang 7 ekor..
lama lama lepastu, sekor, sekor yang hilang.. memang sedih..
tapi dua ekor yang paling leeya sayang mati. s
ekor yang dah 4 tahun,
dia mati bergaduh dengan anjing dalam longkang.
luka2 badan dia. mmg teruk..
sekor lagi, mmg leeya sayang sgt2,
baru dua tahun, macam damien, langgar lari..
leeya jumpa dia badan masih panas jugak..
tapi lagi teruk dari damien..
tangan dia patah.. sebiji mata terkeluar..
memang sedih..
sampai kuar darah dari hidung dia..
sampai skrg kalau leeya teringat leeya nangis mcm orang gila.
lepastu, bila semua yg lain dah hilang,
leeya tak bela kucing lagi..
tak sanggup nak menghadapi perkara2 mcmni..
kakfynn tenanglah.. tak apa kakfynn bersedih lama mana pun..
nnt hilang sendiri rasa tu..
orang lain mmg tak faham..
tapi bagi leeya, leeya fikir daripada kucing tu hilang,
kita taktau apa jadi kat dia,
leeya rela jadi mcmni..
sekurang-kurangnya kita dapat kuburkan dia..
damien kucing liar sebelum ni kan kakfynn?
tak apa.. sudah bererti sgt utk damien bila kakfynn bawa dia pulang..

Unknown said...

arghhh benci benci situasi mcm ni.kafynn tau tak,kwn saya kate saya gila sbb berckp2 dgn kucing.alaa.kecoh betol.pastu samalah situasi pijak ekor tu mesti mintak maaf mcm manusia sbb tgk mata kucing tu mcm nak nangis je.perghh sumpa x thn.kcing sy mati ms f3.kene gilis lori ,bijik mata terbeliak terkeluar kelopak mata.dia pandai jump,kiss,up,sit sume la.yg br ni keje menggigit jeeeeee eeerrrggggh

y u z said...

bagi saya yang baru pegang stereng kereta utk 5 bulan lebih cuma, menghentak pecut kereta di bonggol jalan masih sesuatu yang ngeri untuk dilakukan.

harapnya, biarlah terus begitu. sebelum sikap semberono cuma akan hanya membunuh makhluk Tuhan yang tidak berdosa.

bagi yang begitu keji mem'binatang'kan kamu itu, kita semua lebih faham setahap mana 'manusia'nya dia.

tak mengapa, fynn. kuatlah, jaga diri.

Rubina Yunal said...

Kakak, saya faham sangat dgn apa yg kakak rasa.

Sebab saya pun berfikiran yang sama.

Binatang sekalipun, mereka ini sama-sama mahkluk yg Dia ciptakan juga. Ada nyawa, tahu merasa sakit, tahu cari jalan hidup sendiri.. Macam kita.

Saya sendiri cukup pantang bila org lain dgr derita saya kehilangan kucing-kucing kesayangan, dan spt mana yg kaka dh state kan di entry.. "Alaa rilek aa.. kucing je.."

Kepala hotak diorang!

They aren't just "kucing je.." for heaven's sake. Apasal? kalau namanya kucing itu, atau anjing ke haiwan lain ke.. nilai hidup diorang tu sikit amat ke?

Bodoh lagi kejam lah sesapa yg fikir mcm tu. Layaknya mati saja. Then boleh kita pulak cakap "ala.. rilek ah, manusia je. DIA je.. bukan luak apa pun."

Nah, ape rasanye? :|

Saya sejak kecil memang bergelumang dengan kucing. Kini saya punya hampir 15 ekor kucing di rumah selain rabbit dan ikan. Kucing ni memang mystical, mysterious dan smart. No wonder org egypt zaman dulu cukup agungkan kucing. Mereka faham kita mcm manusia faham kita. (Adakalanya mereka lebih memahami!)

Sekali lagi, saya faham sgt derita kakak. Saya pernah lalui yg sama, sudah banyak kali dan penawarnya masih belum saya jumpa. Cumanya, saya yakin mereka ini sbnrnya boleh reincarnate dalam generasi kucing yg selepasnya. Sedikit sebanyak adalah hint yg diberi.. mungkin cara meow nya sama. Mungkin airwajahnya serupa, walaupun warna berbeza.

Dan mereka akan pandang kita dan kita akan jadi cukup kenal dengan pandangan itu.

Damien juga mungkin boleh reincarnate dalam tubuh yang berbeza, insyaAllah. Rahsia Tuhan, mana kita tau.. Tapi yg kita boleh rasa, kita acknowledge.

Mungkin benar juga pujuk abg tri, maybe 'damien' kakak akan kembali menjadi anak kakak yang sebenar-benarnya satu hari nanti :) Saya yakin itu dan saya doakan sentiasa.

Hmm. Saya boleh mati kerana depress when it comes to kucing :| haihh..

Tapi saya harap kakak cekal, seperti selalunya.

obor obor said...

aduh.. damien. sedihnya

diana ghazali said...

Kak fynn! sgt faham rasa itu. dulu Pippin saya mati, seminggu mata bengkak kak. Dia je tmpat bermanja. Tumpang sedih. huhuhuhuhu..

Amak said...

fyynn..
kalau bab kasihkan binatang, aku mungkin ada sedikit serupa.

Minggu lepas, musim hujan lebat. Stress mengadap monitor lama2, aku duduk di kaki lima opis. Hujan lebat sgt. Anjing datang nak berteduh. Di halau di bambu dengan seorang cina. Aku cakap, biarkan dia di situ. Kan hujan ni?

Di marah aku balik. Di balas dengan jeling.

Anjing tu pandang aku dengan muka sayu di tengah2 hujan. Menangis aku fynn. (sekarang pun bergenang air mata)

Aku tengah sengkek. Kalau berduit, dah lama aku ke kedai runcit seberang, beli pedigree.

Damien di langgar lari?
Ya Allah, 3 minggu selepas aku kutip net di pasar, abang aku tergilis kaki net dengan keretanya. Suka sangat duduk belakang tayar.

Masa tu net kecil lagi besar Damien. Masa tu pun, noe dah menangis tersedu2. Siap ambik cuti bawak pergi vet. Net dari pendiam, terus pecah suara sebab nangis kuat sangat.

Semalaman tak tidur sebab jaga dia.

Sekarang Net dah besar. Kaki dah sembuh. Tapi baru lepas baik demam.

Fynn..carik pengganti fynn. Nanti depress. Kita terlalu sayang dia.


*tapi aku takut katak.

dumdum said...

kak fyn..baca entry ini buat saya takutttt kehilangan dua ahli keluarga saya, Hero dan Kechik.tak mahu cerita pengalaman bila Boboy mati dilanggar jiran yang bodohhhh reverse kereta suka hati.

Kechik dan Hero.dua-dua SANGAT manja,SANGAT lucu,SANGAT memahami dan SANGAT melengkapi rutin hidup kami sekeluarga.

baru-baru ni hero sakit mata dan sakit perut sampai tak lalu makan,asyik mengiauuu je..kami gilir2 usap dan sapu minyak gamat kat pewot dia sampaaii dia tertido.kechik pulak tabiatnya memang suka sondol muka kitorang.habis satu muka dicium dan dijilatnya kalau ia dirangkul.

haihh..memang pelik manusia yang kejam pada binatang.saya doakan kak fyn tabah,trust me..damien bahagia di sana,bahagia kerana punya mummy dan daddy yang pengasih..

p/s : kak fyn betul..hero dan kechik saya juga buat encik boifren jatuh cinta sama kucing...

paperheART said...

i went thru the same situation a few years back. it is hard. and yes, to me they're not merely cats.. they're family.

and at this very moment i'm missing my 3 cats... its so hard to see even a cat here... we went to a pet shop today and i stood there feeling so happy just looking at the cats there.

sigh.

#23 said...

kucing sy pun baru mati 2 hari lepas. dua ekor. sungguh, saya rasa sedih. mungkin org lain kata, "kucing je pun. watpe nak sedih?" ohh, mereka tdk fhm betapa bermaknanya kucing2 itu pada sy. yg mati tu anak kucing, sy syg sgt. tak sempat tengok mereka membesar =/

Tini Rahim said...

sabar la kak fynn..
bila Tuhan amik sesuatu dari kita, Dia akan beri kita sesuatu yang lain.

ML; Mohd Loqman said...

saya memang takut dgn kucing.
saya akan menjerit kalau dia naik atas riba saya.
(kan. kan. Mira.? *kalau kau baca la ye*)

tapi takut macam mana pun saya tetap suka pada kucing.
saya akan try usap mereka dgn penuh kasih syg.

suka bila tgk gelagat kucing bila kene usap.
mata mereka jadi sepet.
comel je.

kak fynn.
sabar ye.
tu je yg sy dpt katakan.

n.h.m.s said...

wa fynn!I know how u feel.tmpg sdey.
dis is my 1st tym komen kat sini.
b4 dis just bace je.:D
saya jugak ada sekor kucing yg sy jaga&syg sgt3 mcm anak sniri.(even sy blom kawen&xtau cmne prasaan ade anak.isk.)yg sy slalu pikul sana sini.
penah skali my little sis hilangkan my cat,saya mcm org gila mencarinye.takut die kne lggar ke ape.siap lepuk3 adik sy smpai nangis xdpt dh kawal marah.:'(

kalo sy kat tmpt anda ni pulak,xtau r if sy dpt jadi skuat anda.mybe pompuan tu dh kne hmbur maki2 sekuat2nya smbil rase nak kne lmpang2 muke die.isk.(ter'emo' plak.)

anak manjoi said...

kuatkan diri ye,..
yang sudah pergi tu, biarkan pergi,
biarkan saje ia bermain di memori, tanpa perlu merosakkan hidup kita,.. hidup kite ni pun masih lagi panjang, x tahu liku2 di masa depan nanti,... berdoa byk2, supaya diperkuatkan semangat, mintak dikembalikan semangat yg kian hilang tu,... Hanya padaNya tempat kite meminta....

~

cik tasha shafzan said...

saya sangat sayangkan kucing..
entri kak fynn ini benar2 menyentuh hati saya..

memang celaka lah kalau sesiapa yang langgar damien tu..
kat bonggol jalan raya pun tak reti nak perlahankan kenderaan.. huh!!

memang sedih kalau kucing mati..
hanya pencinta kucing jer yang tau macam mana..
saya rasa nak melalak macam orang gila je bila kucing saya mati..
benar2 memilukan..

kucing memang pandai..
kalau saya suram2 je dengan dorang, dorang akan menggesel2 dan duduk sebelah saya..

buat kak fynn..
sabarlah yer..
semua ini ada hikmah disebaliknya..

[siti] said...

waktu hammy, hamster saya mati.. saya menanges, dan sampai skrg masih jadi bahan usikan family.

waktu kucing saye, Yoda pula mati. sgt sedih, tp tak menanges, mungkin kerana waktu sampai rumah dah sedia dikebumikan.

yup. siapa bisa ckp, binatang je.. hati die kot yang ade rasa 'kebinatangan'. takde humanly touch.

haih... kucing itukan haiwan kegemaran Rasulullah. InsyaAllah ganjaran buat kamu sepanjang kamu jaga dan kasih sama Damien.

sarahmeay.snm said...

bagi meay. binantang hampir serupanya dengan manusia berusia kecil. tak mampu berkata2. punya akal dan perasaan. meay pernah meluahkan rasa pada kucing juga adik kecil meay yang berusia 2 tahun. keduanya menangis. betapa sucinya mereka. kenapa masih ada manusia yang bencikan binatang. itu tidak tahu. :[

Anonymous said...

1.binatang juga adalah makhluk Allah,walau anjing mahupon babi ~jgn p usap atau bela sudahla

2.mereka yg tidak berperasaan itu adalah dr kalangan org yg berhati kering..

3.diri sendiri hampir accident utk elakkan seekor anak kucing lintas jln,kereta belakang terus menerus tekan hon, ak pekakkan telinga dan puas apabila kucing itu berjaya lintas. malangnya the other side, kereta disblah sana tidak buat sperti itu.

4.anggap semuanya sudah tersurat.walau berbukit benci dan seranah pd mereka, tidak dapat mengembali pd yg pergi. sama2 kita doakan mereka insaf. dan anggaplah mungkin insan yg terlanggar itu tidak sengaja,terpaksa berkejar ke suatu tmpat yg mana nyawa org terdekat beliau juga hampir diambil mungkin...

5. ingatlah, jika kita kejam kepada haiwan, adalah dosa besar juga..pegang yg itu cukup. jgn kerana ego kita lupa smua itu.

salam

bell said...

Saya baru setahun lebih menjadi manusia kucing. Belajar dari roommate. Dalam masa setahun tu kiteorang bela 2ekor kucing kat asrama, Neko dan Farid. Terpaksa sorok2 sebab nanti kalau makcik cleaner jumpa dia akan buang. Tapi apa yang buat saya mula sukakan kucing ialah bila pertama kali kucing tu naik duduk dekat riba dan tenung mata saya, rasa sangat damai..

FAZ said...

manusia yang tidak kasihankan haiwan adalah lagi kejam daripada manusia yang tidak kasihankan manusia lain.

Farah said...

First2 saya baca entri kak fynn saya terus nangis.cdeyh nyer!saya pown seorang cat lover.anything about kucing suma saya suka.damien tue comel sgt.mcm kucing saya dulu.damien buat saya teringat sama kucing saya yang dah takde.tp bila kucing saya takde saya jadi bertambah sayang sama haiwan.lagi bertambah sayang bila damien pown takde.walaupun sedih sebab dah takde tp saya tau bila kita sayang,kita akan lebih prihatin dan belas terhadap haiwan tue.harap kak fynn pun macam tue.takkan berhenti menjadi pencinta haiwan! :)

Amira Zafirah said...

damien ;(

binatan itu lah yang terindah. sayang pd binatang lain kan perasaan nye kak fynn?
haih.

sy mmg manusia kucing, seluruh keluarga sy mmg manusia kucing.

yang paling baru, ade jiran buat aduan kt DBKL. kitorng bela kucing banyak sgt.
kotor, jijik, busuk, lalat banyak.

padahal, rumah kami yg kucing byk2 ni, tade la busuk. sbb kami rajin basuh. kucing tu bkn dduk tepi longkang penuh dgn air kotor, tp persikitaran rumah kami jgk.
maknenye, yang kotor rumah diaorng, bkn kucing kan?

tahi mane yang wangi? tolong lah. salah ke buang tahinya. takkan kami nk bg arahan
'hey kucing, jgn berak sane. berak sni'.
nak train pun tak buleh, sbb ini stray cats. mmg itu budaya nya.
rumah kami, kucing berak, basuh. buang.
lagi pun tahinya tak busuk mane sbb kami bg mkn frieskies.
bkn sisa ikan grng, atau nasi digaul ayam.

banyak lalat? sah rumah diorng yg kotor sbb rumah kami yg byk kucing ni, yang kwsn belakang tmpt kucing berak.
tade lalat pun dirumah?

jadi sape yg kotor kan.
gila punye orng.

haih.
binatang itu makhluk jugak.

Anonymous said...

DAMIEN LAGI TENANG TEMPAT LAIN DARI DENGAN NGKO. DUDUK DGN NGKO SEKSA KOT

Daisy Biru said...

anon ni suka buat kelakar la...mingkin betul dia nak perhatian, so, kamu, kamu sekalian, bglah dia perhatian....

dia sakit baraqngkali...
mentalnya.

bulan. said...

mereka tidak pernah faham.
bila lama2 kita bela haiwan itu,sudah mcm kwn.
kucing sy keluar rumah pun,sudah separuh gila sy mencari.

sedihnya.

the loco's said...

huh....
sedih..
nama saja binatang,tapi perasaan pun sama manusia jugak.
cuma ada yang xfaham.

*teringat kucing mati depan mata,kena lenyek moto,hancur kepala.*

Anonymous said...

so sorry to read about d little damien fynn.
baru ku tau ttg insiden nya.
btul kata mu.
bukan semua memahami perasaan kehilangan teman paling rapat.

sabar la fynn.
sekurang2nya, kita tau, damien smpat merasai kegembiraan disayangi dan menyayangi serta mempunyai keluarga di saat2 akhir nya.
ko dan tri yg beri dia peluang itu kan. so, be thankful for dat ok.

wat u give u'll get back dear.

Beautiful Disaster said...

sy xsuke kucing..tp xpenah pulak biarkan kucing tu cm xde perasaan..even dulu penah ayah sy tlanggar kucing..sume slh sy..die suh tinjau bwh kete ade kucing ke x..dgn malasnye sy tnpe tgk bwh kete trs ckp xde..ayah sy tlanggar kucing tu smpi mati kucing tu..time sy angkat die letak kt tmpt yg panas sbb die cm da xleh bgerak sy menangis cm hilang mak bapak..sedih xyh citer..

Anonymous said...

sayangkan binatang???.marahkn org andai diumpama binatang???....ad pula yg bilang binatang bukan binatang!!!
binatanglah korng andai trlalu bodoh menilai...lbh baik binatang jika menilai ssuatu mnggunakan scebir otak tampa bersandarkan iman...cahaya ad di depan tp ttp memilih gelap...layakkah korg yg ada akal selebel dgn binatang???bkankah lbih truk dari binatang???binatangkah aku krna brkasar???

Mrs. Syakir said...

saya juga manusia kucing.
dan memang, manusia kucing seperti kita sukar difahami..

H. said...

if its any compensation,i had to watch my cat die.twice.

1st time,at the doctor.ingatkan sakit biasa je.then the doctor said its best that he is put to sleep.
the doctor bagi discount for the vet bill after that (kinda reminded me when your friend gave rm50)

2nd time,my cat had kidney failure.the doctor said she only has two days.my cat lasted 5 days.
during those 5 days,i had to see her dying.she wont eat,she sleeps all the time.and the cat (somehow) felt ashamed that we had to see her like that.but she is family,family stick togetehr.it was the most painful thing ever.

be strong,fynn.

Anonymous said...

aku si pencinta haiwan,
aku memang tak sanggup dan tak tahu apa terjadi kalau haiwan kesayanganku mati,
aku akan jadi macam kau juga,
sedih
sedih
sedih
:[
aku berharap orang yang langgar lari itu tak tenang hidupnya.
hmm.
aku mau sula dia kalau aku dapat tangkap dia
pengecut, memang pengecut
aku tahu dia memang bukan sengaja,
tetapi,
tidaklah susah untuk meminta maaf.
:[[

FarhanaLicious said...

saya turut berasa sedih.
kucing saya baru pergi semalam. pagi pagi raya, dapat call dari mak.
tentang kematian seekor yang kita sayang.
seekor yang kita tunggu tunggu untuk bermain bila pulang.
seekor yang tunggu kita dirumah untuk pulang.
memang dia tak cakap melalui bahasa mulut.
tapi dia cakap melalui bahasa mata dan hati.
saya rindu dia.
oh! malam saya menangis teringatkan dia.
sedih bukan?
ini bukan bicara tentang binatang atau orang.
ini bicara tentang kasih sayang. sori, agak ter'emo' sedikit.

Anonymous said...

KAK..
adik sayer juger peminat kucing..
ternyata dya yang mengajarin aku tntang kaseh syg kucing dan manusia.
kak..
di rumah saye ada seekor emak kucing..
dan telah 3 kali kelahiran.
kini ada 5 ekor kucing.
7 ekor suda mati.
dan aku tau betapa perutnya saat kematian.
kerana kuceng bisa tau naluri hati dan perasaan tuannya.
tatkala aku marah
dya akan memujuk.menggesel kepala di kaki.
tatkala aku menangis.
aku akan dicium manja.
tatkala aku ingin bergurau.
dye akan menggigit.
haha!
manis kan..
lagi manes dari manusia..
dya ngak pernah menipu..
ngak seperti manusia..
dya ngak pernah khianati aku kak..
ngak pernah sekali pun..
dya kuceng kak..
lagi tau erti kemanusiaan..
binatang yang tau erti kemanusiaan
berbnding manusia yang kebinatangan. brengsek!!

sabar ye kak..
akan ada pengganti
walaupon tak same..
tapi aku harapkan ianya yang terbaek buat kamu..

Khad Raof said...

k fynn..
mgkn da terlmbt nk ckp sorry 4 ur lost..
kte taw cmne prasan ble kucing dilanggar..
dlu pun de kucing gak..
kne lnggar..
but die x mati..
cume sparuh dr bdn die lumpuh..
terdengkot2 die jln blk uma..
sedy tgk..
bwk p doc,die kte leh jge..
tp he really perlu dijge..
kencing n berak kne tkn perut die..cos die xleh buang dgn sendri..tp effectnye..1 day,klu kte terlupe,pundi die akn kembung n finally it will burst out..xdpt bygkn klu e2 terjadi..
so da best way..
is 2 put him 2 sleep..4 good..=(
sedey xtaw nk ckp cmne..
tp dr die terseksa kemudian hari...it's better 2 let him go kan?hopefully..
k fynn akn dapt bersabar ye..

Huda Ramlee said...

kak fynn,
mungkin terlambat utk aku berkongsi duka ini bersamamu..kerna aku baru saja mengenalimu...
aku pun pernah begitu, melihat nyawa yang tidak berdosa jadi korban didepan ku...
mahkluk itu pergi,usai menjamah makanan terakhirnya...bayangkan kak fynn, tatkala sedang merapikan bulu2nya, kekenyangan tiba-tiba dirinya digilis..dia di tepi jalan,bukan tengah melompat-lompat tak tentu arah...kalau kak fynn pernah melewati kawasan AU5 lembah keramat,pasti kak fynn tau dimana kedai biru..manusia yang melanggarnya itu ku ibaratkan lebih kejam dari binatang buas yang sememangnya tiada akal...